Saturday, March 27, 2010

In The Name Of Allah

In The Name Of Allah





Segala puji hanya bagi Allah, Rabb Yang Maha Sempurna dan Menyempurnakan. Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan membuktikan Keesaan dan KeagunganNya. Dialah pemilik jasad dan rohku, menghidupkanku dan memuliakanku dengan kasih sayangNya. Hanya Allah Rabb yang selayaknya daku perhambakan diri, aku menagih dan mengadu simpati. Ingin ku ukirkan kata rindu yang mendalam kepadaMu, Rabbul Quddus.


Selawat dan salam utusan jiwa buat kekasih Allah, Nabi Muhammad saw, bagindalah Rasul Qudwatun Hasanah, yang telah mewarnai kegelapan dunia ini dengan sinaran baru, iaitu Islam. Marilah kita sama-sama melafazkan kata cinta buat kekasih Allah ini. Walaupun baginda selalu ditimpa kesusahan kerana umatnya, tidak pernah meniti di bibirnya walau sebutir keluhan kata. Tidak pernah melupakan ummatnya walau di penghujung usia baginda, besarnya harapan baginda untuk melihat umatnya pada hari ini terus beriman pada Yang Maha Satu, betapa risaunya baginda sekiranya umatnya pada hari ini lupa kepada Pencipta Yang Maha Esa, walau sehingga ke penghujung nyawa, baginda masih mengingati umatnya, ”ummati,ummati,ummati”. Sekiranya sakaratul maut itu boleh ditanggung untuk umatnya, baginda ingin sekali menanggungnya. Seluruh hayat baginda sentiasa memikirkan umatnya. (Salam Alaika Ya Rasulullah)



Semoga segala perkongsian di dalam ruangan ini bermanfaat buat kita semua dalam rangka untuk beribadah kepada Allah swt. Semoga kita menjadi seorang Hamba Rabbani iaitu seorang hamba yang benar-benar dekat dengan Pemilik Jiwa ini, sentiasa mendahului perjalanan amal dengan tuntutan Islam, agar jiwa yang kerdil dan hina ini sudi dipandang oleh Allah dan dinaungi lembayung rahmat Nya di hari yang tiada naungan lain selain naungan Allah.


Di syurga itu, mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa sahaja yang mereka inginkan.(57) (Kepada mereka dikatakan), “Salam” sebagai ucapan selamat dari Rabb Yang Maha Penyayang”{Surah Yasin: 57-58}



No comments:

Post a Comment