Saturday, April 17, 2010

Tips Menggerakkan Otak


Assalamua’laikum warahmatullahi wabatakatuh..

Layaran buat sidang pembaca yang dikasihi kerana Allah swt selalu..

Puji-pujian dipanjatkan seluruhnya kepada Allah swt, Rabb Sekalian Alam, Yang di sisi-Nya terdapat seluas-luas kasih sayang, Dialah yang Maha Pencinta dan Dia juga Yang Maha Pengasih, tiada cinta setanding cintaNya, kerana dialah Pemilik Segala Cinta. Maha Suci Allah, Segala Puji Hanya bagi Allah, Allah Rabb Yang Maha Besar. Selawat dan salam diutuskan buat Kekasih Allah yang paling disayangi oleh-Nya, Penghulu sekalian Alam. Bagindalah Nabi Muhammad saw. Allahumma salli a’la Muhammad, Assalamua’laika Ya Rasulullah. Salam buat para sahabat baginda yang memiliki keimanan luar biasa..


Apa khabar para pembaca sekalian???..Sudah tentu di kala ini ramai yang sedang sibuk dan bertungkus-lumus menghadapi peperiksaan akhir. Alhamdulillah, teruskanlah usaha anda kerana ini adalah salah satu wasilah dalam mencapai keseimbangan roh dan jasad. Namun, dalam kesibukan kita menghadapi peperiksaan, perlulah diingatkan di sini akan kepentingan menjaga kesihatan diri supaya kita benar-benar menjadi seorang muslim yang seimbang dalam ketiga-tiga fakulti insan (Rohani,Jasmani dan Akhi) dan mendapat cara belajar yang berkesan. Di sini saya ingin berkongsi sedikit tips yang saya dipelajari pada Minggu Orientasi Usm iaitu “Tips Menghidupkan Otak”.




Apabila kita terbangun dari tidur, ada kalanya, otak kita masih dalam keadaan rehat menyebabkan kita masih mengantuk dan tidak dapat menyerap apa-apa ilmu walaupun membaca buku. Hal ini kerana otak kita masih belum bersedia dan memerlukan tenaga. Antara langkah-langkah dalam menghidupkan otak ialah:


Tips 1:

1) Minum segelas air mineral. Mulakan dengan bismillah, minum seteguk-seteguk, buat pusingan mulut dari kanan ke kiri (mana mudah) sebelum menelan air itu dan telan air tersebut dengan penuh penghayatan sehingga kita bisa mendengar bunyi pengaliran air di tengkuk. Rasionalnya adalah untuk mengejutkan sel-sel otak kerana apabila kita melakukan senaman ini dengan penuh penghayatan, kita dapat merasai bahawa otak sedang dikejutkan.

2) Tangan kanan letakkan di atas pusat dan tangan kiri letakkan di bahagian tulang dada yang paling atas (berbentuk “C” dan berdekatan dengan kerongkong) , tarik nafas secara perlahan dan penghayatan sambil memusingkan tangan kanan yang berada di atas tulang dada.(vise versa)

3) Buat senaman secara bersilang untuk menggerakkan kedua-dua otak. Tangan kanan menyentuh lutut kiri dan tangan kiri menyentuh lutut kanan secara berulang kali.

4) Akhir sekali, kaki kanan letakkan di atas kaki kiri dan tangan kanan dan kiri letakkan di dada dan tarik nafas secara perlahan-lahan dan penuh penghayatan.(vise versa)




InsyaAllah sedikit ikhtiar yang saya rasakan berkesan dan ingin dikongsi bersama para pembaca. Saya juga ada membaca sebuah buku bertajuk “Aura Penyembuhan”, karangan Dr Hazir Azrar mengenai tips mengurangkan stress ketika membaca buku.

Tips 2:

1)Letakkan kedua-dua tangan di kedua-dua mata kanan dan kiri sekiranya boleh di urat mata,dan tekan sehingga rasa selesa.

2) Tarik tangan ke tepi sebelah kanan dan kiri dan tekan sehingga rasa selesa.

3) Tangan kanan dan kiri letakkan di bahagian belakang kepala secara bersilang bukan bertindih.

Gerakkan tangan secara berlainan arah. Hal ini bertujuan untuk meregangkan otak.

4) Letakkan kedua-dua tangan di tengkuk dan tekan sehingga rasa selesa.

InsyaAllah tips ini selalu saya amalkan dan sangat terbukti keberkesanannya dengan izin Allah.


Salah satu tips lain untuk menggerakkan otak daripada Dr Fadhilah Kamsah :

“ Tarik nafas secara perlahan selama 7 kali, tahan selama 7 kali dan lepas selama 7 kali.”

InsyaAllah, semua tips ini adalah satu kajian dan ikhtiar, namun Allah itu Maha Penyembuh dan semua ini tidak akan terkesan tanpa keizinan dari-Nya. Justeru, marilah kita sama-sama mengamalkan sedikit tips ini agar kita sama-sama beroleh manfaatnya.


2 comments: