Monday, August 15, 2011

15 Hari Ramadhan




Mencari idea untuk menyusun Almond London supaya dapat muatkan 50 biji dalam bekas yang kecil. Pada mulanya agak susah (rasa nak give up pun ada!!), sebab tengok saiz kuih sangat besar. Tetapi, perbincangan & try n error banyak kali,akhirnya , Alhamdulillah, Allah beri Ilham. Pengajarannya, apabila kita mencuba banyak kali menyelesaikan masalah yang sulit, berbekalkan usaha + doa + tawakkal yang berterusan, insha'Allah, segala kesulitan itu akan Allah mudahkan dengan sendirinya. Seperti firmanNya dalam surah Al-Insyirah. Satu lagi, apabila kita menghadapi suatu kesukaran, perlulah bermusyawwarah untuk dapatkan penyelesaian dan pandangan orang lain juga. Ia akan dapat menjimatkan masa, dan melenturkan keegoan serta menjauhkan kita daripada perasaan bangga diri. (^_^)..insha'Allah.



Rakan sekerja saya terdiri dari mereka yang telah berusia , berpengalaman, dan berkaliber. Banyak perkongsian yang saya dapat daripada pengalaman hidup mereka. Alhamdulillah, suatu kenangan indah. (saya masih belum dapat kuasai cara membuat biskut Tart Gulung!!)

sangat cantik. Alhamdulillah

kuih yang telah dibakar.

Hasil usaha selama kurang dari 15 hari. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Namun, masih banyak lagi tempahan yang perlu disiapkan selama beberapa hari yang tinggal. (OT lah jawabnya!!)


16 Ogos 2011
7.43 a.m
Langkawi, Kedah




No comments:

Post a Comment