Thursday, August 4, 2011

-Jadikan Perkerjaan Duniamu Bermanfaat Buat Akhiratmu-

Selamat Datang keTempat kerja saya..(^_^)

Bismillahirrahmanirrahim…

4 Ramadhan

Assalamua’laikum wbt sidang pembaca sekalian,

Apa khabar? Semoga semuanya sihat walafiat dan masih berkobar-kobar dalam himmah (semangat) & iradah (kehendak) untuk menghidupkan Ramadhan Kareem dengan amal ibadah…

Alhamdulillah.3x..bersyukur kepada Allah swt, kerana pada hari yang barakah ini, kita masih diberi peluang merasai 2 nikmat terbesar iaitu nikmat Iman & nikmat Islam. Di mana dengan adanya kedua-dua nikmat ini, kita benar-benar memiliki jiwa seorang hamba. Di samping itu, dengan kedua-dua nikmat ini, kita dapat melenturkan segala keegoan kita sebagai seorang manusia, dan duduk bersimpuh dengan penuh tawadhuk (kerendahan hati) , di hadapan Allah swt, Rabb Yang Maha Agung Lagi Maha Tinggi. Wahai sahabat-sahabatku, inilah dua nikmat terbesar yang harus kita sama-sama syukuri, kerana tidak semua insan merasai nikmat ini. Lalu, marilah kita sama-sama mensyukuri nikmatNya ke atas kita dengan melaksanakan tuntutanNya dengan sebaik mungkin, kerana tidak mustahil bagiNya untuk menarik semula nikmat hidayah, sekiranya kita mengambil enteng terhadap nikmat taufiq & hidayahNya. Moga-moga kita semua terus istiqamah di atas jalanNya, sehingga ke pengakhiran hayat kita. Insha’Allah.


Hari ini merupakan hari pertama saya bekerja. Alhamdulillah, walaupun dengan keadaan kesihatan yang kurang baik, saya kuatkan hati untuk bangun menjalankan amanah seorang khalifah di siang hari. Allah sahaja yang Maha Mengetahui, betapa beratnya kepala, hilangnya deria bau, ketika menjalankan kerja. Namun, saya yakini bahawa kesakitan ini merupakan satu pintu keampunan Allah swt terhadap segala dosa kecil yang diperlakukan hamba ini. Astagfirullahal azim. Moga-moga kita sentiasa bersangka baik terhadap segala takdir Allah ke atas diri kita, tidak kira ianya berupa nikmat ataupun sebuah musibah. Firman Allah swt:


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Ketuhar yang digunakan untuk membakar...


Menu hari ini : Crystal Ball

Crystal Ball yang telah dibakar



Crystal ball yang telah siap...
masih beribu tempahan yang menunggu..(^_^)

" Jadikan sabar & solat itu penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu' "

Sememangnya untuk melakukan kerja ini, bukanlah mudah seperti yang saya sangka sebelum ini. Setelah saya melaluinya sendiri, barulah saya merasai bagaimana keletihan seorang ibu menyiapkan makanan buat anak-anaknya. Namun begitu, saya amat gembira dan bersyukur kerana Allah swt sudi memberi peluang kepada saya untuk mengisi masa yang terluang dengan didikanNya ini, serta tidak membiarkan saya bermalas-malasan dengan tarikan nafsu yang menipu. Alhamdulillah. Seorang mukmin itu akan sentiasa menjadikan pekerjaan dunianya, sebagai tanaman untuk dituai hasilnya di akhirat nanti. Kata Allahyarham Ammar Zulkifli:

" Jadilah anak-anak akhirat yang memandang dunia dari jendela akhirat."

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama memperbaharui niat kita setiap masa dan waktu agar setiap amal yang kita lakukan akan diterima oleh Allah swt.

Pengajaran yang saya dapati dari pekerjaan hari ini:

" Bukan senang untuk jadi senang, bukan payah untuk menjadi susah" (Kak zaitun)

Wallahua'lam.

Langkawi, Kedah
11.58 p.m
4 Ramadhan, 4 Ogos 2011





No comments:

Post a Comment