Monday, August 15, 2011

-MUHASABAH CINTA-

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi.. Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu


Ya Allah, hari demi hari, terasa ujian-Mu semakin hebat membuatku semakin tunduk dan sedar akan hebatnya kekuasaanMu. Ya Allah, dahsyat sungguh kekuasaanMu, menyedarkanku betapa kerdil & lemahnya diri ini. Ya Allah, Engkaulah yang telah menyusun setiap satu takdir kehidupan hamba-hambaMu dengan kebijaksanaanMu. Engkaulah yang menyimpan hikmah di sebalik dugaan yang hadir ke dalam hidup hamba-hambaMu satu persatu. Maka kurniakanlah kami kesabaran untuk terus bertahan walaupun kesabaran itu sungguh pahit untuk ditelan. Namun, di sebalik kepahitan itulah tersimpannya penawar bagi hati-hati yang berpenyakit. Aku meyakini bahawa semua ini pasti akan berakhir, kerana Engkau telah menetapkan kadar masa bagi setiap ujian yang diberi. Kurniakan daku himmah, sabar, pasrah & redha untuk melalui hari-hari dalam hidupku.


No comments:

Post a Comment