Tuesday, September 27, 2011

-Muhasahabah Diri-



Assalamua'laikum wbt,

Buat sidang pembaca yang dikasihi kerana Allah swt,

Alhamdulillah, bersyukur kita dengan sepenuh hati kepada Allah swt, Rabbul Alamin, kerana sehingga ke saat ini, sehingga ke detik ini, Dia dengan segala kemurahan kasih sayangNya, masih sudi memberi secebis nafas buat hamba-hambaNya untuk terus menadah tangan dan bersimpuh dengan penuh kerendahan hati meminta keampunan daripadaNya. Sesungguhnya, kita adalah hamba yang selalu melakukan dosa, malah mengulangi dosa lantaran gersangnya keimanan dalam diri. Lalu, Allah swt , Rabb yang Maha Luas Pengampunannya dan Maha Mengetahui kelemahan hambaNya berfirman:

“ Sesungguhnya setiap anak Adam itu melakukan kesilapan, namun, sebaik-baik manusia di sisiNya adalah mereka yang menyegerakan taubat”

Moga-moga kita sentiasa memiliki jiwa seorang hamba yang cinta kepada Taubat dan Kesyukuran. Siapa kita untuk berlaku sombong kepada Allah ? siapa kita untuk mengatakan kita sudah sempurna dan tidak perlu kepada Allah swt lagi? Ingatlah, kita dapat menggerakkan jari-jemari ini, hanyalah dengan izin Allah. Kita mendapat rezeki pekerjaan yang baik, gaji yang tinggi,kereta yang mahal, semuanya telah disusun dan ditakdirkan oleh Allah swt. Seandainya kita sentiasa membawa jiwa perhambaan dalam diri, semua itu tidak akan bernilai bagi kita lebih dari bernilainya Cinta & Redha Allah swt. Bukan bermakna semua itu tidak penting, tetapi, ia hanya menjadi satu keperluan kehidupan kerana kita sentiasa merasakan ada sesuatu yang lebih manis dari nikmat-nikmat itu, iaitu nikmat Mencintai dan dicintai oleh Allah swt, Kekasih Agung.

Teringat saya nasihat seorang guru yang sangat tabah semasa menziarahinya kerana baru kematian suami tercinta,

1. Jangan bertangguh untuk melakukan kebaikan, kerana mungkin kita tidak sempat melakukannya.

2. Setiap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan kita, semuanya telah disusun dan diatur oleh Allah swt. Walaupun ujian itu berupa nikmat dan musibah, tetapi, PASTI ada kemanisan selepas itu bagi hamba yang menerimanya dengan REDHA.

“Sesiapa yg menjadikan akhirat HARAPANNYA , Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi siapa yang dunia menjadi HARAPANNYA, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali sekadar apa yang telah ditetapkan baginya." ( Riwayat al-Tirmizi)


wallahua'lam

Saturday, September 24, 2011

Be Positive Always (^_^)


Never Give Up Before You Even Try
Nothing Is Really Over,
Until You Stop Trying,
Never Say It's Impossible,
Before You Persue The Way,
You Think Is Possible.
Never Make Yourself Feel,
Less Worthy By Comparing,
Yourself With Others,
Never Allow Obstacles To Stop You,
Confront And Transform,
Them To Opportunities.
Believe In Working Hard,
Towards Your Future,
Take A Step At A Time,
To Reach Your Goals,
Always Believe In Yourself,
Your Happiness In In Your Hands...
For If You Keep Staying Positive,
You Can Make Your
Dreams Come True!!!

7.38 p.m
24 September 2011
Kajang

Thursday, September 8, 2011

Mari Melangkah Ke Semester Baru...

Assalamua’laikum wbt,

Jumaah Mubarak buat sidang pembaca yang dirahmati Allah swt, saya mendoakan semoga kita semua senantiasa berada di bawah naungan rahmat serta kasih sayangNya, Pencipta Yang Maha Agung. Selawat dan salam diutuskan buat Rasul Junjungan Umat, Rasulullah saw serta ahli keluarga dan para sahabatnya yang unggul.

Bismillahirrahmanirrahim…

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, hamba hina ini memulakan coretan hatinya buat tatapan tetamu yang disayangi Lillahitaala yang sudi menyinggah di warung tarbawinya. Jazakumullahukhairan kathira.

Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir untuk percutian ini saya berada di rumah. Jika ditanya kepada sesiapapun, pasti semuanya menjawab “ ala, beratnya hati ”. Ye, begitulah perasaan saya sekarang. Tetapi, entah mengapa, beratnya tidak terasa seperti percutian2 lalu , hati terasa berkobar-kobar untuk melangkah ke USM, medan jihadku.

Inilah tempat saya beroperasi sepanjang cuti…J

Percutian kali ini sangat memberi makna kepada saya kerana saya sangat merasai didikan Allah di dalamnya. Pada hujung semester lalu, saya juga selalu tertanya-tanya, apa yang perlu saya lakukan sewaktu cuti ini?kenapa cuti ni panjang sangat? Sebab saya takut, saya akan lalai dengan percutian yang panjang. Rupa-rupanya setiap yang Allah beri ada sebabnya. Saya merasakan Allah swt mahu saya benar-benar menggunakan waktu cuti ini sebagai waktu bermuhasabah terhadap apa sahaja yang berlaku semester-semester lalu yang perlu saya perbaiki dan perlu saya tinggalkan. Lalu, saya cuba mengambil sebatang pen dan buku membuat analisis SWOT.

Marilah kita merenung amal dan perbuatan diri kita kembali, melihat segala kekurangan dan kelemahan diri sebagai satu agenda perubahan yang harus dilaksanakan. Benar, kita tidak akan sempurna dan akan sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan. Tetapi, janganlah diulang kesalahan dan kesilapan yang sama. Haruslah diusahakan untuk dibaiki dan diperelok. Kerana, usaha pembaikan diri itulah bakal dikira Allah SWT sebagai amal jihad kita. Jihad melawan kelemahan dan kekurangan diri yang sebenarnya hanyalah dibelenggu nafsu kita semata-mata.-

http://haluansiswa.haluan.org.my/index.php/bicara-pengerusi/486-menghadapi-semester-baru

Saya tidak mahu masa dihabiskan hanya dengan makan, tidur, dan rehat-rehat sahaja kerana membimbangi hari esok tidak menjadi takdir saya. Kata seorang ulama’:

“ Tanggungjawab yang kamu punyai lebih banyak dari masa yang kamu ada”

Pada waktu itu, saya cuba mencari sebarang kerja yang boleh dilakukan di awal cuti. Pada mulanya, saya mendapat tahu bahawa saya perlu bekerja sebagai guru di sebuah sekolah yang disusun oleh ibu saya. Namun, susunan Allah itu yang paling cantik, atas sebab-sebab tertentu saya tidak dapat meneruskan hajat ini. Kemudian, saya menjadi guru tuisyen kepada pelajar tingkatan 3 dan 4 di Surau Lubuk Setul, Langkawi dalam subjek Sains & Matematik. Dalam masa yang sama mengikuti kelas Masakan & Jahitan di Pusat Khidmat Masyarakat (KEMAS), Langkawi. Pada bulan ramadhan, saya telah menamatkan pekerjaan sebagai guru tuisyen dan mendapat pekerjaan untuk membuat biskut raya selama 20 hari. Alhamdulillah, satu demi satu penyusunan Allah swt terhadap masa cuti saya. Ya, saya katakan ada rancangan saya di hujung semester lalu yang tidak dipenuhi. Tetapi susunan Allah itu yang paling baik kan? Firman Allah swt yang bermaksud:

“ Sesungguhnya manusia merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Perancang”

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, tamatlah tempoh percutian ini bersama memori-memori indah yang tidak dapat saya lupakan. Meskipun jiwa masih terasa berat meniggalkan ibu bapa dan keluarga tercinta, namun, perjuangan harus diteruskan kerana di sana, masih banyak amanah dan tanggungjawab menanti di hadapan. Bersama keazaman, himmah dan iradah yang baru, kita melangkah mendaki batu bata anak-anak akhirat yang tujuan hidupnya hanya satu :

Mencapai Mardhatillah Dalam Setiap Kecemerlangan Di Dalam bidang Akademik & Kerjayanya.



Saya pasti merindui Umar Mukhriz, ana saudara yang comel. Setiap hari saya akan menunggunya pulang dari rumah mengasuh. Sangat seronok bermain dengannya. Juga merindui alat-alat jahitan, barang-barang kelas masak. Hmm…hehe. Mari melangkah ke semester baru dengan senyuman kesyukuran dan keceriaan selalu.

Mungkin sekadar ini sahaja yang boleh dikongsikan. Allah izin hari terakhir ini, diuji dengan demam. Mungkin Allah nak mengampun dosa-dosa kecil agaknya.Amin. Harap-harapnya begitu. Kesejukan sudah menyelinap di seluruh anggota menyampaikan mesej supaya merehatkan mata. Semoga tidur kita dalam ibadah. Jumaah Mubarak.

Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita yang tersembunyi mahupun terang-terangan. Ameen.


1.42 a.m

9 September 2011

Langkawi, Kedah.