Thursday, October 6, 2011

Ujian Itu Hadiah Cinta dari Pencipta


Assalamua'laikum wbt,

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah swt, kerana dengan limpahan keizinanNya, daku masih lagi diberi peluang untuk menatap sinar mentari di pagi Khamis yang indah lagi mendamaikan hati. Di saat satu persatu nyawa telah bercerai dari tubuhnya, Allah swt dengan segala kemurahan kasihNya, masih lagi sudi memberi peluang kepadaku untuk meneruskan perjalanan hari yang penuh ranjau dan duri ini. Sesungguhnya hari-hari yang ku tempuhi merupakan peluang-peluang yang diberi oleh Allah swt untuk terus, terus dan terus menjalankan amanah sebagai hambaNya di dunia ini. Terus berusaha memperbaiki diri dalam rangka untuk mencapai tahapan sebaik-baik manusia di sisiNya iaitu insan TAQWA.

Namun begitu, telah tertulis bahawa hidup ini tidak akan semudah yang kita sangka. Apabila kita telah bersyahadah kepada Allah bahawa, kita meyakini bahawa Allah swt sebagai Illah, dan Nabi Muhammad sebagai Rasul Allah, kita perlu bersedia menyahut segala seruan ujian. Ujian perhambaan, ujian untuk membuktikan kita benar-benar hamba yang ikhlas. Dan keikhlasanku pada hari ini benar-benar teruji.

Semalam, saya telah berkongsi sebuah kata-kata ulama' bersama sahabat-sahabat saya melalui penghantaran sms.


"Kesulitan dalam misi dakwah itu merupakan hadiah dari Allah yang dikhaskan hanya bagi hamba-hambaNya yang layak untuk menjadi pendukung agamaNya. Hadiah kesulitan inilah yang menjadi pintu untuk memasuki ke kota iman yang suci. bersyukurlah dengan ujian kesusahan berbanding ujian kesenangan. "Aku tidak pernah kekal sihat melainkan hanya beberapa ketika sahaja. Aku gembira kerana Tuhan suka menguji hambaNya yang beriman. Aku gembira kerana aku tergolong di dalam golongan tersebut", -Imam Syafie-


Sebuah kata-kata Imam Syafi'e ini benar-benar menyentuh sudut kecil hatiku, kerana rupa-rupanya kesulitan yang dirasai ketika menjalankan amanah Dakwah dan Tarbiyah ini, merupakan sebuah hadiah, merupakan sebuah kemanisan. Di mana, dengan hadirnya kesulitan ini, ia akan meresapkan Iman ke dalam hati-hati mereka yang teguh kesabarannya dan tetap meyakini janji Tuhannya.


Lalu, pada pagi ini, Allah swt telah menghadiahkan saya ujian ini secara praktikalnya. Sepanjang cuti yang lalu, saya sedaya upaya menyenaraikan segala kelemahan yang perlu saya perbaiki, supaya kelemahan itu tidak berulang lagi. Namun begitu, hanya Allah swt sahaja yang tahu, betapa sedihnya hati ini,apabila melihat kelemahan itu diulang lagi. Saya cuba melakukan yang terbaik, namun ....

Saya tidak merasa marah dengan sesiapa, namun, memandang ke dalam diri sedalam-dalamnya, lalu saya bertanya diri, "kenapa hatiku merasa begitu sakit??? kenapa masih mengulangi kesilapan ini?? benarkah kesilapan ini dari diriku???" Lalu, daku panjangkan istigfar dan zikirku, agar syaitan tidak terus membelenggu diriku dengan api kemarahan. Perlahan-lahan ku ukirkan senyuman walaupun sungguh perit hati ini untuk tersenyum. Akhirnya sedikit demi sedikit curahan air kesabaran melimpahi ruangan hati.

Teringat kata-kata seorang sahabat saya, keperitan itu merupakan kekuatan jiwa seandainya kita menghayati indahnya sebuah kesabaran. Kita bersabar apabila dimarahi, dan tidak membalas dengan kekasaran, kita bersabar dengan kelemahan orang lain, dan tidak menghamburkan kata-kata yang tidak sopan, maka, ia akan menjadi makanan bagi roh, sumber ketenangan bagi hati.


Saya sentiasa berharap, agar setiap kelemahan diri ini, tidak akan mempengaruhi insan lain. Saya ingin melihat insan di sekeliling merasa bahagia dan mereka mendapat hak mereka ke atas diri saya sebagai sahabat dan sebagai seorang manusia dengan sebaik-baiknya. Namun begitu, saya harus akur bahawa, saya hanyalah seorang manusia, dan saya adalah tidak sempurna. Saya harus lakukan yang terbaik dalam setiap perkara dalam hidup ini, walaupun mungkin di dalam perjalanan itu, kesakitan dan keperitan menghiasi perjalanan hari....


p/s: tak sabar untuk pulang pada esok hari...namun, sebelum itu perlu terus berusaha untuk menjawab test 1 Aljabar dan menyiapkan Asignment Aljabar & LSP 402....^_^.. Senyumlah dengan Ilmu.......


7.02 p.m
6 Oktober 2011
Usm



2 comments:

  1. Assalamualaikum, izin laluan.

    dalam pencarian erti sahabat saya bertemu dengan blog 'opera' saudari. terima kasih untuk entry tersebut...lalu pembacaan dipanjangkan sehingga disini.

    Alhamdulillah..saudari tabah.

    "...dan sesiapa yang berserah diri bulat bulat kepada Allah (dengan Keikhlasan) sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan maka sesungguhnya dia telah ber[egang kepada simpulan (tali agama) yang teguh" Surah Luqman 32:22

    ReplyDelete
  2. HIA: Waalaikumussalam wbt,

    Jazakallahukhairan kathira atas keperihatinan dan mengikuti blog ini sehingga ke sini. Maafkan jika blog ini terdapat pelbagai cacat celanya, namun, janganlah mengambil apa yang buruknya, tegurlah andai terdapat kesilapan di dalamnya dan ambillah sesuatu yang bermanfaat darinya. Moga2 ia bermanfaat buat dunia n akhirat.

    ReplyDelete