Tuesday, November 8, 2011

-Percutian Yang Pahit Tetapi Manis-

Assalamua'alaikum wbt,

Sidang pembaca yang dirahmati Allah swt lagi disayangi Rasulullah saw,

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana masih memberi peluang kepada saya pada hari ini untuk mencelikkan mata, melihat terbitnya mentari pagi, menghirup udara segar kampung yang begitu nyaman, dan merasai kesejukan embun pagi.

Pagi-pagi lagi sudah keluar bersiar-siar bersama anak saudara, Umar Mukhriz yang demam sejak semalam. Mungkin dijangkiti dari ibu saudaranya ini. Hehe. Subhanallah terasa begitu indah, segar dan nyaman suasana kampung. Moga-moga dengan membawanya bersiar-siar menghirup udara pagi yang segar, bisa mengurangkan kepanasannya, dengan izin Allah. Sungguh, Allah menciptakan hijau-hijauan warna flora ini bukanlah sia-sia. Apabila dikaji semula, warna hijau sememangnya mempunyai identitinya tersendiri. Apabila memandang alam ciptaan Illahi berwarna hijau ini, jiwa terasa tenang dan harmoni, walaupun dihujani pelbagai kesulitan yang membelenggu diri. Alhamdulillah.


Percutian kali ini bagi saya 'not so bad'. Hehe. Gembira kerana teman baik dan tak baik saya ada bersama a.k.a kakak. Kakak memang penyeri keluarga kami. Gurauannya menghiburkan, keseriusannya dalam menguruskan keluarga, menyebabkan kami begitu menyayangi dan menghormatinya. Apabila beliau ada, saya lebih suka berdiam dan melihat sahaja telatahnya yang sangat lucu itu.

Pada kali ini, saya merayakan hari raya haji di pembaringan sahaja, kerana sepanjang tempoh itu, saya menghadapi demam dan selsema yang agak teruk. Seusai menunaikan solat raya dan menemani ayah, terus tidur dan bangun sekejap meraikan tetamu. Walaupun itu bukanlah kebiasaan saya, namun, hanya itulah yang saya mampu lakukan dalam keadaan tidak bermaya. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana menghadirkan kakak pada perayaan kali ini kerana beliaulah yang banyak membantu mak dan ayah menguruskan persiapan hari raya Haji kali ini. Walaupun dalam keadaan tidak sihat, hati saya merasa begitu bahagia dan bersyukur melihat senyuman mak, ayah , kakak, abang dan adik serta ahli keluarga yang lain. Selepas makan ubat dan berehat, barulah saya merasa sedikit kekuatan untuk bangun dan berjalan bersama kakak dan adik ke Tanjung Rhu.


Semasa dalam bergelut dengan kesakitan itu, saya perlu menyiapkan tugasan mengenai "Petroleum" yang memerlukan banyak pembacaan dan penulisan. Hanya Allah yang tahu. Namun, saya merasa begitu bahagia selepas berjaya menyiapkan tugasan itu, dan merasa begitu nikmat membaca segala journal dan artikel berkaitan dalam keadaan begitu. Alhamdulillah.


Alhamdulillah. Percutian yang meninggalkan kenangan pahit dan manis. Masih bercuti dan perlu menyiapkan tugasan vertebrata, mengulangkaji subjek Physiologi Haiwan untuk test pada hari selasa, dan invertebrata. Alhamdulillah.Nikmatnya mendalami Ilmu Allah.. Chayyok2..!!!

-Don't give up, till the end- ^_^



No comments:

Post a Comment