Sunday, January 1, 2012

-Moga Harapan Bertukar Kenyataan-

Assalamua'laikum wbt,


Semoga dengan pertambahan umur kita semakin mendekatkan kita kepada REDHA & RAHMAT Allah swt, semoga hari-hari yang lalu menjadi iktibar dalam perjalanan kita menempuhi hari-hari yang mendatang yang lebih baik, insha'Allah. Sesungguhnya setiap nafas yang kita sedut adalah anugerah yang terlalu berharga dan setiap fajar baru yang kita temui adalah kesempatan berharga yang kita miliki untuk memperbaiki dan mengumpulkan bekalan untuk kembali bertemu Sang Pencipta. via Abu Umar.


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Astagfirullahalazim, Allazi Lailahaillahuwal Hayyul Quyyum, waatubuilaik. Semoga hari ini jauh lebih baik dari hari-hari yang lalu, dan seandainya masih ada kehidupan buat jiwa ini buat hari esok, moga ia jauh lebih baik dari hari ini. Amin. Ya Rabbal Alamin.

Seiring dengan bermulanya tahun baru ini 2012 ini, adalah molek kiranya kita menyenaraikan apakah azam baru kita untuk tahun ini. Apakah masih ingin berada di takuk yang lama, ataupun melakukan anjakan paradigma, dalam rangka untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. Tidak terlepas juga pada diri penulis ini.Semoga segala impian menjadi kenyataan. Amin. Alhamdulillah, berjaya menyenaraikan beberapa 'goal' yang ingin dicapai pada tahun ini dalam kesibukan menghadapi peperiksaan. Alhamdulillah, dengan izin Allah. Anda bagaimana?

Mode: dalam persediaan menghadapi Peperiksaan Akhir Semester dan Insha'Allah menjadi salah seorang tenaga pelajar tuisyen anjuran PPIP.Alhamdulillah. Rezeki dan Natijah itu memang milik Allah. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia mahu dan Dia juga mengambilnya dari sesiapa yang Dia ingin. Semoga kita sentiasa berada di bawah perlindungan dan pemeliharaan Allah, inilah kebahagiaan sebenar iaitu apabila kita merasai dan benar-benar merasai segala yang berlaku pada diri kita, semuanya telah dirancang, oleh Dzat Yang Maha Satu. Untuk mencapai tahap itu, kita perlu melalui pelbagai proses. Ada kalanya kita berjaya dan ada kalanya kita gagal. Namun, kegagalan itu akan bertukar menjadi satu pemangkin kejayaan jika kita mengambilnya secara positif dan berusaha memperbaiki dari masa ke masa.

Moga-moga segala usaha ini diterima dan diberkati Allah swt. Amin. Ya Robbal Alamin.


I Januari 2012
9.27 p.m
Perpustakaan Hamzah Sendut (Baru)

No comments:

Post a Comment