Monday, March 5, 2012

Believe In RABB

Allah telah bertitah di dalam sebuah hadith qudsi yang bermaksud, “ Hamba-Ku menyombongkan diri terhadapKu dengan pelbagai attribut kemegahan, padahal Akulah yang melindungi mereka di tempat tidur mereka. Antara-Ku, dan jin serta manusia, terjadi berita besar, bahawa Akulah yang menciptakan, namun yang disembah adalah selain-Ku. Aku memberi rezeki namun, selainku yang disyukuri, kebaikan-Ku sentiasa turun kepada para hamba, tetapi kejahatan merekalah yang naik kepadaKu. Aku mencintai mereka dengan mengurniakan mereka nikmat-nikmatKu, sedangkan Aku tidak memerlukan mereka. Mereka memancing kemurkaan-Ku dengan pelbagai kemaksiatan, padahal merekalah yang paling perlu kepadaKu. Sesiapa yang datang kepadaKu, maka ia akan kujemput dari kejauhan. Sesiapa yang berpaling dari-Ku, Aku akan memanggilnya dari kejauhan. Sesiapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku, akan kuberikan kepadanya lebih dari cukup. Sesiapa yang menginginkan keredhaanKu, Aku pun menginginkan apa yang diinginkan olehnya. Sesiapa yang bertindak bergantung kepada daya dan kekuatanKu, maka akan kulunakkan baginya. Orang yang melakukan maksiat, tidak akan Ku buat mereka berputus asa dari rahmatKu, jika mereka bertaubat kepadaKu, maka Aku akan menjadi Kekasih mereka, sebab Aku mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. Jika mereka tidak bertaubat kepadaKu, maka Aku akan bertindak sebagai Doktor mereka. Akan Kuberikan cubaan kepada mereka dengan pelbagai musibah untuk membersihkan mereka dari pelbagai aib. Dan sesiapa yang lebih mementingkan Aku daripada selainKu, maka Aku akan lebih mementingkannya daripada orang lain. Satu kebaikan disisiKu adalah bernilai 10 kali ganda yang sepertinya, hingga ke 700 kali ganda, hingga ke gandaan yang banyak sekali. Sedangkan kejahatan di sisiKu adalah bernilai satu. Maka jika ia telah menyesal dan memohon ampun, maka Aku pun mengampuninya. Aku mensyukuri amal kebajikan yang sedikit dan mengampuni banyak kesalahan. Kasih sayangKu mendahului MurkaKu. Sifat PenyantunKu mendahului keputusanKu menjatuhkan hukuman. Pemberian maafKu lebih mendahului siksaanKu, Aku lebih Pengasih kepada hamba-hambaKu, daripada kasih sayang ibu terhadap anaknya”


Subhanallah, besarnya kasih sayang Allah. Diciptakan hamba olehNya dengan penuh kasih sayang, di tempeh yang begitu suci lagi diberkati, iaitu Rahim (Kasih sayang), ibu. Namun, kadang kala hamba ini lupa, kadangkala hamba ini alpa, akan dari mana asal kejadiannya. Lalu, Allah swt bertindak sebagai Doktor yang memberikan ujian dan cubaan, supaya hamba ini sentiasa kembali dan sedar akan perhambaanNya.


Sesungguhnya kehidupan ini sememangnya menuntut pelbagai pengobanan. Para Rasul dan sahabat juga diuji dengan pelbagai cubaan, demi membuktikan keikhlasan dan ketulusan Iman. Dan ujian itu tidak terhenti pada generasi mereka sahaja, namun, dari generasi ke generasi yang lain, dalam bentuk yang berbeza sesuai dengan jiwa seseorang hamba. Teringat sebuah sirah mengenai pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, dalam membuktikan Cinta dan Keikhlasan Iman mereka terhadap Tuhan Yang Esa, dan pengorbanan itu bukanlah prongorbanan yang biasa, tetapi di luar jangkauan pemikiran manusia. Bagaimana mungkin seorang bapa sanggup menyembelih anaknya, demi satu tuntutan atau satu bukti Cinta mereka terhadap Rabb mereka. Kisah ini dirakamkan di dalam surah As-Saffat : 102


“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".


Berat hati seorang ayah, namun, keyakinan dan kecintaan terhadap Rabb mereka, menjadikan Iman mereka sentiasa membicarakan erti pasrah & redha. Kata Nabi Ismail dengan tenang :


"Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".


Oleh itu, hamba harus menerima cubaan ini dengan tenang dan sabar, seperti tenang dan sabarnya Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.


Umar Ibnu Al-Khattab pernah berkata: "Sesungguhnya kebaikan itu semuanya berada dalam keredhaan, jika engkau mampu untuk redha, maka lakukanlah, dan jika tidak mampu maka bersabarlah"


Hati cuba bertahan agar tidak menangis kerana dunia, tetapi ada kalanya air mata tumpah jua, membuktikan betapa lemahnya manusia ini. Moga kesakitan ini akan kembali pulih, semoga kehibaan ini akan kembali ceria, hanya dengan sebuah penawar hati dan sanubari Al-Quranul Karim. Dengan menghayati setiap kalimah yang merupakan pujukan Illahi, insan yang buta dan kegelapan ini bisa melihat kembali dalam cahaya Rabbani. Hamba harus tersenyum selalu, kerana senyum itu sedekah dan juga penawar duka. Sungguh , ketenangan dan kebahagiaan itu hanyalah diperolehi apabila seseorang hamba sentiasa berusaha melaksanakan perintah Allah, dan meluruskan kehidupanNya sesuai dengan jalan yang ditunjukkan Allah untuk sampai ke destinasi abadi, dan tentunya, Syurga Firdausi. Selain dari itu, kehidupannya pasti sentiasa dalam keserabutan dan menuju kepada kehinaan, hina di dunia juga hina di sisi Allah. Nauzubillah. Insha’Allah.


" Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" (Surah Qaf : 16)


“ Bila mungkin ada luka tersenyumlah, bila mungkin hidup hambar dirasa, mungkin hati rindukan Dia.”

If you don't thank الله for every smile, then you have no right to complain about every tear. Stay tough, stay cool. Allah doesn't burden a soul beyond the ability. :)


BELIEVE in RABB.


Percayalah Wahai Hati…


" dan ingatlah (hanya) dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang"


Bicara hati Seorang Pendosa.

No comments:

Post a Comment