Saturday, April 14, 2012

Bagaimana Saya Menggunakan Voucher?

Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh,

Didoakan semoga kalian sentiasa berada di bawah naungan rahmat serta kasih sayang Allah swt, mendapat keberkatan hidup serta didoakan kesejahteraan oleh para malaikah,

Alhamdulillah, dapat tiba ke USM dengan selamatnya setelah beberapa hari bercuti, dan kembali dengan kehidupan dan tugasan yang baru,

Pada semester yang lalu, setelah tamatnya peperiksaan akhir, semua pelajar IPT telah mendapat voucher berharga RM 200 dari pihak kerajaan Malaysia. Alhamdulillah, rezeki daripada ALLAH. Voucher ini bertujuan untuk membeli buku-buku untuk tujuan akademik dan juga pembinaan kerohanian. Di samping itu, voucher ini juga boleh digunakan untuk membeli alat tulis dan juga makanan, semuanya terletak ke atas diri mahasiswa/i sendiri bagaimana untuk memaksimumkan penggunaan voucher mereka. Jadi, kelihatan, di mana-masa sahaja kedai buku akan dipenuhi mahasiswa/i yang menggunakan voucher mereka untuk pelbagai tujuan. Alhamdulillah, beberapa minggu yang lalu, saya juga berjaya menghabiskan voucher saya dan menggunakan voucher itu sesuai dengan tujuan ia diberi iaitu membeli buku-buku untuk peningkatan jati diri seorang muslim dan buku yang dapat membantu pekerjaan saya suatu hari nanti iaitu buku berkaitan pendidikan. Pada saya, voucher itu adalah amanah, amanah untuk membeli buku sepertimana tujuan ia diberi. Menjadi satu kesedihan bagi saya, jika kita tidak menggunakan voucher itu untuk tujuan yang bermanfaat. Makanan, bila2 pun boleh dibeli, tetapi, sayang sekali jika kita hanya menggunakan voucher itu untuk tujuan itu sahaja.


Alhamdullillah, ini adalah hasil pemberian voucher yang saya gunakan. Cuma ada menambahkan sedikit wang untuk mencukupkan pembelian. Semua buku ini telah saya beli setelah beberapa lama berfikir. Alhamdulillah juga, murah rezeki dari Allah, saya telah membuat tempahan secara online kepada Pustaka Iman dan Fajar Ilmu Baru, mendapat potongan harga yang cukup tinggi serta saya dapati mereka sangat menjaga kualiti buku yang dijual, mereka hanya menjual buku-buku yang diyakini, buku mereka telah ditapis penulis, sumber dan sebagainya. Bagi saya, sumber adalah penting untuk memastikan kefahaman kita berada di atas landasan yang betul, insha'Allah. Hal ini kerana, terlalu banyak penulisan buku pada hari ini. Namun, tidak semua penerbit yang benar-benar menjaga kualiti isi buku tersebut dari segi sumber. Sumber adalah sesuatu yang sangat penting, ia mestilah benar-benar daripada Al-Quran dan Sunnah, kerana apa yang kita dengar, apa yang kita baca, akan terlahir dalam perbuatan dan perkataan kita, secara sedar ataupun tidak dan ia akan menjadi ikutan kepada orang lain. Jadi harus dijaga sumbernya dengan baik supaya ilmu kita sentiasa berada di atas landasan yang betul. Insha'Allah.


Buku-buku ini tersimpan kemas di bahagian rak. Menjadi satu kerisauan saya jika hanya membeli tetapi tidak terbaca semuanya. Hal itu menyebabkan saya memilih buku-buku yang betul2 menarik hati saya, dan melihat sejauh mana keperluan saya terhadapnya sebelum membuat pembelian. Saya cuba menyediakan ruang untuk membaca buku-buku ini, serta memasukkan waktunya ke dalam jadual harian, supaya saya terus menerus berdisiplin membacanya. Insha'Allah. Alhamdulillah, setakat ini bisa dipatuhi, harap-harapnya bisa konsisten.



"Sesungguhnya menuntut Ilmu adalah wajib bagi seorang muslim"

Daripada menghabiskan masa dengan melayan FB yang menyakitkan hati lagi beremosi, lebih baik sediakan waktu dengan menjadi ulat buku. Banyak manfaat, kurang mudharat. Tetapi adakah FB itu tidak boleh?

Pada pendapat saya, FB ini ada manfaat dan mudharatnya, terletak sejauh mana kita meletakkan kawalan pada diri kita. Mudharatnya, ia boleh memecahbelahkan kehidupan banyak individu dan merosakkan ukhuwah bila tidak terkawal. Manfaatnya, banyak maklumat semasa kita boleh dapat melalui FB, boleh melebarkan rangkaian ukhuwah mahabbah sesama sahabat, dan group yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat penting jika kita bijak mengawalnya. Suatu masa dahulu, saya telah menyahut cabaran seorang sahabat untuk keluarkan semua kawan-kawan yang tidak sepatutnya menjadi kawan di FB contohnya kaum yang ajnabi. Saya pun cuba keluarkan semua yang tidak berkenaan, hanya tinggal keluarga, muallim2 dan mungkin ada seorang dua kawan-kawan yang sama dengan kos saya yang saya yakini mereka tidak akan mempengaruhi kehidupan saya, dan saya letakkan kawalan, siapakah yang harus saya komen statusnya. Kalau dalam group, saya akan komen sebarang pertanyaan kerana ia adalah umum dan saya cuba kawal bahasa bagaimana untuk saya gunakan, kerana kadang-kadang itu menjadi satu keperluan. Tetapi, secara individu, pada FB saya sendiri, insha'Allah , alhamdulillah, setakat ini, Allah masih menjaga saya dari komen FB yang tak berkenaan walaupun hati saya teringin untuk menjawab status mereka. Alhamdulillah, kesannya, saya merasa lebih tenang dan selamat.Insha'Allah, semuanya tergantung bagaimana kita menggunakan teknologi. Walaupun ia merupakan satu perancangan jahilliah, tetapi, apabila kita berlaku adil, iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya, kita akan dapat memaksimumkan penggunaan masa dan banyak aktiviti lain boleh dilakukan contohnya membaca buku. Insha'Allah. Selingan sahaja.

Sekian sahaja dahulu. semoga bermanfaat. Mari Membaca Buku, insha'Allah, semakin kita mendalami ilmu Allah, semakin kita merasa rendah diri dan rasa begitu jahil kerana ilmu Allah itu Maha Luas. Dengan itu, insha'Allah, kita mampu mendidik diri menjadi hamba yang taat padaNya. Harap-harap begitu. Insha'Allah. Amin, Ya Robbal Alamin.


Penawarhati90
7.01 p.m
14 April 2012
Desasiswa Saujana, USM.



No comments:

Post a Comment