Tuesday, April 10, 2012

Puteri Harapan Islam


Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah, Rabb Yang Maha Agung dan Yang Maha Mulia, Maha Pencipta dan Maha Memelihara. Hebatnya Asma’ dan SifatNya. Dialah Rabb, Dialah Illah. Selawat dan salam diutuskan buat Rasul Rinduan Umat, Nabi Muhammad saw, merupakan contoh terbaik sepanjang zaman, salam sejahtera ke atas ahli keluarga serta para sahabat baginda.


Puteri Harapan Islam --> Mardhatillah (cadangan nama)



Tanggal 7 April 2012, telah lahir seorang puteri harapan Islam, cahaya mata kepada murobbiku yang sangat daku kasihi Lillahitaala, Ustazah Khoirul Badriah Jaafar (ummi) dan Ustaz Mahadzir Mohamad. Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, kedua-dua ibu dan anak, selamat melahirkan dan dilahirkan. Setibanya saya di sana, ummi dengan tenang dan tersenyum bahagia meraikan kehadiran saya dan meletakkan puteri ini dalam dakapan saya. Maha suci Allah, kelahiran Puteri Harapan Islam ini merupakan sebuah rahmat yang sangat besar bagi pasangan ustaz dan ummi daripada Allah swt, demikian setelah mendengar begaimana saat-saat ummi mengandungkannya sehingga saat ia dilahirkan, saya sendiri sebagai pendengar merasa cukup teruja dengan penceritaan ummi dan meyakini, kelahirannya membawa seribu satu rahmat dan berkat daripada Allah swt. Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, semoga puteri harapan Umat ini sentiasa dijauhkan daripada gangguan syaitan laknatullah sepanjang hidupnya dan menjadi muslimah yang menjadi kebanggaan Umat dan didoakan oleh seluruh penduduk langit dan bumi, di daratan dan di lautan. Ketikamana mendakap bayi ini, saya terus bertanya ummi , apakah doa yang paling baik untuk dibacakan kepada bayi baru lahir? Kemudian umi menjawab, doakan:

“ Allahummainni a’uzubiha (perempuan)/ a’uzubihu (lelaki), minasyaitanirrajim”

Maksudnya : Ya Allah, lindungilah dirinya daripada syaitan yang direjam.



tenang dalam pelukanku..subhanallah. 2.8 kg. Kita sama lah...ngee..


Kata ummi, puteri ini merupakan sebuah hadiah daripada Allah, sebuah jawapan Allah swt kepada doanya, kerana beliau tidak menyangka bahawa akan ada kelahiran lagi, tetapi, beliau sentiasa berdoa:

“ Ya Allah, rahmatilah kami (sekeluarga), sekiranya Engkau belum mengurniakan rahmatMu kepada kami, kurniakanlah rahmatMu kepadaku” (beliau mengulangi doa ini pada setiap doanya pada ahli keluarganya).

Dan ustaz pun berdoa:

“ Ya Allah, seandainya kami mampu, tambahkanlah zuriat kami”


Mungkin inilah jawapan Allah terhadap doa hamba2Nya yang soleh dan solehah ini. Cadangan nama yang diberi ialah Mardhatillah (keredhaan Allah), subhanallah, nama itu sebuah doa, apabila kita menyebut nama seseorang dengan penuh dan mengetahui maknanya, maka sebenarnya kita sedang berdoa untuknya dan Allah swt akan memanggil seseorang hamba itu dengan nama yang diredhainya. Bermakna jika kita memendekkan nama seseorang atau menggelar nama seseorang dan mereka redha dengan gelaran itu, maka Allah akan memanggilnya dengan nama itu di akhirat nanti. Oleh itu, marilah kita belajar menghormati orang lain walaupun hanya dengan sebutan namanya. Subhanallah, inilah akhlak Islamiyah, Islam mendidik kita berdoa walaupun dengan menyebut nama seseorang (selingan). Sambungan lagi, kata ummi, rahmat Allah swt itu akan Allah tunjukkan dalam 2 perkara berdasarkan surah Nuh, iaitu berupa Hujan dan Anak.

“ Maka aku berkata (kepada mereka), “ Mohonlah ampunan kepada Rabbmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (10) nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, (11) dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu , dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mebfadakan sungai-sungai untukmu(12) ”

Alhamdulillah, apabila seseorang hamba itu memperbanyakkan bicaranya dengan Allah swt, pasti Allah swt tidak akan mengabaikan doanya walaupun kecil dan biasa-biasa sahaja. Firman Allah swt yang bermaksud:

“ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran

Saya bertanya, “apakah ummi tak rasa sakit?” kerana sepanjang saya bersama ummi, beliau sentiasa tersenyum dan bahagia. Kata ummi, “sakit itu hanya Allah sahaja yang tahu, tetapi semasa ummi merasa sakit, ummi teringat kata sahabat ummi, “semakin dalam kesakitan yang dirasai oleh seseorang, semakin besar keampunan Allah terhadap dosa-dosanya”. Subhanallah. Maha suci Allah, tidak ada yang sia-sia pada ciptaanNya, semuanya punya hikmah tersendiri. Sesungguhnya Allah swt tidak lansung menzalimi hamba-hambaNya melainkan merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri.

Sungguh indah hidup di dalam Islam, sungguh indah jika hati tidak bermaksiat kepada Allah, pasti hidup akan sentiasa tenang dan bahagia dalam jagaan Allah, juga hati sentiasa bersih seperti bersihnya seorang bayi yang baru lahir. Menyentuh jari jemari puteri Islam ini, jiwa terasa sungguh tenang, kerana sememangnya fitrah seorang bayi adalah bersih dari sebarang dosa, kerana itu kita merasa tenang dan sayang sekali terhadap mereka. Kata ummi, bagaimanakah seorang ibu boleh tergamak membuang bayi sedangkan fitrah mereka itu suci dan menenangkan hati? Memang Allah melaknat perbuatan demikian. Kemudian ummi menyambung, seorang anak itu merupakan suatu rahmat bukan bebanan jika kita memahami dan menghayati Islam sebenarnya. Tetapi, jahilliah mengajar manusia hari ini merancang kelahiran dengan memakan itu dan ini, supaya tidak bertambah bilangan anak-anak Adam, sedangkan menambahkan bilangan zuriat keturunan itu adalah anjuran Islam, dan itu amatlah ditakuti oleh orang kafir laknatullah.

Jauh ke dalam sudut hati saya sebenarnya mendapat satu kejutan pada waktu itu, kerana saya rasakan sudah banyak elemen-elemen jahilliah yang telah diserap ke dalam pemikiran saya, tambahan minggu lalu, semasa mengikuti program riadah, saya mendapat satu ilmu baru yang mengatakan, waktu makan yang dianjurkan oleh jahilliah ialah Sarapan, Kudapan, Tengah hari, Petang, Malam, dan Tengah Malam. Jika dikira bilangan waktu makan itu, dapatkah kita bayangkan berapa purata kalori yang dimakan sehari. Tidakkah ia boleh cenderung kepada menjadi manusia yang malas, kegemukan, penyakit dan kurang berfikir secara kritikal? Tetapi Islam menganjurkan kita “ Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang ”. Namun, kata Ummu Anas dalam bukunya “Bangunlah anak-anakku”, antara langkah awal untuk menjaga pintu nafsu adalah,menjaga masa makan dan masa tidur, insha’Allah, jika itu terjaga secara konsisten, nafsu lain juga bisa terkawal tetapi bukan bermakna kita perlu penuhi waktu makan sebanyak 6 kali sehari. Cuba kita renung-renungkan, apakah amalan seharian kita ini, benar-benar kita mengambil cara hidup Islam, atau pengaruh barat sebenarnya telah terserap dalam pemikiran kita??? Hanya sebagai satu selingan persoalan untuk sama-sama kita fikirkan dan hayati dalam-dalam.


“ Islam Is The Best Way Of Life”


Memohon keampunan dari Allah dan meminta maaf atas segala khilaf. Banyak nasihat dan bimbingan sepanjang berbicara dengan ummi, jika boleh, saya ingin merakam setiap bicaranya kerana saya tidak suka mensia-siakan peluang bertemu orang soleh, pasti ada sesuatu ilmu yang saya ingin ambil dan cuba implemen. Saya juga sentiasa ingin sentiasa mencungkil rahsia bagaimana ummi berjaya mendidik 4 orang anaknya yang lain mengenal Allah, dan merasai kehadiran Allah dalam hidup mereka. Semuanya dengan panduan Al-Quran dan Sunnah. Apabila melihat anak-anak ummi, saya merasa cukup kagum, kerana mereka sentiasa menyebut kalimah Allah dalam setiap kata-kata mereka. Pernah ummi mengadu tidak larat ketika mengandung, kata adik Ilman (anak bongsu ummi), berumur 6 tahun, jika tak silap saya, “Ummi marah kat sapa tu? Ummi marah kat Allah ke?”. Walaupun pendek kata-katanya, tetapi cukup mendalam maksudnya. Kematangan umurnya tidak sepadan dengan kematangan Imannya. Setiap sudut dalam rumah ummi, sentiasa tertulis doa, dan ayat-ayat Allah. Bahan hiburan anak-anaknya adalah video-video dan cerita-cerita yang semuanya menyebut tentang Allah swt, tidak seperti anak-anak moden hari ini yang dihidangkan dengan ‘games’, IPAD, dan cerita-cerita kartun atau bahan-bahan yang banyak mempunyai unsur yang mensyirikkan Allah. Jauh dalam diri saya bermonolog sendirian, “ bukan mudah untuk menjadi seorang ibu, sebab ibulah yang bertindak untuk menerapkan nilai Ilahiyah ke dalam setiap diri anak-anaknya, selain ayah juga turut bertanggungjawab yang besar untuk mendidik anaknya dengan AQ dan memenuhi keperluan rohani, emosi dan jasadi anak-anaknya.” Bagaimana untuk menerapkan AQ ke dalam diri anak-anak, bukan kerja yang mudah tetapi sangat penting. Bagaimana untuk menanamkan jiwa anak-anak dengan AQ , jika nilai AQ tidak tertanam dalam diri sendiri. Hal ini kerana, kebijaksanaan yang sebenar adalah apabila seseorang itu mengenali Rabbnya, dan bagaimana caranya?? Perlu banyak memperbaiki diri dan membuat persiapan. Membina keluarga Muslim mudah, tetapi bagaimana untuk membina keperibadian seorang muslim ke dalam setiap ahlinya, adalah tidak mudah dan amanah yang amat besar. Tetapi, apabila berjaya, berjayalah di dunia dan berjayalah di akhirat sana. Moga kita dan keluarga semua tergolong dalam kalangan mereka yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Akhir sekali, kata ummi, kata-kata atau nasihat itu tidak akan bermakna sekiranya ia tidak berhubung dengan Allah dan ia tidak juga akan bermanfaat jika ia tidak menghubungkan hati kita dengan Allah swt. Setiap kata-kata kita akan didakwa oleh Allah. (Ya Allah, tersentak seketika, menusuk jiwa seperti terkena tembakan peluru berpandu, terus tertusuk ke dasar hati). Astagfirullahalazim, peliharalah kata-kataku Ya Allah.

Lagi memori bersamamu..


berusia sehari...masih merah..subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar.. macam anak sendiri pulak..anak saudara..insha'Allah..^_^


comelnya...


Tidur sambil memikirkan masalah Umat, suatu hari nanti, tidak dapat tidur lagi kerana hidup dipenuhi kerja-kerja membangunkan Deen Allah. Insha'Allah. Amin. Puteri harapan Islam.

Penawarhati90

12.03 pm

11 April 2012



No comments:

Post a Comment