Wednesday, August 15, 2012

Andai Ini Ramadhan Terakhirku


Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir,
Inginku penuhi siangnya dengan amalan yang membersih hati
Inginku hiasi malamnya dengan amalan yang menjernihkan sanubari

Andai inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
Hajatku, air mata ini benar-benar mengalir dengan penuh kehangatan lantaran keinsafan atas segala dosa-dosa, kekhilafan dan kesilapan yang lalu.

Andainya inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
Aku memohon kekuatan, rahmat, inayah dan taufiq daripada Allah SWT agar Ramadhan ini adalah yang terbaik buatku.

Para ulama mengambarkan Ramadhan umpama titisan air hujan. Bukan semua orang akan mendapat jumlah air rahmat yang sama. Iannya bergantung kepada bekas tadahan yang kita sediakan. Sahabat pembaca sekalian, marilah sama-sama kita sediakan tadahan hati seluas-luasnya untuk memperolehi semaksima mungkin janji-janji Allah SWT dari Ramadhan.

Copy from : http://brohamzah.blogspot.com/2012/08/nota-hati-sunyi-benar-teratak-ini.html

* Semoga tarbiyah Madrasah Ramadhan kali ini benar-benar mendidik jiwaku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, murobbi-murobbiku serta sesiapa sahaja yang sentiasa mengingatiku dalam doanya, menjadi insan yang benar-benar bertaqwa di sisiNya. Semoga mendapat Rahmat, Keampunan dan Dijauhkan dari Azab Api Neraka. Semoga kita semua menjadi insan yang baru dari sudut keimanan dan ketaqwaan di sisi Allah, serta mempunyai niat, keazaman, himmah dan iradah yang baru untuk melangkah menjalani hari-hari yang baru sehingga dipanggil pulang bertemu Allah dengan membawa Qolbun Saleem. Hati yang sejahtera. Semak, semak dan terus semak diri sendiri. Hanya beberapa hari lagi tetamu barakah ini akan mengucapkan salam perpisahan. Andai ini Ramadhan Terakhirku, mengharapkan tingkatan Cintaku kepada Allah & Rasul berada di atas dan teratas dari cinta-cinta yang lain. Semoga cinta-cinta yang lain itu merupakan cinta yang mendekatkan jiwaku kepada cinta sejati, cinta hakiki, Cinta Rabbul Izzati.

http://takwinrijal.blog.com/2012/08/13/bekalan-dari-romadhon/

p/s: hari terakhir bekerja . Insha'Allah ^^

No comments:

Post a Comment