Sunday, August 12, 2012

Ibrah dari Almond London

Gambar hiasan dari laman web : http://dayangjack.blogspot.com/2009/09/biskut-almond-london.html

Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Semoga Allah swt sentiasa memelihara setiap langkahan hari-hari dalam hidupku, setiap saat dan setiap ketika, hanya kepadaNya Yang Maha Kuat hamba yang Lemah ini memohon kekuatan.

Alhamdulillah, pada hari ini, saya mengisi waktu pagi sehingga tengahhari menyiapkan biskut 'Almond London', tetapi masih tergendala satu hal disebabkan tidak cukup coklat masakan kerana saya telah menambahkan marjerin ke dalam coklat masakan, tujuannya untuk menjadikannya cair sedikit supaya semua biskut yang dibuat dapat dicelup ke dalam coklat cair. Allah izin penambahan marjerin yang agak banyak, menyebabkan coklat menjadi terlalu cair dan tidak dapat dicelupkan dengan baik. Jadi, saya perlu membeli coklat masakan semula untuk menambahkan kepekatan coklat yang ada. Insha'Allah, harap-harapnya biskut 'Almond London' saya akan menjadi dengan baik.


Nampak seperti biasa sahaja, cerita tentang 'Almond London', tetapi bagi saya, ada satu pengajaran yang boleh saya ambil daripada proses membuatnya. Semasa menyemak senarai ramuan dan kuantiti ramuan kuih tersebut, saya sedikit terlepas pandang mengenai kuantiti yang sepatutnya. Hasilnya, apabila adunan dibakar, ia menjadi begitu kembang. Saya sedikit keliru, kerana sebelum ini saya pernah mengadunnya dan hasilnya baik saja. Apabila saya membaca semula, rupa-rupanya saya tidak memasukkan tepung pada kuantiti yang sepatutnya. Kemudian saya cuba lagi dengan adunan sepatutnya, Alhamdulillah, menjadi dengan baik. Timbul dugaan kedua, larutan coklat menjadi cair. Insha'Allah, apabila menambahkan lagi coklat masakan, ia akan pekat seperti biasa dan saya dapat mencelupnya dengan baik.


Teringat sebuah perkongsian ketika mengikuti Kem setahun yang lalu: 'Tarbiyah Pacatiyah'. Pengajaran ketika 'Jungle Trekking' di bawah titisan hujan yang membasahi bumi, serta berjalan di atas tanah yang licin menuruni bukit yang agak curam.

" Orang mukmin ini tidak akan jatuh ke lubang yang sama dua kali. Jika sekali dia jatuh tergelincir, dia harus mengubah cara menuruni bukit, dia tidak boleh turun dengan cara yang sama, supaya dia tidak jatuh kali keduanya. Jika dia berjalan dengan cara yang sama, sudah tentu dia akan jatuh berkali-kali."

Ya, sungguh benar. Seperti saya membuat biskut tersebut, pada kali pertama, adunan saya tidak menjadi, bila disemak semula, rupa2nya saya tersalah cara/ kuantiti yang tidak sepatutnya, oleh itu saya tidak boleh mengulangi cara yang sama untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, saya harus belajar dari cara yang salah itu, dan memulakan langkah kedua dengan lebih baik. Insha'Allah, hasilnya akan lebih baik dari sebelumnya. Kata mak saya:

" Takpa, semua itu pengajaran, kalau kita tak buat salah, kita tak belajar dari kesilapan. Mungkin kita juga akan merasakan diri kita terlalu sempurna." (ada menambah sedikit)

Kata mak saya lagi: " Kalau kita jadi orang rajin, kita tak akan rugi, orang rajin selalu untung."

Oleh itu, saya tidak boleh berputus asa untuk mencuba dan terus mencuba, rajin mencuba walaupun tak pandai. ^^.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Raya kali ini, saya ingin meraikan kakak kesayangan saya. Sebelum ini, kami selalunya tidak beraya sekali. Alhamdulillah, kali ini beliau akan pulang beraya di rumah, dan ahli keluarga akan cukup, insha'Allah. Saya sangat gembira jika bersama kakak, sebab beliau selalu menjadi penghibur keluarga, pemecah kesunyian keluarga, 'happy go lucky'. Saya lebih suka berdiam jika kakak bersama sebab saya lebih suka mendengar nasihat dan perkongsiannya dan memerhati gelagat lucunya. Kali ni, beliau kena rajin sikit sebab hampir menamatkan zaman bujangnya. Jadi, saya ingin meraikannya bersungguh2 takut2, nanti kena beraya rumah mertua pulak. ^^.
Keseronokan hidup berdua tidak sama dengan hidup seorang. Moga-moga dapat melakukan yang terbaik di alam keremajaan dan alam berkeluarga. Itu yang lebih baik. Insha'Allah.

Wallahua'lam.

Penawarhati90
3.06 pm
24 Ramadhan 1433H bersamaan 13 Ogos 2012
Langkawi, Kedah









No comments:

Post a Comment