Sunday, August 19, 2012

Untukmu Temanku

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

[ Untukmu Teman lyrics found on http://lyrics.my ]
Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mun
gkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

Kenangan bersama mereka akan sentiasa segar dalam ingatanku, sentiasa dalam doa kudusku, moga Allah sentiasa menjaga mereka walau di mana sahaja mereka berada dan dalam apa sahaja yang mereka lakukan. Semoga dengan pertemuan yang terlalu singkat ini akan mengumpulkan kita semua di sebuah negeri abadi, syurga Illahi. Semasa bersama mereka, saya mendapat pelbagai pengalaman dan ilmu baru yang tidak pernah saya rasai dan dengari. Makcik Raziah banyak berkongsi tips masakan, kecantikan, kisah hidup yang ada kalanya menyayat hati dan ada kalanya menggelikan hati. Kebaikan mereka tidak dapat saya balasi di dunia ini, dan tidak mungkin dapat saya balas, semoga Allah sahaja yang membalas segala jasa dan kebaikan mereka. Mereka merupakan insan yang sentiasa murah dengan senyuman, ringan menghulurkan tangan, tidak bisa mendengar kesusahan insan lain, sentiasa pemurah. Oleh sebab itu, Allah selalu memurahkan rezeki mereka.


Suatu hari saya meminta cuti untuk ke KL atas urusan penting, sememangnya saya juga sedikit berat melihatkan keadaan di Bazar agak sibuk. Tetapi, makcik terus mengizinkan saya pergi dan memasukkan duit ke poket saya. Saya fikirkan hanya beberapa puluh, tetapi rupa-rupanya beberapa ratus. Subhanallah.


"Teringat kisah makcik ceritakan mengenai Jamilin. Jamilin seorang yang sangat suka belajar daripada kecil. Semasa umurnya 3 tahun, makcik berhenti di depan sebuah kedai yang berdekatan dengan sekolah dan meninggalkan Jamilin di dalam kereta. Apabila makcik masuk semula ke dalam kereta, makcik dapati Jamilin tidak ada. Puas dicari, menangis makcik. Rupa-rupanya Jamilin masuk ke kelas, dan duduk di kerusi kosong. Semua pelajar pelik melihat seorang budak terkelip-kelip tengok cikgu di depan dan tak tahu apa-apa. Makcik terkejut menjumpai anaknya di dalam kelas, dengan matanya yang bulat. ". Memang menggelikan hati mendengar cerita makcik, terbayang wajah comel Jamilin. Teringin anak seperti Jamilin, dengan budi pekertinya yang sangat baik. Itulah anugerah Allah yang sangat bernilai buat makcik. Semoga menjadi anak yang solehah.


Saya sangat kagum dengan makcik Raziah, beliau seorang yang mahir dalam ilmu masakan. Meminati perniagaan dari sebelum kahwin, bersungguh-sungguh dalam perniagaan di beberapa Pasar Malam. Dalam masa yang sama, makcik juga seorang yang minat membaca. Bahan bacaan yang makcik sangat minati adalah novel. Rak di rumah makcik dipenuhi novel. Beliau merupakan pelanggan setia majalah "Gen-Q".


Kenangan dan pengalaman bekerja di Bazar Ramadhan tidak mungkin saya lupakan, detik yang sangat berharga dalam hidup saya. Teringat nasihat sahabat saya yang memberi semangat untuk saya bekerja di sini mencari pengalaman, katanya tentu seronok, dan jangan risau, saya tidak akan rasa letih untuk bertarawih, jika saya benar-benar ingin menghidupkan ramadhan saya. Kini, saya dapat rasai kebenaran pada nasihatnya. Ya, ada kalanya saya merasa amat letih, lenguh yang teramat sangat sehingga kadang kala merasakan ingin terputus pinggang, sehingga saya hanya mampu duduk secara menegak kerana terlalu lenguh pada tulang belakang. Namun, seusai pulang ke rumah, nafsu ini cuba ku paksakan untuk tidak terus berehat, tetapi, terus menunaikan solat maghrib, membersihkan diri, dan bersedia untuk ke masjid. Di sana, saya merasakan kenikmatan solat yang begitu luar biasa, sungguh tenang, manis dan begitu nikmat, sedikitpun tidak merasa penat. Cuma saya hanya mampu menunaikan solat tarawih sebanyak 8 rakaat sahaja, kemudian mengisi waktu menunggu para jemaah lain menghabiskan solat sebanyak 23 rakaat dengan membaca Al-Matsurat, dan bertadarrus. Alhamdulillah, pengalaman yang cukup berharga. Sepanjang bekerja, saya telah mengalami penurunan berat badan yang mendadak, 40 kg--> 3+.+ kg. Nak tahu tips kurus? -AKTIF- (jangan jadi macam saya)


Pada hari Khamis, bersamaan 16 Ogos 2012, merupakan hari terakhir saya bekerja di sini, sememangnya berat hati saya meninggalkan Makcik, Pakcik, Jamilin, K Mariam, dan Siti, namun, setiap pertemuan itu pasti akan berakhir dengan perpisahan, namun, pertemuan di sanalah yang kekal abadi. Sedih bersalaman dengan makcik, melihat makcik menitiskan air mata, dada saya menjadi begitu sebak. Teringat pelbagai kelemahan diri. Insha'Allah, tidak mungkin saya lupakan saat-saat indah ini, saat-saat barakah ini.


Alhamdulillah, terima kasih kepada Allah atas perancanganNya yang begitu indah ini, terima kasih pakcik, makcik, Jamilin, K Mariam dan Siti atas segala bantuan yang dihulurkan, dan atas kebaikan yang begitu banyak. Terima kasih makcik atas puisi-puisi indah yang dicipta buat menghibur hatiku, serta terima kasih atas segala perkongsian.

Mendoakan semoga Ramadhan ini benar-benar membuahkah ketaqwaan, nur cahayaNya akan menuntun kita melalui lorong-lorong kehidupan ini, dalam perjalanan menuju kehadrat Illahi.

Sesungguhnya akhirat sanalah pertemuan yang paling abadi. Semoga kita semua akan bersama, hingga ke syurgaNYA. Amin.

Faizah, Balqis dan Hidayah, teman yang baru dikenali, pelanggan di bazar, tetapi menjadi begitu rapat walaupun kali pertama bertemu, tetapi sudah seperti bertahun-tahun mengenali mereka. Terima kasih atas segala budi baik kalian. Semoga Allah mengaturkan pertemuan kita seterusnya. Amin.


Penawarhati90
1.13 am
3 Syawal 1433H bersamaan 21 Ogos 2012
Langkawi, Kedah

No comments:

Post a Comment