Wednesday, August 1, 2012

USRATI

Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sebuah doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw:

" Dengan menyebut namaMu Ya Allah, aku membaringkan tubuhkan, dan dengan menyebut namaMu Ya Allah, aku mengangkat tubuhku. Jika Engkau menahan jiwaku Ya Allah (mematikanku), maka kasihanilah ia, dan jika Engkau mengembalikan jiwaku kepada tubuhku, maka jagalah ia sepertimana Engkau menjaga diri orang-orang yang soleh"

Ammaba'du

Semoga insan-insan yang bernafas di dunia ini sama ada dikenali ataupun tidak senantiasa berada di bawah naungan pemeliharaan Allah swt selalu.


Perkongsian untuk beberapa minit cuma....


Sebuah rancangan dari siaran Radio IKIM yang membuatkan saya jatuh hati untuk menjadi pendengar setia iaitu 'Usrati' adalah sebuah rancangan yang benar-benar bermanfaat bagi saya. Penceramah jemputan untuk rancangan ini adalah Ustazah Norhafizah Musa. Pada saya, pertama kali mendengar pengisian beliau, hati saya cukup-cukup tertarik, kerana apa yang dibicarakan sememangnya penting dalam membina sebuah keluarga, ataupun merawat keluarga yang bermasalah. Kata-katanya, subhanallah, umpama curahan bicara kasih sayang seorang ibu yang mengalir dari akal turun ke hati. Moga Allah swt sentiasa memelihara kesolehan serta keikhlasan beliau, kerana saya dapat merasakan sebuah nasihat yang benar-benar lahir dari hati seorang mukhlisin. Insha'Allah.


Mendengar luahan para ibu yang mengalami masalah dalam rumahtangganya, kadangkala saya rasakan seperti masalah yang sama menjadi persoalan mereka. Namun begitu, ustazah menerima dan menjawab soalan-soalan mereka dengan penuh adab. Katanya, kadangkala mereka tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut, tetapi mereka suka mendengar dari suara yang lain, dan mereka suka meluahkan segala masalah yang memberatkan jiwa mereka. Apabila seseorang itu meluahkan masalahnya kepada orang yang dekat dan dipercayai olehnya, contohnya suami, 50% dari masalahnya sebenarnya telah hilang.


Bagi saya, rancangan ini bukan sahaja sesuai untuk para ibu, tetapi juga untuk mereka yang masih bujang, sebagai satu ilmu yang boleh dijadikan iktibar dalam melalui hari-hari dalam hidupnya. Insha'Allah.


Segala rakaman dari pengisian ustazah ini dirakamkan pada laman web ini:

http://majlisilmu.com/ustazah-norhafizah-musa-usrati-ikim-fm/

Saya suka mendengarnya ketika sedang memasak, ataupun seterika baju ataupun melakukan kerja-kerja rumah yang lain. Saya menjumpai satu idea di mana saya merasakan kehidupan lebih selesa apabila mendengar ceramah-ceramah yang bermanfaat ketika melakukan kerja-kerja yang ringan berbanding lagu nasyid. Ya, mungkin ada kalanya kita ingin mengubah angin seketika, untuk mendengar lagu nasyid, tiada masalah, cuma bagi saya, sekurang-kurangnya dalam keadaan duduk-duduk saja, ada sesuatu yang saya dapat menfaatkan, mungkin kerana masa ini terlalu singkat, dan tanggungjawab terlalu padat, jadi harus cuba menggunakan masa secara optimum. insha'Allah, terpulang kepada pendapat masing-masing, setiap insan ada caranya tersendiri asalkan ianya baik, dan bermanfaat, maka teruskanlah, tidak perlu ragu-ragu..^_^.


Okay, mahu berangkat ke tempat kerja. Moga sentiasa ceria dan dirahmati Allah selalu.

Assalamua'laikum. ^_^

Penawarhati 90

3.28 p.m

12 Ramadhan 1433H bersamaan 1 Ogos 2012

Langkawi, Kedah



No comments:

Post a Comment