Monday, December 30, 2013

Sandaran Cinta




Menelusuri denai kerinduan ini
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanannya tak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi

Di tengah rimba kehidupan
Menjalar akar perasaan
Malar kecintaan atau kebencian

Segar cinta bertunjang keimanan
Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa

Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula melata di jiwa

Ku mengimpikan kuntum cinta
Harum mewangi penuh warna
Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya

Kan ku sunting ia jadi hiasan
Serikan kesuraman taman hatiku selamanya...ooo...

Namun cinta sejati, suci dan abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi
Raih cintaNya syarat menuju firdausi
Sandaran cinta pada Tuhan Yang Esa

Tenang dirimbun kasihnya mengubat lara

Tak ketemu kecewa hanyalah bahagia


Alhamdulillah for everything...^__^

Penawarhati90
Pulau Langkawi, Kedah

Thursday, December 12, 2013

Salam Dhuha & Jumaah Mubarak



Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya, sebaik-baik amal pada penutupannya, sebaik-baik hari-hari kami adalah saat bertemu dengan-Mu.


Aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia, sebaik-baik tempat tinggal kami, luaskanlah liang lahat kami, dan rahmatilah saat kami menjadi rendah pada waktu menghadap-Mu saat hisab, tetapkanlah kaki-kaki kami di atas shirath, selamatkanlah kamidari kesusahan hari kiamat, putihkan wajah kami pada hari dimana wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam.


Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tak terputus-putus, mata yang sejuk yang tidak terputus-putus, aku memohon kepada-Mu untuk dapat melihat wajahMu, dan kerinduan bertemu dengan-Mu.


Aku memohon agar Engkau mensucikan kerusakan hati kami dengan taubat, dan menyatukan hati kami dalam keadaan takut kepada-Mu, dan memberi kami pemberian yang besar yang dapat memasukkan kami ke dalam surga, tempat yang aman.. Amin.


Ya Allah, kepada-Mu aku beribadah dan untuk-Mu kami shalat dan sujud. Kepada-Mu kami menuju dan bersegera. Kami mohon rahmat-Mu dan takut akan azab-Mu, sesungguhnya azab-Mu menimpa orang-orang kafir.



Ya Allah aku memohon perlindungan kepada-Mu, kami meminta ampun dari-Mu, memuji-Mu dengan kebaikan, tidak kufur kepada-mu, tunduk kepada-Mu dan mencabut siapa yang kufur kepada-Mu..


Allahumma amin.

Hamba yang mengharapkan rahmat & maghfirah,
Penawarhati90
12.04pm
10 Safar 1435 H bersamaan 13 Disember 2013
Pulau Langkawi, Kedah

Wednesday, December 11, 2013

3 Persoalan Hidup


Mari fahami dan hayati.


Penawarhati90,
10.21 am
9 Safar 1435 H bersamaan 12 Disember 2013
Pulau Langkawi, Kedah

Barokah Dalam Ukhuwah

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Segala puji hanya bagi Allah, kerana pada pagi yang indah lagi barakah ini, Allah swt masih lagi sudi memberi kita peluang untuk bernafas buat sehari lagi. Subhanallah, nafas itu merupakan sebuah ruang dan peluang untuk kita terus melaksanakan ketaatan kepadaNya, memohon rahmatNya, meminta keampunan kepadaNya dan semoga kita semua terselamat daripada azab api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, itulah sebenar-benar kejayaan bagi seorang manusia, seorang muslim, seorang mukmin dan seorang muttaqin.



Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita berlumba-lumba ke arah kebaikan (fastabiqul khairat) di dalam segala medan kita berada. Tidak kira di pejabat mahupun di rumah, di restoran, di pasaraya, dan sebagainya kerana inilah peluang kita untuk meraih Mardhatillah, seteruskan melayakkan kita menjadi penghuni di syurgaNya.


Saya mendoakan semoga Allah swt melindungi dan memelihara diri sendiri, kedua ibu bapa dan keluarga, bakal kedua ibu bapa dan keluarga, kedua ibu bapa angkatku, beliau yang sentiasa dihormati, para sahabat tercinta, para pelajar yang dikasihi, ummi (Datin Noraini), abah (Dato’ Safaruddin), Pn Norli dan seluruh warga kerja Langkawi Lite, mereka yang sentiasa mendoakanku dari kejauhan, mereka yang daku temui setiap hari dan setiap waktu, serta seluruh umat Islam. Semoga kita semua mendapat rahmatNya, keampunanNya, dan dilimpahi keberkatan dalam kehidupan. Semoga kita semua juga memperoleh sebaik-baik kematian (husnul khotimah) di akhir kehidupan kita.


“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” (Surah Al-Hujerat : 15)

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya baru sahaja selesai menjadi guru pengiring kepada program cuti-cuti pelajar SMK Kedawang ke Negeri Melaka dan Kuala Lumpur. Alhamdulillah, musafir ini begitu bermakna bagi saya, kerana saya merasakan ini merupakan satu-satunya peluang untuk mendekati pelajar-pelajar saya, mengenali mereka dengan lebih rapat, dan mempelajari sesuatu untuk saya aplikasikan dalam kehidupan seterusnya.


“Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).” (Surah Al-Mulk : 15)


Alhamdulillah, dalam perjalanan ini, saya mempelajari banyak perkara berharga dan tidak dinafikan, saya merasakan sedikit kerehatan setelah beberapa minggu terlalu banyak urusan yang memerlukan tenaga yang banyak, alhamdulillah, saya mendapat sedikit ruang untuk menenangkan fikiran.


Saat bersama mereka menggamit kerinduan saya kepada pelajar-pelajar saya di SMK Bukit Gambir, SMK Convent Greenlane. Walaupun pertemuan kita bergitu sebentar, tetapi berkat pertemuan itu, Allah hubungkan hati-hati kita sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, cikgu bersyukur mendengar perkembangan kalian semasa ke semasa. Hajat dan harapan cikgu, semoga Allah akan mempertemukan kita lagi dan lagi. Semoga Allah temukan kita sama-sama ke destinasi yang abadi, Syurga Allah swt.



4 Satria 2 -SMK Bukit Gambir

4 Satria 1-SMK Bukit Gambir

1 Putra-SMK Bukit Gambir


-I miss all of you, never forget this moment- 

Hari Guru -SMK Bukit Gambir

Hari Perpisahan - SMK Convent Greenlane

5 Sains Sukan- SMK Kedawang

2 KRK -SMK Kedawang

2 KAA- SMK Kedawang


Trip Melaka-KL - Pelajar Asrama SMK Kedawang


Adik-adik yang disayangi lillahitaala,


Semoga kalian menjadi seorang insan yang Beriman, Berilmu dan Beramal Soleh. Sama-samalah kita mencipta kecemerlangan di dalam setiap bidang yang kita ceburi, kerana menjadi pakar itu merupakan satu tuntutan seorang muslim. Belajar daripada kesilapan, jangan berputus asa, terus melangkah menaiki tangga-tangga kejayaan. Jangan dilihat kejayaan akademik sahaja, tetapi binalah kejayaan dalam sudut Aqidah, Ibadah dan Akhlak. In sha Allah, jika kita berjaya membina Hubungan Dengan Allah, maka Allah akan kurniakan kejayaan kepada kita dalam segala bidang yang kita ceburi.  Manfaatkanlah kelapangan percutian ini dengan aktiviti-aktiviti yang bisa membina jati diri seorang muslim. Kalian pasti tidak akan menyesal.



Sekian sahaja coretan saya kali ini. Memohon doa daripada semua, semoga Allah menerima segala amal kita, menjauhkan kita daripada azab api neraka dan memasukkan kita ke dalam syurga. Bersemangatkan melangkah ke hari hari yang baru, ciptakan kenangan yang indah. Bertebaranlah di muka bumi ini dan sebarkanlah salam mahabbah. Semoga Allah murahkan rezeki kita. ^__^. Ukhuwah fillah abadan abada dan Salam Dhuha.

Hamba yang mengharapkan rahmat & Maghfirah
10.12 am
9 Safar 1435 H bersamaan 12 Disember 2013
Pulau Langkawi, Kedah


Friday, December 6, 2013

KEMATIAN YANG DICEMBURUI

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Rabb Yang Pemilik Nyawa setiap insan.


"Segala puji dan syukur kepadaMu Ya Allah, Engkau telah memberi kesejahteraan kepada jasadku, ketika aku bangun tidur, syukur ya Allah, Engkau kembalikan rohku kepadaku, dan engkau pilih aku untuk mengingatiMu, seawal aku bangun daripada tidur. "

Inteam-Kepastian

Setelah sekian lama tinta ini terhenti, Alhamdulillah, di pagi yang indah dan barokah ini, Allah swt mengurniakan kepadaku sebuah nafas dan sedikit kelapangan waktu untuk daku duduk sebentar mencoret sedikit tinta sebagai iktibar bagi insan-insan yang masih lagi diberi nikmat kehidupan. Semoga Allah mengampuni segala dosa penulis ini, menerima amalnya, sesungguhnya tiada yang lebih kita hajatkan di dalam kehidupan ini melainkan keredhaan Allah. Acapkali kita tersasar haluan dek lemahnya insan bernama manusia. Mengharapkan taufiq dan hidayah Allah, dan janganlah diriku, keluargaku, masyarakatku dibiarkan sesat serta mengakhiri kehidupan ini dengan su’ul khotimah (seburuk-buruk kematian), wanauzubillahimin zalik.



“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”

Tanggal 29 Zulhijjah 1434 H bersamaan 2 November 2013 yang lalu, dunia dikejutkan dengan pemergian seorang pemuda bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam di dalam sebuah kemalangan pada  jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki . Beliau kembali ke rahmatullah pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara. Subhanallah, pada usia yang sangat muda, Allah menyayanginya, lalu mengambilnya kembali ke sisiNya.


Pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:


“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”


Subhanallah, sebuah kematian yang begitu dicemburui dan dihajati oleh semua insan yang mengharapkan keredhaan Allah, maka pada hari ini, Allahyarham adik Ahmad Ammar insan terpilih untuk gugur sebagai syahid dalam perjalanan ke majlis ilmu, taman-taman syurga. Alhamdulillah, moga Allah menerima kesyahidannya dan segala amal solehnya ketika hidup.

Ahmad Ammar Dalam kenangan- Wajib Tonton para pemuda.

Allahyarham dikenali dan terkenal setelah kematiannya dan beliau menjadi inspirasi buat para pemuda khususnya dan seluruh dunia umumnya untuk turut menjejakkan langkah beliau yang punya misi & visi yang jelas dalam hidupnya untuk sebuah perjuangan : “Hidup Mulia dan Mati Syahid” . Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.


Berita kematian itu silih berganti, pada tanggal 1 Muharram 1435 H bersamaan 3 November 2013 yang lalu, saya dikejutkan pula dengan kematian Allahyarham pakcik Abdul Latiff, merupakah ayahanda seorang pelajar saya ketika di SMK Bukit Gambir, Nur Shahira Syazwani yang merupakan seorang pelajar solehah dan sentiasa mencari kebaikan di dalam hidupnya.

" Ayah hantar adik ke program supaya jadi saham akhirat buat ayah"

Benar saya tidak pernah sangkakan, pertemuan yang begitu sebentar itu, Allah hubungkan, sehingga tertaut hati-hati kami menjadi sebuah keluarga. Pakcik Abdul Latiff merupakan seorang ayah dan suami yang begitu penyayang, berdedikasi, dan soleh.


Masih saya ingati, semasa menjadi pengiring Shahira ke program Teenace 28 Jun 2013 yang lalu, itulah kali pertama saya berkenalan dengan keluarganya. Ayah dan ibunya mengambil saya di rumah sewa dan menghantar kami ke stesen bas Sungai Nibong. Semasa menyalami keluarganya, saya melihat sebuah kasih sayang yang begitu luar biasa antara ayah, ibu dan anak-anak. Subhanallah, sebuah keluarga yang begitu menyayangi satu sama lain. Allahuakbar. Melihat air mata Shahira, saya sangat terharu dan berterima kasih kepada ayah dan ibunya kerana mempercayai saya sebagai pengiring beramanah menjaga anaknya di saat ibu bapa yang lain takut memberi kepercayaan kepada orang yang baru sahaja dikenali untuk menjaga anaknya. Semua ini mendidik diri saya, betapa ibu bapa memainkan peranan besar membangunkan nilai Aqidah dan Akhlak Islamiyah ke dalam diri anak-anaknya. Maka, saya melihat betapa pakcik Abdul Latiff memainkan peranan sebagai ayah yang soleh dan menjalankan sistem Islam dalam pendidikan anak-anaknya. 


Semasa mengambil kami pulang, pada jam 4 pagi, pada kebiasaannya, saya sampai ke stesen awal pagi, saya akan terus pulang dan melelapkan mata, tetapi pakcik membawa ibu, shahira dan saya pergi makan dahulu di restoran Subaidah. Saya merasa terhibur dan gembira dapat meluangkan masa bersama mereka. Saya masih ingat, semasa di dalam kereta, pakcik membuka sebuah lantunan selawat :


Sehingga hari ini, sekiranya saya mendengar lagu selawat ini, hati menjadi begitu sebak, sentiasa segar di hati sanubari, detik-detik bersama Nur Shahira Syazwani sekeluarga. (betul ya eja nama)


Dipendekkan cerita, pada Julai yang lalu (awal ramadhan) jika tidak silap saya, Allah mentakdirkan pakcik Abdul Latiff dipercayai menghidap penyakit Kanser tahap 4. Masya Allah, sesungguhnya Allah melakukan apa yang Dia kehendaki.


Saya melihat satu persatu perkembangan berita mengenai penyakit pakcik. Namun, sesuatu yang sangat saya kagumi adalah pakcik tidak memperlihatkan kesakitannya di hadapan orang, wajahnya tenang, dan masih menjalankan aktiviti-aktiviti masjid. Masih lagi membenarkan shahira bersama saya pergi ke program Iftar & Qiyamullail Ramadhan di Maahad Islamiyah Al-Muhammadiyah.


Seminggu sebelum pemergian pakcik, saya sempat menziarahinya di ICU, namun, Allah takdirkan saya tidak dapat melihatnya kerana beliau sedang dirawat, serta saya perlu bergerak ke Ipoh bersama sahabat-sahabat.



Pada tanggal 1 Muharam 1435 H, Allah swt yang Maha Penyayang telah mengambil pakcik pulang ke sisiNya. Namun, saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mengenali dan berbicara dengan pakcik yang soleh. Saya bersyukur kerana Allah swt telah memberi tempoh beberapa bulan untuk keluarganya membuat persediaan hati, emosi dan jasadi untuk menerima pemergian pakcik. Secara hikmah yang dapat saya fikirkan di sini, bukan mudah untuk kita menerima pemergian orang yang kita sayangi, tambahan keluarga Shahira yang erat kasih sayangnya. Maka, Allah memberi tempoh, subhanallah, tempoh. Allahuakbar. Semasa berkunjung dan mendengar detik-detik kematian pakcik dan pengebumiannya, Allahuakbar, air mata mengalir kerana saya merasakan, begitu Allah menyayangi insan soleh ini. Allahyarham dimandikan oleh kedua-dua anak perempuannya.

" Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang Dia ambil, dan kepunyaanNya apa yang Dia berikan dan segala sesuatu pada sisiNya sampai waktu yang ditentukan. Hendaklah kamu bersabar dan mengharapkan ganjaran"

(Hadith riwayat Bukhari dari hadith Usamah)

Kata Shahira:


“ Ayah, kata ayah hantar saya pergi program sebagai saham akhirat buat ayah.
 Ayah dan ibu pernah cakap, cikgu kakak kedua saya” (maaf ayat edit sikit na)

Kata saya:


“Okay then, Shahira kena jadi anak alimah solehah dan tunaikan impian ayah, walaupun ayah tidak bersama kita lagi, teruskan menjadi saham akhirat buat ayah dan ibu, boleh buli dah adik sorang ni.” Hee…



“Jika pada hari ini kita hidup untuk diri kita sendiri, nescaya jalan yang kita lalui amat sempit dan singkat sekali. Namun jika hari ini kita hidup untuk orang lain demi sebuah aqidah dan perjuangan (Islam), maka jalan yang bakal kita lalui luas terbentang dan jauh untuk kita lalui….”

::As-Syahid Imam Hassan Al-Banna::
(copy paste dari blog allahyarham)

Tanggal 4 Safar 1435 bersamaan  5 Disember 2013, saya menerima pula berita kematian seorang Mantan MPPUSM, Timbalan bendahari PMIUSM,  Mohamad Iswandi Ishak, merupakan Graduan USM, berkonvo pada September 2013,  dan dipanggil pulang menghadap Illahi pada ulangtahun kelahirannya yang ke 23 tahun (sama umur dengan saya). Subhanallah, benar-benar kematian itu satu peringatan. Beliau meninggal pada usianya yang masih muda, terlibat di dalam sebuah kemalangan semasa dalam perjalanan bekerja. Seorang pelajar aktif semasa di USM.


Walaupun saya tidak pernah mengenalinya, namun kematiannya benar-benar menggentarkan jiwa saya, menyebakkan qolbu, kerana saya merasakan kematian itu begitu hampir. Allahuakbar.


Apa yang bisa saya kongsikan dan harap di fahami dan dihayati oleh diri saya sendiri adalah. Setiap manusia itu akan menemui saat kematiannya. Namun, kitalah yang mencipta seni kematiannya sendiri. Seandainya praktis hidup kita berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, maka, kita akan menemui Sebaik-Baik Kematian (Husnul Khotimah), namun, jika praktis kehidupan kita adalah sebaliknya, maka, ketahuihah bahawa kita akan menemui Su’ul Khotimah. Nauzunillahiminzalik. Marilah kembali ke Pangkuan Islam.


Firman Allah swt di dalam surah Ali Imran : 185 yang bermaksud :



“ Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”


Sedikit Catatan daripada Puan Nur Azlina, Ibu Ammar

Aku ingin menjadi “SEJARAWAN PERANTAU”…

Semasa membelek catatan-catatan tulisan tangan anakanda Ahmad Ammar di dalam buku-buku notanya yang saya & ayahandanya bawa pulang tempohari, terjumpa catatan tentang visi & misi beliau:

“1) Akan menziarah serta mengkaji ketamadunan & kekayaan Sejarah Bangsa, Negara Turki & kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka.”…ingin menjadi SEJARAWAN PERANTAU.

2) Meskipun tumpuan 100% kpd penguasaan akademik, tumpuan kpd ilmu rohani & agama tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan ketenangan jiwa, hubungan dengan Sang Pencipta dikekalkan, Risalah An-Nur tulisan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi adalah penawar terbaik untuk semua ini.

Maka, jika aku berjaya memahami dan menguasai kitab RISALAH AN-NUR, aku akan cuba menyebarkannya ke setiap negara yg akan aku pergi di samping melakukan kajian sejarah.”


Ya, sesungguhnya untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, aku sudah tiada masa utk berlengah-lengah & berehat, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan gerak-kerja harian aku kepada tindakan tanpa gagal.”

   
*Mari ambil iktibar dan bertindak....Subhanallah, masa begitu mencemburui saya. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak menyentap qolbu kita untuk memanfaatkan masa yang masih dianugerahkan Allah ini untuk melaksanakan "Amar Maaruf, Nahi Mungkar". Semoga segala yang baik dapat dijadikan iktibar, dan segala yang tidak baik, saya mohon keampunan daripada Allah swt dan harap ditinggalkan di sini sahaja. Andai masa saya sudah tiba, dan kematian menjemput, saya mohon dihalalkan segala-galanya, dimaafkan segala salah dan silap dan jika ada hak yang tidak dipenuhi. Jika ada hutang, mohon dituntut. Doakan saya. ^_^. 

"Hidup hanya ada 2 pilihan, untuk mengukir sejarah ataupun bernafas sahaja"- Ustaz Syarihan Shahidan.


*coffee pun dah sejuk.
*persiapan lawatan sambil belajar bersama pelajar SMK Kedawang. Selamat membuat persiapan rohani, jasadi dan emosi. 

9.37 am
6 Safar 1435 H bersamaan 7 Disember 2013
Pulau Langkawi, Kedah.


Tuesday, November 26, 2013

My Wife DOES NOT WORK !!!




Conversation between a Husband (H) and a Psychologist (P):
P : What do you do for a living Mr Bandy?
H : I work as an Accountant in a Bank.

P : Your Wife?
H : She doesn't work. She's a Housewife only.

P : Who makes breakfast for your family in the morning?
H : My Wife, because she doesn't work.

P : At what time does your wife wake up for making breakfast?
H : She wakes up at around 5 am because she cleans the house first before making breakfast.

P : How do your kids go to school?
H : My wife takes them to school, because she doesn't work.

P : After taking your kids to school, what does she do ?
H : She goes to the market, then goes back home for cooking and laundry. You know, she doesn't work.

P : In the evening, after you go back home from office, what do you do ?
H : Take rest, because I'm tired due to all day work.

P : What does your wife do then ?
H : She prepares meals, serving our kids, preparing meals for me and cleaning the dishes, cleaning the house, then taking kids to bed.

Who do you think works more, from the story above ???

The daily routines of your wives commence from early morning to late night. That is called 'DOESN'T WORK' ??!!

Yes, Being Home-makers do not need Certificate of Study, even High Position, but their ROLE/PART is very important!

Appreciate your wives. Because their sacrifices are uncountable.
This should be a reminder and reflection for all of us to understand and appreciate each other’s roles.

All about a WOMAN ....
* When she is quiet, millions of things are running in her mind.

* When she stares at you, she is wondering why she loves you so much in spite of being taken for granted.

* When she says I will stand by you, she will stand by you like a rock.

Never hurt her or take her wrong or for granted...

Forward to every woman to make her smile and to every man to make him realise a woman's worth...!!!

Buat renungan kita bersama...

Sharing is caring.. ^__^

11.22pm
26 November 2013
Pulau Langkawi, Kedah

Saturday, October 26, 2013

Hadapilah Harimu Dengan Senyuman



Ketika kegagalan mewarnai kehidupan kita, kitapun menangis dan kecewa namun kejayaan tidak akan sedikitpun tersenyum pada kita. Ketika kita dipandang hina dan dicerca kerana kesalahan kita sendiri, kemuliaan pun hanya memandang kita dengan senyuman sinisnya. Ketika kita tersungkur jatuh kerana kelalaian kita sendiri lalu jiwa kita sakit dan menderita, kitapun menangis hiba, malangnya kebahagiaan tidak juga menemani kita hingga keresahan terusir dari jiwa kita. Jadi kenapa kita perlu menangis? Bukankah tangisan itu akan menjadikan kita semakin resah bahkan tidak akan mengubah apa-apa. Bukankah kesedihan dan rasa kecewa itu akan memadamkan sebahagiaan dari kewarasan kita hingga kita mula hilang arah tuju dan teraba-raba mencari siapa diri kita sebenarnya. Bahkan lebih dari itu, tangisan itu akan mengikis keimanan kita sedikit demi sedikit hingga akhirnya tiada lagi keyakinan kita kepada kebijaksanaan dan ksempurnaan Allah swt.


Kenapa kita tidak tersenyum? Kerana bukankah sahabat-sahabat yang merasai kenikmatan dan kebahagiaan beriman itupun pernah tersungkur hina namun kerana jiwa mereka kuat lalu mereka menjadikan keinsafan sebagai anak tangga untuk mereka hampir kepada Allah swt. Lihatlah kehidupan ini dengan jiwa yang tersenyum. Kalaupun kita hidup merempat, ada pula manusia yang mati hina. kalau kita serba kekurangan ada pula manusia yang langsung tak memiliki apa-apa. Kalau kita miskin harta, ada manusia yang miskin jiwa hingga tidak menikmati keindahan hidup walaupun kaya raya. Kalaupun kita tidak memiliki kenderaan yang baik, ada manusia yang tidak memiliki kaki untuk berjalan. Memang kita berhak menangis tetapi kita perlu tahu ketika mana dan untuk siapa tangisan itu. Bukankah jiwa ini ada Pemiliknya. Jadi ketika jiwa kita lemah mengadulah padaNya maka Dia akan berikan kita satu kekuatan baru kerana kekuatan itu milikNya. Ketika kita kecewa maka sandarkan harapan kita padaNya kerana dialah tempat kita tujukan harapan kita. Cuma kadang-kadang kita lupa diri kita siapa lalu kita meminta kekuatan pada manusia yang juga lemah lalu kita semakin lemah, kita sandarkan harapan pada bukan tempatnya maka kita pun kecewa dan hampa.

Senyuman itu akan mewarnai kekelaman dan kegelapan jiwa kita hingga kita akan melihat kehidupan ini dengan semangat dan keazaman yang baru. Bukankah sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang berjaya itupun pernah gagal namun kerana mereka tidak terlalu sibuk memanjangkan tangisan dan keluhan jiwa mereka lalu mereka pun ada banyak masa untuk melakar Harapan.



Harapan

Dalam kelam kehidupan
Atau hiruk pikuk kemanusiaan
Harapan adalah cahaya
Bagi sebuah singgahsana jiwa

Ketika terik mentari membakar asa
Atau malam yang mengaburi cita
Harapan adalah teman setia
Pengubat luka dan duka nestapa

Biar gelombang kegagalan menggoncang jiwa
Biar kesedihan dan kekecewaan menggugah rasa
Atau esok yang tidak menjanjikan apa-apa
Selagi harapan masih menyala
Kita kan mampu menempuh kehidupan

Mereka yang miliki harapan
Adalah mereka yang punya kehidupan
Mereka yang telah hilang harapan
Adalah mereka yang telah kehilangan kehidupan



Mengapa saya memilih untuk berbicara mengenai Harapan pada hari ini?

Hal ini disebabkan, saya benar-benar merasakan Harapan merupakan satu cabang penting dalam menjalani sebuah kehidupan. Lawan kepada harapan adalah keputusasaan. Harapan dan sandaran utama bagi seorang mukmin adalah Harapan kepada Allah, Rabb Pemilik sekalian alam.

Coretan murobbi yang saya kasihi kerana Allah swt ini, iaitu "Bila Kehidupan Berbicara", cikgu Azmi Bahari, benar-benar menyentuh hati biarpun saya membacanya berulang kali, kerana saya yakin benar coretan ini ditulis dari sebuah hati yang ikhlas dan ia berkait benar dengan pengalaman kehidupan saya sendiri, serta perkara yang seringkali saya alami setiap kali berhadapan dengan masyarakat terutamanya para pelajar saya sendiri. Coretan ini bagaikan "heart setting" untuk saya sebagai seorang pendidik yang sentiasa berhadapan dengan manusia-manusia dengan pelbagai keadaan hati. 

Oleh yang demikian, haruslah kita sama-sama memperbaharui harapan kita, iaitu kepada Allah swt, sebenar-benar tempat pergantungan. Apabila kita menyandarkan sepenuh harapan kita kepada Allah, maka tidak ada istilah kekecewaan dalam hidup ini. In sha Allah. Hadapilah harimu dengan senyuman penuh ikhlas!!! ^__^

Penawarhati90,
12.39pm
26 Oktober 2013
Langkawi, Kedah

Thursday, October 17, 2013

Dust Is My Bed





Dust is my bed,
embracing me,
and it is my cover
The sands are around me,
engulfing me,
even from behind me,
And the tomb recounts [ the story of ] the darkness
of my calamity
And the light has destined
that my pleasure is in meeting [Allah]

Dust is my bed, embracing me, and it is my cover
The sands are around me, engulfing me, even from behind me,
And the tomb recounts [ the story of ] the darkness of my calamity
And the light has destined
that my pleasure is in meeting [Allah]
that my pleasure is in meeting [Allah]

And where is my family's compassion?
They sold my loyalty!
They sold my loyalty!
My loyalty...
And where are my groups of friends? They left my brotherhood!
They left my brotherhood!
My brotherhood...
And where is the bliss of money? It is behind me...
And where is the glory of fame and compliments?
This is my end; dust is my bed

Dust is my bed, embracing me, and it is my cover
The sands are around me, engulfing me, even from behind me,
And the tomb recounts [ the story of ] the darkness of my calamity
And the light has destined
that my pleasure is in meeting [Allah]
that my pleasure is in meeting [Allah]

And the beloved bade farewell to his love and cried my elegy
and cried my elegy...
my elegy...
And the tear flow dried after the crying
after the crying..
the crying...
And the vast universe shrank,
narrowing my space,
And the grave with my corpse has become
my land and my sky
That is my end; dust is my bed
And fear fills my estrangement
and sadness is my illness
I hope for steadfastness, and, verily, it is
-I swear- my remedy

And to the Lord I supplicate sincerely;
You are my hope.
Hoping- O Allah- for a Paradise
that contains my bliss

And to the Lord I supplicate sincerely;
You are my hope.
Hoping- O Allah- for a Paradise
that contains my bliss

And to the Lord I supplicate sincerely;
You are my hope.
Hoping- O Allah- for a Paradise
that contains my bliss

And to the Lord I supplicate sincerely;
You are my hope.
Hoping- O Allah- for a Paradise
that contains my bliss


Pengajaran

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan menemui kematiannya, namun, kitalah yang mencipta seni kematian kita sendiri. Setiap hari kita sentiasa berada di dalam pilihan, setiap masa dan setiap waktu, sama ada untuk mengikuti jalan Iman atau Nafsu. Maka, pada setiap pilihan yang kita lakukan, akhirnya, kita akan menemui hasilnya di akhir perjalanan kehidupan kita, iaitu Syurga ataupun Neraka. 

Namun begitu, dunia ini terlalu dusta, terlalu banyak menawarkan keindahan-keindahan dan kecantikan yang sementara, dan acapkali kita tertipu dengan keindahannya lantaran lemahnya Iman kita. 

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut ayat 64)


Oleh yang demikian, kita sangat memerlukan kepada Allah, Rabb Yang Memegang Hati setiap insan, agar terus memimpin jiwa kita untuk berada di jalan yang diredhaiNya, serta semoga Dia tidak membolak balikkan jiwa kita dan membiarkan kita terus menerus hanyut di lautan dusta dunia.

 " Wahai Rabb yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas Deen Mu"


Hari Yang Indah,  Alhamdulillah. ^___^


Hamba yang mengharapkan rahmat wa maghfirah,

Penawarhati90
6.50pm
12 Zulhijjah 1434H bersamaan 17 Oktober 2013
Pulau Langkawi, Kedah