Monday, January 28, 2013

Jatuh Bangun



Duhai... Tuhanku
Jatuh bangun ku menghambaMu
Kadang cinta, kadang ku melupa...
Tega ku menyiksa hidup sendiri...

Duhai... Tuhanku
Untuk yang kesekian kali
Ku bersujud meminta kembali
Hati yang dipijar indah cinta Mu...


Tuhan...
Aku tanpa Mu, hidup ku menderita..
Sunyi hati, kelam jiwa bagai terpenjara

Tuhan...
Biar kan kini, aku dalam rahmatMu
Meski jatuh dan terbangun...
Ku tetap bertahan...



Semoga kehidupan ku dan kehidupan para hamba yang mendambakan cinta Allah swt adalah lebih baik dari semalam. In sya Allah. Terus bangun, dan bersegera dalam melakukan kebaikan. 


“ Ya Allah, nikmat apa sahaja yang aku kecapi dan diperoleh daripada para hamba-Mu pada waktu pagi/petang hari ini, daripada para makhlukMu, semuanya adalah daripadaMu jua, Yang Maha Esa dan tidak mempunyai sekutu. BagiMu, segala puji dan syukur.”



Jika, jatuh.

Bangun semula.

Jika jatuh lagi

Bangun lagi. Berkali-kali pun tidak mengapa!


Andai Gagal, kita bangkit

Gagal kali kedua, kita bangkit semula.

Gagal berkali-kali, kita bangkit lagi berulang kali.


Atur strategi, susun kehidupan dan terus sahaja membina diri.

Kita adalah kita di masa hadapan.

Kita adalah apa yang kita “laksana”kan di masa ini.

Kita adalah apa yang kita percaya dan yakini!


Penawarhati90
6.10 am
17 Rabiul Awwal 1424H bersamaan 29 Januari 2013
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang


No comments:

Post a Comment