Monday, January 28, 2013

RELA, REDHA & PASRAH



Seandainya melupakan itu semudah melafazkan,
Sudah tentu tiada suara keluhan, kesedihan dan kekecewaan,
Namun, itu adalah suatu proses Tarbiyah Ilahiyah,
Supaya kamu belajar erti Redha & Pasrah,
Sesungguhnya,
Tidak semua yang kita inginkan dalam kehidupan ini,
Akan kita miliki, dan akan bergerak mengikut aturan kita,
Ada kalanya kita tidak memperolehinya,
Kerna mungkin ia bukan bersumber daripada keimanan,
Tetapi bersumberkan keinginan nafsu,
Apabila kita tidak mendapat apa yang kita inginkan,
Bukanlah bermakna Allah tidak mendengar doa dan rintihan kita,
Bukanlah Allah tidak tahu hajat hati sanubari kita,
Tetapi kerana Allah begitu sayang pada kita,
Sehingga Allah tidak mahu kita terus lalai,
Dengan apa yang selalu kita dapatkan,
Allah juga ingin mendidik kita bahawa,
Allah merupakan Rabb yang Maha Mengetahui, Maha Mengatur,
Kehidupan hamba.
Sesungguhnya nyawa & jiwa seorang hamba itu,
Berada di dalam pengetahuan & genggaman Allah,
Lalu, Allah ingin memberitahu kita bahawa,
Allah akan beri apa yang kita perlukan ,
bukan apa yang kita hendakkan.
Sebagai seorang manusia & seorang hamba,
Kita harus belajar,
Untuk menerima walau sukar menerima,
Untuk menerima dengan REDHA,
Jika kita REDHA, maka akan dibukakan hikmah demi hikmah,
Maka kita akan melihat kebaikan demi kebaikan,
Jika kita tidak REDHA, takdir itu tetap akan berjalan menurut aturanNya,
Maka kita tidak belajar dan tidak mendapat apa-apa darinya.
Belajarlah untuk RELA, REDHA, & PASRAH.
Maka kita akan belajar erti Tawakkal,
Bergantung Hanya Kepada Allah,
Masa akan mengubati segala duka & resah,
Teruslah mencari MARDHATILLAH.

 Dalamnya hati siapa yang tahu
Sedang bahagiakah atau terbelenggu
Lupakan duka yang menghampiri
Percayakan diri semua kan berlalu..

Cobaan selalu datang dan pergi
Memberi ketegaran di diri
Jangan ternoda hati yang suci
Berdoalah dan tanpa berhenti

Berkilaulah.. Tersenyumlah..
Sambut pagi yang cerah
Berkilaulah.. Bersyukurlah..
Semua pasti kan indah... 


Perkongsian ini, hanyalah buat pujukan nasihat buat diri sendiri, yang masih belajar erti REDHA & PASRAH. Semoga para pembaca di luar sana, akan terus mendoakan hamba ini, untuk terus sabar, tabah dan kuat mencari keredhaan RABB nya dalam perjalanan melalui lereng-lereng, "hari-hari dalam hidupku".

Terus bahagia & membahagiakan. In sha Allah.

Hamba yang mengharapkan Rahmat & Maghfirah,
Penawarhati90,
4.21 pm,
16 Rabiul Awwal bersamaan 28 Januari 2013,
Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment