Saturday, April 20, 2013


Siti Khadijah

Kaulah lambang cinta sejati
Srikandi pertama tika islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerana iman kau sanggup berjuang

Siti Khadijah namamu indah
Qudwah hasanah tauladan ummah
Jikalau rasul terpinggir
Engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi
Hingga kini tiada pengganti

Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju Allah
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi...

Saidatina Khadijah ra merupakan seorang srikandi Islam yang telah mengorbankan seluruh jiwa, tenaga, harta dan kehidupannya terhadap Deen Yang Maha Agong. Beliau merupakan srikandi terawal yang menyambut dakwah baginda SAW pada peringkat pertama dakwah Rasulullah saw. Beliau merupakan seorang Isteri yang diletakkan kepercayaan penuh oleh Rasulullah saw untuk berkongsi segala permasalahan Umat, tidak kira daripada sekecil kecil perkara mahupun sbensar-besar perkara. Beliau sentiasa menjadi tulang belakang dalam perjuang Rasulullah saw dalam menegakkan Kalimah Teragung Lailahaillalah. Sayang dan cintanya Rasulullah saw kepada Saidatina Khadijah telah dirakamkan di dalam lembaran sirah baginda sehinggakan mendapat kecemburuan Saidatina Aisyah biarpun ketika itu, Saidatina Khadijah telah dipanggil pulang mengadap Yang Maha Esa. Subhanallah, besarnya peranan seorang isteri dalam menjadi tulang belakang dalam perjuangan si suami untuk meraih Mardhatillah dalam skop kerja yang paling besar iaitu Dakwah & Tarbiyah.


Berbeza pada masa kini, tidak semestinya pasangan kita itu menjadi orang yang paling kita percayai untuk menjadi penyokong dan pendokong dakwah dan tarbiyah. Namun begitu, jika sekiranya pasangan kita itu orang yang boleh bersama kita untuk berkongsi segala-galanya dalam urusan Dakwah & Tarbiyah terhadap diri sendiri, keluarga, mahupun masyarakat, maka dia boleh menjadi penguat kita untuk menghadapi segala ujian dan cabaran. Maka, menjadi satu kepentingan di sini untuk kita memilih pasangan yang berada di dalam aliran yang sama, bersampingan daripada ciri-ciri kesolehan, kecantikan, kekayaan dan keturunan. Terlalu besar kesannya bagi mereka yang memilih pasangan daripada aliran yang berbeza, lalu disandarkan kepada faktor kecantikan, keturunan, kekayaan dan kesolehan tetapi mengabaikan keserasian dan kesekufuan fikrah, maka kita akan dapati, di sana terdapan 2 cabang yang berbeza di dalam sebuah Baitul Muslim yang mempunyai cara yang berbeza. Maka, disitu biasanya berlaku konflik dalam usaha untuk menyatukan kefahaman..



Perkongsian terakhir untuk hujung minggu ini.......

Penawarhati90
9.43pm
20 April 2013
Putrajaya
   

No comments:

Post a Comment