Monday, May 6, 2013

Jangan Kamu Merasa lemah Atau Bersedih Hati



Redhalah dengan apa yang telah terjadi, pandanglah ia dari kacamata Rabbani, kerana di situ kita akan jumpai jutaan hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Apabila kita merasa sedih dengan apa yang terjadi, sibukkan diri dengan menghayati bait-bait cinta Al-Quran AL-Karim, maka di sana kita akan menjumpai, subhanallah, lembutnya pujukan Illahi, kasihnya Allah kepada kita kerana menganugerahkan kita ujian demi ujian, untuk mengingatkan kita akan perhambaan kepadaNya. 

Sama ada kita redha atau tidak redha, takdir itu sememangnya telah terjadi, dan tidak mungkin kita bisa ubah kembali, tetapi, apabila kita meyakini, setiap takdir itu adalah terbaik untuk kita, maka kita akan pasrah, diam, terus bermunajat, maka rasa ikhlas itu sedikit dan sedikit akan membanjiri hati, maka ia akan meluahkan senyuman syukur tidak terhingga. Alhamdulillah, atas segala apa yang berlaku. Alhamdulillah. Alhamdulillah daku masih bisa bangkit, Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. ^__^.


Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." - (Hadis riwayat Muslim)


Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. [Ali-Imran 3:139]

Motivasi buat kita bersama :


Penawarhati90
8.28pm
6 Mei 2013
Universiti Sains Malaysia


Saturday, May 4, 2013


Sikap Seorang Muslim Kepada Sistem Bukan Islam


Berpegang kepada kaedah.
1.       Berperang (Harbun)

Seorang muslim itu harus sentiasa berada di dalam kecemasan terhadap sistem yang tidak meletakkan Islam di hadapan. Kita tidak boleh merasa selesa, merasa cukup dengan sistem jahillilah yang sedang bermaharajalela ketika ini. Oleh itu, barulah kita akan sentiasa terjaga dan sedar serta merasai tanggungjawab yang besar untuk berperang bagi meruntuhkan system Jahilliah dan membangunkan sistem Islam iaitu sistem yang dibawa oleh Allah swt.
Oleh yang demikian, orang mukmin perlu cerdik.

Terdapat 2 klasifikasi “Harbun”:

a.       Al-Harbun Al- Fikhriah (Peperangan Melalui Pemikiran)
Hal ini bermakna, seorang muslim itu mesti menyampaikan kefahaman dan kesedaran Islam kepada seluruh anggota masyarakat yang dalam kejahilan dan mencari kebenaran.  Tidak ada cuti bagi seorang muslim dalam usaha untuk menyampaikan kebenaran Islam.


 Kemudian, seorang muslim harus mendedahkan tembelang-tembelang kekufuran terhadap sistem jahilliah melalui genjatan senjata. Kaedah ini dinamakan sebagai kaedah Abu Musair @ Abu Basyir.


b.      Peperangan Secara Fizikal

-Mendedahkan kekufuran dan tembelang-tembelang sistem secara  realiti dan di alam maya.
-Jangan bersekongkol dengan jahilliah.
-Mengkaji matlamat dan wasilah setiap pimpinan yang manakah yang meletakkan Islam di   
 hadapan.



2.       Keperibadian seorang muslim.



a.       Seorang muslim itu perlu ada tamayyuz (perbezaan).
-Menterjemahkan Islam yang bersih dalam kehidupan.
-Penghayatan Islam.
b. Mengelakkan subahat.
c. Wara’


“Maka berperanglah kamu di jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri. Kobarkanlah semangat mukmin (untuk berperang). Mudah2an Allah menolak serangan orang2 kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan(nya)”
(An Nisa’: 84)

Selamat mengundi, semoga Allah mengurniakan kemenangan bagi mereka yang berjuang demi
Mempertahankan Islam.

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah, Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
Q.S.At-Taubah: 41)

“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapatkan rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan kepada mereka dan mereka bergembira hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang mereka yang belum menyusul, bahawa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati .”
(Ali Imran: 169-170)


Hanya beberapa jam lagi.......

"Hasbunallah wani'mal wakeel, ni'mal maula, wani'mal nasir" 

Penawarhati90
5.45 am
5 Mei 2013
Langkawi, Kedah

Friday, May 3, 2013

Detik-Detik Masa


Bismillahirrahmanirrahim



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji hanya bagi Allah swt, kerana dengan limpahan keizinan dan rahmat daripadaNya, kita masih sudi diberi peluang dan kesempatan untuk terus bernafas dan bermunajat kepadaNya, memohon keampunanNya atas segala dosa yang kita lakukan sama ada secara sedar ataupun tidak. Alhamdulillah, dengan keizinan Allah, ada kalanya Allah anugerahkan kita nikmat, supaya dengan nikmat itu, kita menjadi hamba yang bersyukur dan lebih taat kepada Allah, ada kalanya Allah anugerahkan kita satu musibah, kerana Allah tahu, itulah ubat yang paling baik untuk mengubati kelalaian dan kealpaan kita. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, setiap detik dan waktu itu, taufiq dan hidayah Allah sentiasa hadir menyedarkan kita akan hakikat perhambaan kita dan pergantungan kita hanya kepadaNya. Alhamdulillah.


Beberapa hari yang lalu, diriku dikejutkan dengan berita bahawa seorang pelajar yang daku kenali, adikku Zafry, telah menghidapi sebuah penyakit Kanser Usus. Bagaikan tidak percaya dan dadaku terus menjadi sebak, kerana dirinya yang daku kenali adalah seorang yang amat ceria, menghormati guru, dihormati oleh kawan-kawan, sentiasa tersenyum dan menundukkan diri tanda hormat jika terserempak dengan mana-mana guru sekalipun. Allah mengizinkan, daku menjadi guru penasihat Perpustakaan Sekolah, dan selalu melihatnya ketika perjumpaan pengawas sekolah.


Belum habis menerima kejutan ini, pada keesokan harinya, sebuah panggilan oleh seorang pelajar, bahawa Zafry telah pengsan di dalam kelas. Lalu, daku terus meluru ke kelas tersebut dan melihat kelibat dirinya yang sedang terbaring dalam kesakitan yang amat dan tidak mampu bergerak. Sebak dadaku melihat dirinya yang sebelum ini ceria, dan hari ini daku melihatnya dalam tangisan kesakitan yang amat sangat. Subhanallah, sayangnya Allah kepadanya, kerana Allah tahu ujian inilah yang terbaik untuk Zafry. Para guru cuba melakukan segala yang terbaik untuk membantunya supaya beliau tidak pengsan sementara menunggu kedatangan ambulan. Daku hanya mampu berdoa, dan memberi sedikit kata-kata untuk menenangkannya . Menitis butir-butir jernih dari kacamatanya, berderai air mata hatiku melihatnya, sudah tentu lebih berat baginya untuk menanggung dugaan ini. Namun begitu, aku percaya, Allah swt telah menyimpan sesuatu yang baik untuknya di sana nanti. In sha Allah.

Melihat pelajar yang daku kasihi itu merupakan satu tarbiyah buat sesiapa sahaja yang melihatnya. Terasa kehidupan ini terlalu singkat dan harus dipergunakan setiap detik dan waktu itu dengan sebaiknya.

Semoga Allah menyelamatkan dan memberi kesembuhan kepada adik Zafry, pelajar tingkatan 5, SMKBG. Semoga beliau yang soleh, tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini.

“ Jadikanlah sabar dan solah itu penolongmu, dan sesungguhnya itu adalah sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk ”.


Masa yang berlalu tidak mungkin akan kembali lagi.


Inilah ketentuan yang ada pada masa. Yang mana setiap hari, setiap detik masa tetap akan berlalu. Detik-detik masa yang telah hilang tidak akan datang lagi atau mungkin dapat dicari ganti. Berhubung dengan masa, AL- Hassan Al- Basri telah membayangkan di dalam satu rangkapan kata-katanya yang padat iaitu:
“ Tiada suatu haripun bila terpancar sahaja fajar, melainkan masa akan menyeru kamu: “ Wahai Anak Adam ! Aku masa yang baru. Hanya pekerjaan kamu menjadi saksi. Maka ambillah daku untuk bekalanmu. Sesungguhnya selepas aku pergi, aku tidak akan kembali lagi hinggalan sampai ke hari khiamat.”

Ada orang menyangka pada ungkapan ini sebuah hadis. Sebenarnya, bukanlah sebuah hadis, malahan ini adalah satu kata-kata nasihat dari Hassan Al- Basri yang menyerupai hadis nabi.

Seorang penyair Arab membayangkan bahawa setiap umur yang berlalu , detik-detik masa yang telah pergi tidak mungkin dapat diganti. Tidak mungkin berulang lagi. Rintihan ini diluahkan dalam sebuah syairnya yang berbunyi:

Semua yang hidup bagaikan dalam bahtera pelayaran,
            Setiap hari dan bulan, kian jauh dalam perjalanan.
Berhari bermalam semuanya bagaikan impian,
            Dunia ditinggalkan akhirnya kubur jualah yang berdekatan.



Rujukan : Detik-Detik Masa (Dr Yusuf Al-Qaradhawi)

Penawarhati90
10.00 pm
3 May 2013
Pulau Pinang