Sunday, June 16, 2013

I Sure Miss You A Lot....Sweet Memory...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Syaaban buat sidang pembaca yang dikasihi fillah, semoga segala peristiwa dan pengalaman yang dilalui pada hari ini sama ada berbentuk nikmat atau musibah, semuanya menjadi baik bagi kita supaya kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur dan bertaubat.


Segala puji hanya selayaknya bagi Allah swt, Rabb Yang Nyawaku Dalam GenggamanNya, Rabb Yang MilikNyalah segala taufiq dan hidayah, Selawat dan salam diutuskan buat Rasulullah saw, Penghulu sekalian alam. Salam sejahtera buat ahli keluarga serta para sahabatnya yang unggul.


Saya mendoakan semoga limpahan Taufiq & Hidayah Allah swt sentiasa mengiringi & menghiasi perjalanan hariku, kalian, kedua ibu bapaku, kedua ibu bapa angkatku, kedua ibu bapa yang bakal menjadi ibu bapaku kelak in sha Allah, bakal pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul, yang sentiasa dalam doaku, adik beradikku, sahabat-sahabat handalku, anak-anak didik yang cikgu kasihi Lillahitaala,  serta umat Islam seluruhnya.  Semoga kita semua tidak dibiarkan oleh Allah swt meraba-raba mencari erti kehidupan ini, semoga kita semua sentiasa diberi taufiq (petunjuk) dan hidayah (lintasan untuk kembali kepada Allah) dalam setiap urusan hidup dan dalam setiap detik yang dilalui. Hal ini disebabkan hanyalah Allah sahajalah yang berkuasa memberi hidayah dan petunjuk kepada seseorang hamba, Dia jualah yang berkuasa menyesatkan mereka.

 




"Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi...." (Al-A'raaf : 178)


 

Pada perkongsian kali ini, suka saya mencoretkan sedikit pengalaman yang begitu berharga dalam perjalanan “Hari-hari dalam hidupku” sepanjang tempoh Latihan Mengajar (Praktikal) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir atau dengan nama lain SMK Bijak Gemilang. Alhamdulillah, saya dengan sepenuh hati memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan izinNyalah saya berkesempatan ditempatkan di taman ilmu ini dengan mempermudahkan permohonan saya diterima oleh pensyarah. Alhamdulillah, dengan izin Allah, Dia menemukan saya dengan insan-insan yang terlalu banyak memotivasikan saya, membantu saya mengenali dunia pendidikan. Merekalah anggota keluarga SMK Bukit Gambir yang saya hormati dan saya muliakan, bermula daripada Pengetua Sekolah, Dr Hj Mohd Nazari bin Yaakob, PK Pentadbiran, Cikgu Zulkifli, PK Ko-K Cikgu Fatimah Salini, dan PK Hem, Cikgu Fadhilah, guru-guru senior sekolah merangkap rakan sekerja saya, team guru pelatih (Amira, K Sharah, K Hamimnun, K Tan, K Izza Erma, K Diana dan K Lijah), guru GSTT, team guru Intrim, staf-staf, pembantu makmal, pakcik Pegawai Keselamatan, para peniaga kantin, seterusnya anak-anak didikku yang cikgu sayangi, kasihi dan cintai Lillahitaala, pelajar 4 Satria 1, 4 Satria 2, 1 Putra, khususnya, dan semua pelajar SMK Bukit Gambir umumnya. Biarpun alam itu telah beberapa minggu berlalu, namun, memori indah bersama mereka sentiasa segar dalam ingatan dan kerinduanku hingga kadang kalanya terbawa-bawa bersama mimpi. Biarpun berat hati melangkah meninggalkan mereka, namun, harus kuringankan tubuhku melangkah pergi membawa seribu kenangan indah dan pengalaman berharga dalam hidupku. Alhamdulillah.

Anggota pendidik SMK Bukit Gambir



Team Guru Pelatih & Guru Intrim

Bermula 2 Februari 2013, bermulalah perjalanan kehidupan saya sebagai Guru Pelatih di SMK Bukit Gambir merangkap Ketua Kumpulan Guru Pelatih USM. Pelbagai ujian dan cabaran telah saya lalui sepanjang tempoh ini. Seperti sebuah drama, kisah saya juga punya awal ceritanya, tenang setenang air di tasik, kemudian bermulalah satu demi satu ujian, sehingga menemui klimaksnya, dan cerita itu pun berakhir dengan pengakhiran yang begitu indah. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana sepanjang tempoh ini, saya selalu berpeluang untuk merasai pengalaman yang begitu indah pada setiap hari dalam kehidupan saya, walaupun insan lain melihat saya seperti dalam keletihan dan kepenatan, tidak dinafikan, secara fizikal, saya sememangnya merasa letih dan lelah, namun, Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diberi kekuatan mental dan rohani yang selalu mendorong fizikal untuk terus melangkah melalui hari-hari dalam hidupku. Saya merasa begitu gembira dan bahagia pada setiap hari kerana saya merasakan setiap hari adalah peluang yang Allah berikan untuk saya terus maju mendidik anak-anak harapan Ummah. Justeru, saya selalu berdoa pada setiap pagi agar Allah memberi kebaikan pada setiap urusan saya tidak kira ia berbentuk nikmat ataupun musibah.

Bergambar Bersama Pelajar 1 Putra

Bergambar Bersama Pelajar 4 Satria 1



Bergambar Bersama 4 Satria 2


Untuk tempoh masa yang begitu singkat ini, saya ingin memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang terhadap anak-anak didik saya yang merupakan amanah saya. Merekalah Qurratun A’yun (Penyejuk Mata) saya. Setiap seorang daripada mereka mempunyai keistimewaan dan potensi diri masing-masing. Saya tidak pernah jemu meluangkan masa bersama mereka, mendengar rintihan jiwa mereka, melihat gelak tawa mereka tidak kurang juga bersama-sama merasai esak tangis mereka. Subhanallah, mereka adalah anak-anak yang mempunyai jiwa yang sangat baik dan berkehendak kepada kebaikan. Ketika bersama mereka, saya banyak mempelajari erti manusia dan kemanusiaan.




Ada saatnya saya menjadi pendidik mereka, dan ada juga saatnya mereka juga mendidik saya. Mereka juga selalu menjadi sahabat saya ketika senang dan juga susah. Masih teringat saat di mana, saya terlalu sibuk dan kadangkala lupa untuk makan, Allah menghantarkan mereka yang sentiasa prihatin kepada saya membeli makanan dan minuman di waktu pagi. Amatlah terharu kerana saya tidak pernah menjangka hal sedemikian. Saya sangat mengetahui dan merasai bahawa mereka melakukan semua itu bukan untuk dibalas apa-apa tetapi ikhlas dan kasih sayang yang lahir dari hati suci dan bersih mereka. Saya sangat berharap Allah kekalkan rasa cinta dan kasih sayang kami keranaNya sehingga ke syurgaNya.





Pada suatu hari, saya mendapat satu musibah yang benar-benar mengganggu emosi saya. Namun, saya berdoa agar saya mampu melalui hari itu dengan baik. Saya cuba menyembunyikan kesedihan itu dalam senyuman walaupun senyuman itu terlalu pahit. Saya memulakan pengajaran dengan hati yang begitu sebak, namun, sehingga akhir pengajaran, menyalami seorang demi seorang pelajar saya, tidak dapat saya tahankan air mata ini, dan menangis sepenuh hati. Namun, apa yang saya rasakan, setiap saat bersama pelajar saya yang saya cintai kerana Allah, benar-benar telah mengubat jiwa saya, melupakan saya akan segala masalah yang membelenggu diri sehinggakan saya merasa begitu lega, lapang dan bahagia. Mungkin kerana doa mereka yang ikhlas, in sha Allah. Kadangkala mereka menasihati saya dengan sesuatu yang pernah saya nasihatkan kepada mereka. Mereka benar-benar menjadi cerminan saya. Subhanallah.




Saya selalu memujuk jiwa saya dengan mengatakan, masih terlalu ramai insan-insan yang perlukan perhatian dan kasih sayang saya, dan kesedihan hanya membunuh potensi diri saya. Saya ingin bahagia dengan membahagiakan seberapa banyak insan-insan yang Allah anugerahkan kepada saya. Merekalah permata berharga buat saya untuk saya jagai dan pelihara. Merekalah pendidik saya yang mematangkan diri akan erti kehidupan ini. Merekalah sumber pahala buat saya. In sha Allah. Saya menyayangi mereka kerana Allah dan saya sangat berharapkan segala ikatan yang terbina bukan hanya di sini sahaja tetapi kekal hingga ke “sana”.



Buat para pelajar yang cikgu kasihi dan cintai kerana Allah swt,



Cikgu sentiasa mendoakan kalian selalu tenang, bahagia dan gembira melalui hari-hari dalam hidupmu. Semoga kalian mencapai kecemerlangan dalam akhlak dan sahsiah, juga akademik. Semoga kalian berjaya mencapai impian dan cita-cita yang diimpikan. Dalam mengejar kejayaan akademik, janganlah kalian lupa untuk turut mengejar kejayaan di dalam akhlak dan sahsiah, kerana kecemerlangan akademik tidak menjanjikan kecemerlangan di akhirat nanti, tetapi kecemerlangan akademik haruslah diiringi bersama-sama kecemerlangan akhlak dan sahsiah yang dibawa oleh Rasulullah saw, sebaik-baik teladan. Marilah sama-sama kita mendalami Islam yang merupakan panduan kecemerlangan kehidupan seorang insan.




Segala puji dan syukur kepada Allah swt, atas segala nikmat dan pengalaman yang dianugerahkan. Alhamdulillah, selawat dan salam diutuskan buat Rasulullah saw, pendidik terulung, serta para sahabat dan ahli keluarga baginda. Jazakumullahukhairan kathira buat ibu bapaku serta para murobbiku yang pernah mendidikku menjadi insan yang punya jiwa pendidik, segala didikan yang kalian berikan benar-benar beerti buatku. Jazakallahukhairan kathira buat seorang insan yang bakal mengambil amanah mendidikku dan keluargaku kelak, dan jazakumullahukhairan kathira buat sahabat-sahabatku semuanya, serta jazakumullahukhairan kathira (terima kasih berbanyak-banyak) kepada semua anggota keluarga SMK Bukit Gambir umumnya serta para pelajarku khususnya. Doakan cikgu terus maju melangkah mencapai impian. ^__^.


Alhamdulillah, jazakumullahukhairan kathira.. I love all of you for the sake of Allah. (sentiasa membaca & membelek segala hadiah & surat cinta kamu ketika rindu..T__T)


Alhamdulillah..Thanks for the beautiful video and also abaya..really touching..T__T.. "Semoga Allah & Rasul mencintai & menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi cikgu"..^___^


Alhamdulillah...Thanks for the beautiful abaya..I like it..^_^. Semoga Allah murahkan rezeki kamu semua...belajar rajin-rajin...



p/s : Pada hari Isnin, bersamaan 7 Syaaban 1434 H (17 Jun 2013), akan bermulalah saat baru dalam hidupku sebagai Guru KGSK. In sha Allah, semoga bisa menimba ilmu dan pengalaman yang baru. ^__^.  



Akhir kata, buat pedoman kita bersama:


“ Gantunglah impian setinggi langit, namun, kecapilah ia dengan penuh kerendahan jiwa”

“Bermimpilah, sesungguhnya Allah sedang memegang mimpi-mimpimu, tetapi jangan berhenti sekadar mimpi, berusahalah untuk menjadikan mimpi itu satu realiti, in sha Allah, kita boleh”….^___^


"Mari sama-sama kita belajar bersungguh-sungguh, dan menjadi seorang insan yang cemerlang dalam 3 fakulti insan, rohani,jasmani dan akhli".. Belajar kerana Allah dan untuk Allah...Sama-sama kita perbaiki diri sendiri...




 Persembahan Hari Guru bersama pelajar bersamaan hari terakhir perkhidmatan.... 
Seiring & Sehaluan... Terima kasih semua..T__T


Punch Card Hari Terakhir...^__^


 Semoga Allah & Rasul mencintai kita semua..Amin Ya Robbal Alamin..


 *alhamdulillah...habis menulis..berehat sebentar untuk meneruskan perjuangan hari esok. In sha Allah... ^__^. Sweet Dream..


Penawarhati90
3.56 am,
7 Syaaban 1434H bersamaan 7 Jun 2013,
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang






No comments:

Post a Comment