Thursday, August 29, 2013

Kenangan di Universiti Sangat Menarik (USM)


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Assalamualaikum wbrt dan Juma’ah Mubarak serta Salam Syawal buat sidang pembaca sekalian, semoga saya dan anda sentiasa diberkati serta dilimpahi keberkatan hidup pada hari ini, serta hari-hari yang kita lalui dalam hidup ini. Antara tanda keberkatan itu, hati kita sentiasa bahagia dengan segala nikmat yang dianugerahi Allah mahupun musibah yang tertimpa ke atas kita, maka kita sentiasa mendahulukan ungkapan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, ataupun Masya Allah, dan Innalillahi wainna ilaihirajiun.   



" Ya Allah, nikmat apa sahaja yang daku kecapi dan perolehi daripada para hambaMu pada waktu pagi/petang hari ini, semuanya adalah daripadaMu jua; Yang Maha Esa dan tidak mempunyai sekutu. BagiMu segala puji & syukur "


Segala puji hanya bagi Allah, Rabb Yang Maha Pentadbir Sekalian Alam, Nyawaku dalam genggamanNya, Selawat dan Salam Utusan Jiwa buat Rasulullah saw, Penghulu Sekalian Alam, Kekasih Pilihan Allah, salam sejahtera buat ahli keluarga serta para sahabat baginda yang unggul.


Semoga limpahan keampunan, rahmat, dan kasih sayang Illahi sentiasa menaungi kehidupanku, kedua ibu bapa angkatku yang daku rindui selalu, kedua ibu bapaku yang daku kasihi dan cintai sentiasa, kedua ibu bapa yang turut daku hormati, sangat memahami, bakal menjadi sebahagian daripada hidupku, beliau, insan istimewa yang daku hormati selalu, insan yang sentiasa berada di dalam doa & impianku, ahli keluarga kami, sanak saudara, para pendidikku yang tidak pernah kenal erti jemu mendidik para pemuda/I harapan Islam, majikanku, para sahabatku daripada Matri, Matrik, USM, anak-anak didikku a.k.a adik-adikku harapan Islam, serta sesiapa sahaja yang daku temui pada setiap hari dan setiap waktu, mereka yang mendoakanku, serta para saudaraku di Mesir, Syria, Palestin, Somalia, dan di seluruh pelosok dunia ini. Terus mendoakan mereka sentiasa dan sentiasa.



Alhamdulillah, daripada 4 tahun, menjadi 4 bulan, kemudian, 4 hari, dan waktu itu hampir tiba, di mana saya harus pulang ke tanah air, menabur bakti di sana pula.


“ Manusia merancang, Allah juga Merancang, dan Allah lah sebaik-baik Perancang”



Walaupun pada perancangan asalnya, saya tidak merancang untuk bekerja, tetapi untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, setelah penilaian demi penilaian dilakukan, dan menuruti kehendak kedua ibu bapa saya, saya akhirnya akur untuk pulang menabur bakti di sana pula. Walau pada mulanya, saya sedikit sedih dan tidak dapat terima, tetapi, apabila saya mencari gali semula, in sha Allah, saya yakini bahawa, mungkin inilah perancangan Allah swt untuk saya, dan sudah tentu Allah sedang menyediakan satu misi besar yang harus saya pikul sepanjang saya berada bersama keluarga, sebelum saya melangkah ke alam seterusnya, dijemput dengan penuh sopan oleh bakal pemilik cintaku setelah Allah & Rasul di rumah waliku. Saya benar-benar meyakini bahawa, asbab takdir Allah ini buat saya adalah 2 perkara :



1.    Memanfaatkan waktu semaksima mungkin untuk menabur bakti kepada ibu bapa dan ahli keluarga tercinta selagi saya masih bergelar remaja. Mungkin sudah terlalu lama saya merantau dan menjalankan tanggungjawab di luar rumah, maka inilah masanya untuk saya bersama keluarga, menjalankan peranan semaksima mungkin sebagai seorang anak.

2.    Saya harus melengkapkan diri dengan pelbagai persediaan rohani, jasmani dan emosi. Termasuk kemahiran kerumahtanggaan. Hal ini disebabkan, setinggi manapun pangkat seorang wanita, namun, gelanggangnya tetap di rumah terutamanya di dapur. Oleh itu, saya ingin menggunakan masa ini untuk menuntut seberapa banyak ilmu dan kemahiran daripada ibu saya, seorang pakar dalam bidang masakan, dan seorang yang pantas dalam menguruskan rumahtangga, seorang yang sangat penyayang dan selalu berkorban untuk anak-anaknya. Begitu juga ayah saya. Alhamdulillah. Saya juga tidak mahu suami saya makan masakan daripada tangan orang lain, oleh itu, saya harus belajar sungguh-sungguh. In sha Allah, dengan izin Allah.

“mai nak ajar ni, satgi pi rumah mak mertua buat malu je tak tahu masak, kata mak tak ajar”-kata mak saya. (Hihihi)


Firman Allah swt yang bermaksud:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”- Surah Al-Baqarah : 216



Para pembaca sekalian,

Semalam ( Khamis) merupakan hari terakhir saya berkhidmat sebagai staf di Klinik Syifa, Gelugor. Alhamdulillah, walaupun berat di hati ini untuk melangkah pergi, meninggalkan insan-insan yang saya kasihi, namun saya harus bersabar dan bersyukur. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki pada hari ini, dengan kejutan daripada pelajar SMK Bukit Gambir, dengan makanan yang banyak, termasuk kek kegemaran saya daripada Secret Resepi (T_T), kemudian, diikuti oleh masakan Dr ‘Arba’i, spegetty yang sangat sedap. Alhamdulillah.


Alhamdulillah....



Kenangan bersama Dr Danial & Isteri, Pn Salmiyah

Kenangan bersama Dr Arba'i

Ucapan terakhir Dr Danial Zainal Abidin yang dikasihi Lillahita’ala,

“ Semoga selamat semua, walimatul urus nanti jangan lupa jemput”…

Errrr..InshaAllah. Pasti tidak dilupakan.
Kepada beliau : sila take note (hehe).

Alhamdulillah...Terima kasih Makcik....^_^
Maka, saat perpisahan saya dengan Bumi Allah Pulau Pinang tercinta ini juga sedang menggamit. Alhamdulillah, setelah selesai beberapa urusan di sini, saya kini telah bersedia untuk kembali ke tanah air meninggalkan memori yang cukup-cukup indah, di USM, bersama sahabat-sahabat tercinta, para murobbi yang sangat saya kasihi dan cintai, masyarakat sekeliling sama ada di sekitar USM mahupun di Taman Tun Sardon,majikan saya, rakan sekerja di Klinik Syifa, serta para pelajar yang saya kasihi Lillahitaala.


Sahabat Seperjuangan : Sains Dengan Pendidikan.

Setiap saat yang berlalu dalam kehidupan saya di sini, segala suka dan duka yang saya lalui sepanjang berada di sini, adalah merupakan detik-detik yang sangat bernilai dalam kehidupan saya, serta tidak ada satupun yang saya sesali. Sama ada ia berbentuk nikmat atau musibah, maka saya bahagia kerana pernah melaluinya. Saya behagia kerana telah menjalankan peranan saya di sini, saya bahagia kerana saya dapat menunaikan hajat setiap yang berhajat kepada saya. Alhamdulillah, dengan izin Allah, satu persatu Allah melakarkan cerita kehidupan saya yang begitu indah. Maka, memori indah itulah satu hadiah Allah yang cukup membahagiakan jiwa saya. Saya teliti satu persatu gambar sejak tahun 1, rindunya detik2 itu. Subhanallah. Suatu hari nanti, kisah kehidupan saya di sini, akan saya ceritakan kepada anak cucu saya . In sha Allah.^__^.


In sha Allah, suatu hari nanti saya akan kembali ke sini lagi. ^__^. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.


Buat sahabat-sahabat dan para pelajar yang saya kasihi kerana Allah swt : 

kata Ummu Anas,

“Pemuda-pemudi Harapan! yang menjadi tulang belakang ummah;
Bersungguh-sungguhlah berusaha untuk beroleh kedudukan yang telah Allah janjikan…


“Di antara hamba-hamba Allah ada manusia yang tidak termasuk para Nabi dan juga para syuhada’, tetapi pada hari akhirat para nabi dan syuhada’ cemburu kerana kedudukan mereka di sisi Allah”.

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, beritahu kami siapakah mereka?”.

Rasulullah menjawab; “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah dan bukan berdasarkan hubungan keluarga dan bukan kerana harta yang mereka saling berikan”.

“Demi Allah, muka mereka itu bercahaya. Mereka berada di atas cahaya. Tidak merasa takut ketika orang lain merasa takut. Tidak berdukacita pada saat orang lain berdukacita”.

Kemudian Rasulullah membacakan firman Allah dalam surah Yunus ayat 62: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah tidak merasa khuatir dan tidak pula bersedih hati”. (HR Abu Daud, Nasai dan Ibnu Hibban)


Jazakumullahukhairan kathira kerana sudi menjalinkan persahabatan bersama saya. Sahabat dunia & akhirat. Marilah kita saling mencintai kerana Allah swt, maka kita akan bertemu di akhirat nanti bersama-sama mereka yang kita cintai. La Tahzan, Innallaha ma’ana. Izinkan cikgu pergi, kembali menjalankan peranan cikgu sebagai seorang anak, kerana di sana ada keberkatan & keredhaan Allah. In sha Allah.

Buat anak pelajar yang cikgu kasihi,

Jangan bersedih, belajarlah bersungguh-sungguh, kamulah anak harapan Ummah. Sama-sama kita berusaha untuk menjadi pakar di bidang masing-masing, dan terus berazam untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi. Dalam masa yang sama, kita harus sama-sama memperbaharui niat dalam setiap langkahan kita, bahawa buat sesuatu hanya kerana Allah, kerana kita adalah hambaNya. Maka, kamu akan sentiasa merasai bahawa setiap kejayaan yang kamu capai di dunia ini adalah kejayaan di sisi Allah dan menjadikan kamu hamba yang lebih taat kepada Allah. Itu namanya BERKAT. Muslim Minda Super!!! In sha Allah. Berjaya dan menggunakan ilmu & kemahiran ke arah kebaikan. Take note to myself too. All the best. May Allah bless all of us. Amin. ^___^


Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah


p/s : silakan mengunjungi kediaman sederhana saya di Pulau Langkawi jika berkunjung ke sana. Sentiasa di alu-alukan.

p/s : kepada adik Amir, pelajar Tingkatan 4 Inspira, terima kasih menegur cikgu sebentar tadi. Belajar sungguh-sungguh! Jadi insan berguna dan menggembirakan ibu ayah. ^_^. Cikgu tahu, kamu boleh. ^__^

Kenangan bersama sahabat tercinta dibumi USM....










Penawarhati90
4.42am
23 Syawal 1443 H bersamaan 30 Ogos 2013
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Bahtera Kasih


Kita di takdirkan bertemu
Di dalam satu bahtera
Kita di takdirkan bertemu
Untuk menyimpul kasih
Takdir telah menetapkan
Bahtera di timpa gelora
Arus badainya menghempas damai

Kita pernah berikrar
Akan terus bersama
Walau pun di landa badai gelora
Namun semuanya itu
Hanya tinggal kenangan
Indahnya kini sudah tiada

Di sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari
Begitulah resam kehidupan
Indahnya hanya sementara

Bahtera kasih ibarat kaca
Zahirnya indah tetapi rapuh
Jika terhempas di landa badai

Berdoalah kita kepada-Nya
Moga bahtera kasih
Kekal abadi

Bersamalah kita berwaspada
Bahtera kasih yang di layari
Semoga pelayaran ini
Akan kekal abadi

Akan kekal untuk selamanya


Setiap pertemuan di dunia ini, pasti akan ada perpisahan, sama ada cepat atau lambat,  pasti ia akan menemui sebuah pengakhiran. Di dalam kehidupan saya, terlalu banyak pertemuan dan perpisahan yang saya temui, bersilih ganti, dan saya amat tidak suka saat perpisahan itu, namun, itu adalah lumrah, itu adalah takdir, dan itu adalah hakikat sebuah kehidupan. Namun, setiap perpisahan bersama insan-insan yang saya kasihi memberi satu pengajaran buat saya untuk lebih menghargai insan-insan yang hadir ke dalam kehidupan saya kini. Saya ingin menikmati dan menghargai setiap satu tautan hati yang terbina, agar saya tidak menyesali saat harus berpisah dengannya. Alhamdulillah, sehingga kini, saya tidak pernah sekali-kali menyesali setiap perpisahan yang terjadi, kerana saya meyakini bahawa perpisahan itu sebuah hakikat kehidupan yang harus kita terima walaubagaimanapun kerana ia adalah urusan Tuhan. Tetapi, hargailah, nikmatilah, gunakanlah segala kesempatan dan saat kita bersama mereka, taburkanlah sebanyak mungkin bakti demi sebuah ikatan kerana Allah nescaya kita akan selalu menemui kemanisannya.


Dan ingatlah, apabila kita mengasihi seseorang kerana Allah, tidak kira siapapun mereka, ahli keluarga kita, sahabat-sahabat kita, saudara-saudara kita, dan sesiapa sahaja, in sha Allah, sebenar-benar pertemuan adalah di syurga Illahi, di situlah pertemuan yang hakiki dan abadi. Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi ahli syurga, kerana di sana, kita akan hidup bersama-sama insan yang kita kasihi kerana Allah, dan tidak akan sekali-kali kita temui perpisahan itu. 


"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal salih)." Surah Az-Zukhruf : 67


Kini, masa saya di bumi USM tercinta sedang di penghujungan. Setelah satu demi satu insan pernah menyampaikan salam perpisahan kepada saya dahulu pergi, kini, tibalah giliran saya mengucapkan salam perpisahan buat insan-insan di bumi USM tercinta. Saya tinggalkan segala kenangan indah di sini, kenangan yang sentiasa segar bugar di hati saya, semuanya indah. Alhamdulillah. Segala Puji Hanya Bagi ALLAH.
p/s : kepada yang masih belum menyempurnakan puasa sunat syawal, silalah berbuat demikian, tawaran hanya tinggal 7 hari lagi. Jangan terlepas due date. (nasihat untuk diri sendiri.^_^)

Penawarhati90
1.41am
23 Syawal 1434 H bersamaan 30 Ogos 2013
Universiti Sains Malaysia.

Tuesday, August 20, 2013

Doa Istikharah



Semoga Allah menganugerahkan kita segala yang terbaik. In sha Allah.

Penawarhati90
9.05 am
14 Syawal 1434 H bersamaan 21 Ogos 2013
Bumi Allah

Ini baru namanya CINTA LUAR BIASA / CINTA HIGH CLASS...!



Teaching myself how not to lose hope: Amr Kassem 1987-2013

"Think not of those who are killed in the Way of Allah as dead. Nay, they are alive, with their Lord, and they have provision. They rejoice in what Allah has bestowed upon them of His Bounty and rejoice for the sake of those who have not yet joined them, but are left behind (not yet martyred) that on them no fear shall come, nor shall they grieve. They rejoice in a Grace and a Bounty from Allah, and that Allah will not waste the reward of the believers." (Ale Imran; 169-171)


My husband, Amr Mohamed Kassem who was 26 years old, returned to his Lord on Friday after Asr. He was shot through his chin and the bullet exited the back of his neck. He was at a protest in Alexandria, calling for justice for all those who had been killed mercilessly by the army in the previous days and weeks all over Egypt.


Yesterday morning I went to the morgue at a nearby hospital in Alexandria to see Amr before he would be washed and buried in the next few hours. When I arrived, there were many people waiting outside the doors to see their own family members as many people were killed the same day as Amr. Some of Amr's friends and relatives were there, too. After waiting for a while, I entered the room where his body was lying on a table, covered by a long blanket. I stood beside him and uncovered his face, and there he was, my love, lying there cold even though I had seen him strong and happy and smiling less than 24 hours before that moment. I stroked his beard, part of it was still soft, but part of it felt hard because of the dried up blood. His nose was bloodied and he had a cut beside his eye but he was beautiful, even in death - silent as though sleeping. I touched his lips and his cheeks, they were cold.


I stood there for some time looking at his face, feeling as though my heart was being repeately run over by a truck. I refused to cry loudly but tears were streaming down my cheeks, and I told him "I love you Amr, I know that you always wanted to die for the sake of Allah, and you got what you always hoped for inshaAllah, and I'm so proud of you. Ya Allah forgive his sins and accept him as a shaheed and reunite me with him in the hereafter. Ya Allah make me patient in knowing that it was his appointed time and that, by Your will and Grace, he is alive with his You as a shaheed." I didn't leave him until I was ready, I'm not even sure how long I was standing there. At the end, I kissed his cheek and told him that I would see him later inshaAllah, then covered his face and left the room.


The janaza was after Asr, there were hundreds of people there - his friends, his colleagues from school, extended family. He was a very beloved person to many. There was no dry eye, but everyone was speaking only good words and saying Alhamdulillah that Allah took him in the best way anyone can die in this world. We prayed on him, and I went outside to see a crowd of hundreds of men carrying his shrouded body towards the cemetary. The women didn't follow, we were waiting until he was buried to go to his grave and make duaa. After some time, his mother and I and some female relatives walked towards to cemetary and were making our way to where he was. Suddenly I notice all the men around me yelling for us to go out the side door, to run. I didn't understand what was happening but I started hearing loud bangs behind me, rocks being thrown at us and all the men telling the women to run. So I ran and ran without looking behind me, I was hit on my cheek by a large rock while I was running, but alhamdulillah, some of Amr's friends saw me and told me to run ahead of them so they could be behind me and make sure nothing happened to me. The people who attacked us were thugs who had heard there was an "ikhwani" funeral (although my husband was not from the ikhwan, he was just a religious man who believed in something called right and wrong). Many people were injured, some with stab wounds, but as far as I know, there were no causualties alhamdulillah.


Even in death, Amr's enemies hated him and all those around him! But their hate means nothing to me, after all if an enemy of God hates you, then that is a sign that you are, God-willing) on the right path.


Dear friends, my heart aches in a way I never knew a heart could ache. I miss him whenever I am awake and dream about him when I'm asleep. He was the best kind of husband a woman could ever hope for, kind, generous, soft and loving, but also strong and brave. His clothes are still hung up on the hooks in our room, as though he's going to walk through the door and change into his pyjamas before he sleeps. His friend gave me Amr's wallet and cell phone at the janaza, but his wedding band was missing, we still don't know where it is...I wish that I had it.


But through all this, I can't say anything except innalillahi wa inna ilayhi raji'un, and continue to make duaa for him. I refuse to dishonour him or myself by asking God "why" he took him or thinking "if only he hadn't gone to the protest on Friday, he would be alive." No, it was Amr's time to return to Allah, I know that beyond a shadow of a doubt. And although I wish I had more time with him in the dunya, I sincerely look forward to reuniting with him and being his wife, if God allows me, in paradise. In jannah time does not end, there is no fear of being separated from your loved ones. I believe with every inch of my that our love was truly a love that can last from this world to the next.


Ya Allah, You reunited Musa's mother with him after she put him in the river, ya Allah You reunited Yaqoub with his beloved son Yusuf after many years of painful separation. Ya Allah You are the Only One who can reunite me with my beloved in the hereafter, so Allah I ask you to not prevent me from being with him again.


Last night after we came home, we received a call from a friend of a relative - someone who had witnessed first hand what happened to Amr after he was shot. She told us that he didn't die right away, he was alive for a few moments. His left hand was holding his chin where the bullet had entered, and his right index finger went up, and he said clearly "ashhadu anna la illaha ilAllah, wa ashhadu ana Muhammadun rasoolullah" and he had a huge smile on his face, as though it was his wedding day. When I heard this, I couldn't help but cry that Allah had honoured me just by letting me know this wonderful person and allowing me to have his child.


My friends, your words of encouragement have not gone unnoticed. I have nothing but love and respect for you all, and I know now so much more than before that as Muslims, although we have many faults in our community, when we come together we are truly a force to be reckoned with. Your support and love and duaa have touched me greatly. I will undoubtedly need your continued duaa and support when I return to Canada inshaAllah.


I ask Allah to let me never stray from His path, for my own sake and my daugher's, and also for Amr's sake - to honour him in the way that Allah chose for him to die.


Ya 7abibi ya Amr. Ya 7abibi ya Amr. Ya 7abibi ya Amr. I hope that right now your soul is in a green bird, and you are flying through Jannah, eating and drinking from its provisions and are close to the throne of Allah, where you will never shed another tear or ever feel any sense of loss or suffering. You are my love in this world and the next inshaAllah, you are in my heart always, you are in my prayers always.



Amr with our daughter, Ruqaya.
T__T

Cinta High Class!!!
From : Sister Asmaa Hussien

Penawarhati90
6.42pm
13 Syawal 1434 H Bersamaan 20 Ogos 2013
Universiti Sains Malaysia

Saturday, August 10, 2013

Perkongsian Cikgu Buat 4 Satria 1



Buat  para pelajar 4 Satria 1 , SMK Bukit Gambir, yang cikgu kasihi dan rindui Lillahitaala,

Walaupun pertemuan kita terlalu singkat, namun, segala kenangan bersama kalian sentiasa segar dalam ingatan cikgu, dan tidak sekali-kali cikgu lupakan saat-saat indah bersama kalian.

Saat bersama kalian, menatap satu persatu wajah kalian serta melihat kesungguhan kalian untuk memahami fizik,  sentiasa meniupkan semangat cikgu untuk berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran.

Semoga kalian akan berjaya menjadi pelajar yang cemerlang, di dunia & di akhirat sana. Sama-sama kita saling mendoakan.

^_^

Penawarhati90,
10.58pm,
3 Syawal 2013 bersamaan 10 Ogos 2013
Langkawi, Kedah.

Friday, August 2, 2013

La Tahzan Innallaha Maana



Bismillahirrahmanirrahim


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi, Rabb yang Maha PenyayangNya mendahului Maha MenghukumNya. Selawat & Salam diutuskan buat Rasulullah saw, Penghulu sekalian alam, salam sejahtera buat ahli keluarga serta para sahabat baginda.


Limpahan Rahmat, Keampunan, dan Mengharap Agar dijauhkan daripada api neraka saya mohonkan buat diri sendiri, kedua ibu bapaku, kedua ibu bapa angkatku, kedua ibu bapa yang bakal menjadi ibu bapaku kelak, in sha Allah, beliau yang daku hormati kerana Allah,saudara-saudaraku, sahabat-sahabatku, anak-anak didikku,anak didik yang daku kasihi Syahirah Shazwani dan keluarganya dan saudara-saudaraku di Palestin, Syria, Mesir, Lubnan, Somalia dan di seluruh Pelosok Dunia ini. Semoga dengan kehadiran bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, menanggalkan segala titik hitam yang menutupi cahaya Illahi daripada menembusi hati nurani insani. Semoga kita semua bebas daripada perhambaan kepada makhluk dan menyembah Allah swt Yang Maha Satu yang tidak ada yang setanding denganNya.


Saudara sidang pembaca yang dirahmati Allah swt sekalian,


Alhamdulillah, kita panjatkan setinggi-tinggi ucapan syukur kepada Allah swt kerana sehingga pada saat ini, kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar Ramadhan Kareem dengan kesempurnaan nikmat pancaindera kurniaan Allah swt yang tidak terhitung nilainya, begitu juga kita bisa menjamah makanan yang enak-enak dan belum ada satu hari lagipun yang kita tidak bisa makan. Alhamdulillah. Allahuakbar. Alhamdulillah. Subhanallah.



Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah yang tidak mengurangi sedikitpun nikmat-nikmat ini, kerana Dia Mengetahui bahawa inilah nikmat yang paling baik untuk kita beriman kepadaNya.


Namun begitu, dengan izin Allah, dengan rahmat & belas kasihannya Allah, Dia mengurniakan sedikit ujian buat bekas pelajar yang saya kasihi yang merupakan sahabat saya, Syahirah Shazwani binti Abdul Latiff, pelajar SMK Bukit Gambir, dengan suatu penyakit yang menimpa ayahanda baliau yang tersayang. Sunnah Rasulullah saw apabila seseorang itu ditimpa musibah, tidak kira apa jua bentuknya, haruslah kita mendahului dengan ucapan “ Innalillahi wainna ilaihirajiun” (Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali)


Buat adindaku Syahirah Shazwani yang cikgu rindui dan kasihi Lillahitaala,


Ada sebuah hadith qudsi yang bermaksud:

"Sesungguhnya ,diantara hamba-hambaKu,ada yang imannya tidak menjadi baik kecuali dengan kefakiran.Jika aku lapangkan rezekinya,maka imannya akan rosak.Diantara hamba-hambaKu ada yang imannya tidak menjadi baik melainkan dengan kondisi kaya.Jika aku membuatnya fakir,pasti imannya rosak. Diantara hamba-hambaku,ada yang imannya tidak menjadi baik,melainkan dengan kondisi sakit,seandainya aku sihatkannya,imannya pasti rosak.Aku mengatur hamba-hambaKu dengan pengetahuanKu terhadap apa yang ada dalam HATI mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Lembut."
Hadith Qudsi


Sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNya, agar dalam kondisi apapun mereka berada, mereka boleh beriman kepada Allah swt. 


Firman Allah swt :

“Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang mampu dipikul olehnya” (Surah At-Thalaq: 7)


Adindaku Syahirah,


Sesungguhnya setiap manusia itu akan diuji untuk membersihkan keikhlasannya dan melayakkan dia memiliki tempat di syurga Illahi. Sama-sama kita terus bersangka baik kepada Allah swt, dengan segala qada’ & qadarNya, kerana kita adalah hamba Allah swt. Kita tidak berdaya untuk menolak segala takdir yang telah ditetapkan untuk kita, tetapi kita harus sama-sama terima dengan penuh Redha & Pasrah, penuh kerendahan hati dan tunduk menyerah diri kepadaNya. Jangan ada satu detikpun kita cuba untuk menjauhiNya kerana kita tidak mungkin mampu untuk berdiri dengan sendiri. Walau kita rasa lemah, semakin kita lemah, semakin kita harus tunduk berubudiah kepadaNya, tadah tangan setulus hati, berdoa kepadaNya dengan penuh pengharapan dan linangan air mata. Semoga dengan ini, kita akan sama-sama kuat untuk berhadapan dengan ujian itu. In sha Allah, segala musibah yang diberikan oleh Allah swt, seandainya kita menghadapiNya dengan mengembalikan segala urusan hanya kepadaNya Yang Maha Menyembuh, in sha Allah, kita akan dapati, kita selalu bersama orang-orang yang sabar.



La hawla wala quwwata illa billah al-'Aliyyil 'Adzim
(Tidak ada daya dan upaya kecuali atas izin Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung)
  

Buat sidang pembaca sekalian,


Saya dengan ini berhajat agar kita sama-sama dapat mendoakan semoga Allah swt memberi kesembuhan kepada ayah Syahirah seandainya itulah yang terbaik untuknya, dan tidak ada satupun yang mustahil bagi Allah. 




"Perumpamaan kaum muslimin yang saling kasih mengasihi dan cinta mencintai antara satu sama lain ibarat satu tubuh. Jika salah satu anggota berasa sakit maka seluruh tubuh akan turut berasa sakit dan tidak dapat tidur." (HR Bukhari)


Penawarhati90
8.30am
25 Ramadhan 1434H bersamaan 3 Ogos 2013
Universiti Sains Malaysia