Thursday, August 29, 2013

Bahtera Kasih


Kita di takdirkan bertemu
Di dalam satu bahtera
Kita di takdirkan bertemu
Untuk menyimpul kasih
Takdir telah menetapkan
Bahtera di timpa gelora
Arus badainya menghempas damai

Kita pernah berikrar
Akan terus bersama
Walau pun di landa badai gelora
Namun semuanya itu
Hanya tinggal kenangan
Indahnya kini sudah tiada

Di sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari
Begitulah resam kehidupan
Indahnya hanya sementara

Bahtera kasih ibarat kaca
Zahirnya indah tetapi rapuh
Jika terhempas di landa badai

Berdoalah kita kepada-Nya
Moga bahtera kasih
Kekal abadi

Bersamalah kita berwaspada
Bahtera kasih yang di layari
Semoga pelayaran ini
Akan kekal abadi

Akan kekal untuk selamanya


Setiap pertemuan di dunia ini, pasti akan ada perpisahan, sama ada cepat atau lambat,  pasti ia akan menemui sebuah pengakhiran. Di dalam kehidupan saya, terlalu banyak pertemuan dan perpisahan yang saya temui, bersilih ganti, dan saya amat tidak suka saat perpisahan itu, namun, itu adalah lumrah, itu adalah takdir, dan itu adalah hakikat sebuah kehidupan. Namun, setiap perpisahan bersama insan-insan yang saya kasihi memberi satu pengajaran buat saya untuk lebih menghargai insan-insan yang hadir ke dalam kehidupan saya kini. Saya ingin menikmati dan menghargai setiap satu tautan hati yang terbina, agar saya tidak menyesali saat harus berpisah dengannya. Alhamdulillah, sehingga kini, saya tidak pernah sekali-kali menyesali setiap perpisahan yang terjadi, kerana saya meyakini bahawa perpisahan itu sebuah hakikat kehidupan yang harus kita terima walaubagaimanapun kerana ia adalah urusan Tuhan. Tetapi, hargailah, nikmatilah, gunakanlah segala kesempatan dan saat kita bersama mereka, taburkanlah sebanyak mungkin bakti demi sebuah ikatan kerana Allah nescaya kita akan selalu menemui kemanisannya.


Dan ingatlah, apabila kita mengasihi seseorang kerana Allah, tidak kira siapapun mereka, ahli keluarga kita, sahabat-sahabat kita, saudara-saudara kita, dan sesiapa sahaja, in sha Allah, sebenar-benar pertemuan adalah di syurga Illahi, di situlah pertemuan yang hakiki dan abadi. Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi ahli syurga, kerana di sana, kita akan hidup bersama-sama insan yang kita kasihi kerana Allah, dan tidak akan sekali-kali kita temui perpisahan itu. 


"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal salih)." Surah Az-Zukhruf : 67


Kini, masa saya di bumi USM tercinta sedang di penghujungan. Setelah satu demi satu insan pernah menyampaikan salam perpisahan kepada saya dahulu pergi, kini, tibalah giliran saya mengucapkan salam perpisahan buat insan-insan di bumi USM tercinta. Saya tinggalkan segala kenangan indah di sini, kenangan yang sentiasa segar bugar di hati saya, semuanya indah. Alhamdulillah. Segala Puji Hanya Bagi ALLAH.
p/s : kepada yang masih belum menyempurnakan puasa sunat syawal, silalah berbuat demikian, tawaran hanya tinggal 7 hari lagi. Jangan terlepas due date. (nasihat untuk diri sendiri.^_^)

Penawarhati90
1.41am
23 Syawal 1434 H bersamaan 30 Ogos 2013
Universiti Sains Malaysia.

No comments:

Post a Comment