Thursday, August 29, 2013

Kenangan di Universiti Sangat Menarik (USM)


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Assalamualaikum wbrt dan Juma’ah Mubarak serta Salam Syawal buat sidang pembaca sekalian, semoga saya dan anda sentiasa diberkati serta dilimpahi keberkatan hidup pada hari ini, serta hari-hari yang kita lalui dalam hidup ini. Antara tanda keberkatan itu, hati kita sentiasa bahagia dengan segala nikmat yang dianugerahi Allah mahupun musibah yang tertimpa ke atas kita, maka kita sentiasa mendahulukan ungkapan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, ataupun Masya Allah, dan Innalillahi wainna ilaihirajiun.   



" Ya Allah, nikmat apa sahaja yang daku kecapi dan perolehi daripada para hambaMu pada waktu pagi/petang hari ini, semuanya adalah daripadaMu jua; Yang Maha Esa dan tidak mempunyai sekutu. BagiMu segala puji & syukur "


Segala puji hanya bagi Allah, Rabb Yang Maha Pentadbir Sekalian Alam, Nyawaku dalam genggamanNya, Selawat dan Salam Utusan Jiwa buat Rasulullah saw, Penghulu Sekalian Alam, Kekasih Pilihan Allah, salam sejahtera buat ahli keluarga serta para sahabat baginda yang unggul.


Semoga limpahan keampunan, rahmat, dan kasih sayang Illahi sentiasa menaungi kehidupanku, kedua ibu bapa angkatku yang daku rindui selalu, kedua ibu bapaku yang daku kasihi dan cintai sentiasa, kedua ibu bapa yang turut daku hormati, sangat memahami, bakal menjadi sebahagian daripada hidupku, beliau, insan istimewa yang daku hormati selalu, insan yang sentiasa berada di dalam doa & impianku, ahli keluarga kami, sanak saudara, para pendidikku yang tidak pernah kenal erti jemu mendidik para pemuda/I harapan Islam, majikanku, para sahabatku daripada Matri, Matrik, USM, anak-anak didikku a.k.a adik-adikku harapan Islam, serta sesiapa sahaja yang daku temui pada setiap hari dan setiap waktu, mereka yang mendoakanku, serta para saudaraku di Mesir, Syria, Palestin, Somalia, dan di seluruh pelosok dunia ini. Terus mendoakan mereka sentiasa dan sentiasa.



Alhamdulillah, daripada 4 tahun, menjadi 4 bulan, kemudian, 4 hari, dan waktu itu hampir tiba, di mana saya harus pulang ke tanah air, menabur bakti di sana pula.


“ Manusia merancang, Allah juga Merancang, dan Allah lah sebaik-baik Perancang”



Walaupun pada perancangan asalnya, saya tidak merancang untuk bekerja, tetapi untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, setelah penilaian demi penilaian dilakukan, dan menuruti kehendak kedua ibu bapa saya, saya akhirnya akur untuk pulang menabur bakti di sana pula. Walau pada mulanya, saya sedikit sedih dan tidak dapat terima, tetapi, apabila saya mencari gali semula, in sha Allah, saya yakini bahawa, mungkin inilah perancangan Allah swt untuk saya, dan sudah tentu Allah sedang menyediakan satu misi besar yang harus saya pikul sepanjang saya berada bersama keluarga, sebelum saya melangkah ke alam seterusnya, dijemput dengan penuh sopan oleh bakal pemilik cintaku setelah Allah & Rasul di rumah waliku. Saya benar-benar meyakini bahawa, asbab takdir Allah ini buat saya adalah 2 perkara :



1.    Memanfaatkan waktu semaksima mungkin untuk menabur bakti kepada ibu bapa dan ahli keluarga tercinta selagi saya masih bergelar remaja. Mungkin sudah terlalu lama saya merantau dan menjalankan tanggungjawab di luar rumah, maka inilah masanya untuk saya bersama keluarga, menjalankan peranan semaksima mungkin sebagai seorang anak.

2.    Saya harus melengkapkan diri dengan pelbagai persediaan rohani, jasmani dan emosi. Termasuk kemahiran kerumahtanggaan. Hal ini disebabkan, setinggi manapun pangkat seorang wanita, namun, gelanggangnya tetap di rumah terutamanya di dapur. Oleh itu, saya ingin menggunakan masa ini untuk menuntut seberapa banyak ilmu dan kemahiran daripada ibu saya, seorang pakar dalam bidang masakan, dan seorang yang pantas dalam menguruskan rumahtangga, seorang yang sangat penyayang dan selalu berkorban untuk anak-anaknya. Begitu juga ayah saya. Alhamdulillah. Saya juga tidak mahu suami saya makan masakan daripada tangan orang lain, oleh itu, saya harus belajar sungguh-sungguh. In sha Allah, dengan izin Allah.

“mai nak ajar ni, satgi pi rumah mak mertua buat malu je tak tahu masak, kata mak tak ajar”-kata mak saya. (Hihihi)


Firman Allah swt yang bermaksud:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”- Surah Al-Baqarah : 216



Para pembaca sekalian,

Semalam ( Khamis) merupakan hari terakhir saya berkhidmat sebagai staf di Klinik Syifa, Gelugor. Alhamdulillah, walaupun berat di hati ini untuk melangkah pergi, meninggalkan insan-insan yang saya kasihi, namun saya harus bersabar dan bersyukur. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki pada hari ini, dengan kejutan daripada pelajar SMK Bukit Gambir, dengan makanan yang banyak, termasuk kek kegemaran saya daripada Secret Resepi (T_T), kemudian, diikuti oleh masakan Dr ‘Arba’i, spegetty yang sangat sedap. Alhamdulillah.


Alhamdulillah....



Kenangan bersama Dr Danial & Isteri, Pn Salmiyah

Kenangan bersama Dr Arba'i

Ucapan terakhir Dr Danial Zainal Abidin yang dikasihi Lillahita’ala,

“ Semoga selamat semua, walimatul urus nanti jangan lupa jemput”…

Errrr..InshaAllah. Pasti tidak dilupakan.
Kepada beliau : sila take note (hehe).

Alhamdulillah...Terima kasih Makcik....^_^
Maka, saat perpisahan saya dengan Bumi Allah Pulau Pinang tercinta ini juga sedang menggamit. Alhamdulillah, setelah selesai beberapa urusan di sini, saya kini telah bersedia untuk kembali ke tanah air meninggalkan memori yang cukup-cukup indah, di USM, bersama sahabat-sahabat tercinta, para murobbi yang sangat saya kasihi dan cintai, masyarakat sekeliling sama ada di sekitar USM mahupun di Taman Tun Sardon,majikan saya, rakan sekerja di Klinik Syifa, serta para pelajar yang saya kasihi Lillahitaala.


Sahabat Seperjuangan : Sains Dengan Pendidikan.

Setiap saat yang berlalu dalam kehidupan saya di sini, segala suka dan duka yang saya lalui sepanjang berada di sini, adalah merupakan detik-detik yang sangat bernilai dalam kehidupan saya, serta tidak ada satupun yang saya sesali. Sama ada ia berbentuk nikmat atau musibah, maka saya bahagia kerana pernah melaluinya. Saya behagia kerana telah menjalankan peranan saya di sini, saya bahagia kerana saya dapat menunaikan hajat setiap yang berhajat kepada saya. Alhamdulillah, dengan izin Allah, satu persatu Allah melakarkan cerita kehidupan saya yang begitu indah. Maka, memori indah itulah satu hadiah Allah yang cukup membahagiakan jiwa saya. Saya teliti satu persatu gambar sejak tahun 1, rindunya detik2 itu. Subhanallah. Suatu hari nanti, kisah kehidupan saya di sini, akan saya ceritakan kepada anak cucu saya . In sha Allah.^__^.


In sha Allah, suatu hari nanti saya akan kembali ke sini lagi. ^__^. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.


Buat sahabat-sahabat dan para pelajar yang saya kasihi kerana Allah swt : 

kata Ummu Anas,

“Pemuda-pemudi Harapan! yang menjadi tulang belakang ummah;
Bersungguh-sungguhlah berusaha untuk beroleh kedudukan yang telah Allah janjikan…


“Di antara hamba-hamba Allah ada manusia yang tidak termasuk para Nabi dan juga para syuhada’, tetapi pada hari akhirat para nabi dan syuhada’ cemburu kerana kedudukan mereka di sisi Allah”.

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, beritahu kami siapakah mereka?”.

Rasulullah menjawab; “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah dan bukan berdasarkan hubungan keluarga dan bukan kerana harta yang mereka saling berikan”.

“Demi Allah, muka mereka itu bercahaya. Mereka berada di atas cahaya. Tidak merasa takut ketika orang lain merasa takut. Tidak berdukacita pada saat orang lain berdukacita”.

Kemudian Rasulullah membacakan firman Allah dalam surah Yunus ayat 62: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah tidak merasa khuatir dan tidak pula bersedih hati”. (HR Abu Daud, Nasai dan Ibnu Hibban)


Jazakumullahukhairan kathira kerana sudi menjalinkan persahabatan bersama saya. Sahabat dunia & akhirat. Marilah kita saling mencintai kerana Allah swt, maka kita akan bertemu di akhirat nanti bersama-sama mereka yang kita cintai. La Tahzan, Innallaha ma’ana. Izinkan cikgu pergi, kembali menjalankan peranan cikgu sebagai seorang anak, kerana di sana ada keberkatan & keredhaan Allah. In sha Allah.

Buat anak pelajar yang cikgu kasihi,

Jangan bersedih, belajarlah bersungguh-sungguh, kamulah anak harapan Ummah. Sama-sama kita berusaha untuk menjadi pakar di bidang masing-masing, dan terus berazam untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi. Dalam masa yang sama, kita harus sama-sama memperbaharui niat dalam setiap langkahan kita, bahawa buat sesuatu hanya kerana Allah, kerana kita adalah hambaNya. Maka, kamu akan sentiasa merasai bahawa setiap kejayaan yang kamu capai di dunia ini adalah kejayaan di sisi Allah dan menjadikan kamu hamba yang lebih taat kepada Allah. Itu namanya BERKAT. Muslim Minda Super!!! In sha Allah. Berjaya dan menggunakan ilmu & kemahiran ke arah kebaikan. Take note to myself too. All the best. May Allah bless all of us. Amin. ^___^


Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah


p/s : silakan mengunjungi kediaman sederhana saya di Pulau Langkawi jika berkunjung ke sana. Sentiasa di alu-alukan.

p/s : kepada adik Amir, pelajar Tingkatan 4 Inspira, terima kasih menegur cikgu sebentar tadi. Belajar sungguh-sungguh! Jadi insan berguna dan menggembirakan ibu ayah. ^_^. Cikgu tahu, kamu boleh. ^__^

Kenangan bersama sahabat tercinta dibumi USM....










Penawarhati90
4.42am
23 Syawal 1443 H bersamaan 30 Ogos 2013
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

1 comment:

  1. singgah sini bca pasal usm...done follow sini
    muslimahsejati96.blogspot.com

    ReplyDelete