Monday, September 2, 2013

Alhamdulillah..Dari Pulau Ke Pulau




Alhamdulillah.. Barang-barang yang dibawa balik daripada Pulau Pinang telah selamat sampai ke destinasi Pulau Langkawi bersama-sama tuannya. Dari Pulau ke Pulau. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik. Akan sentiasa saya jagai setiap satu daripadanya sebaik mungkin, in sha Allah.

Agak letih memikirkan harus memindahkan satu persatu barang-barang ini ke tempat yang sepatutnya, dalam masa yang sama akan memulakan perkhidmatan sebagai Guru di SMK Kedawang, Pulau Langkawi pada esok hari. Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah walaubagaimanapun. Alhamdulillah.


" Ya Allah, nikmat apa sahaja yang daku kecapi dan perolehi daripada para hambaMu pada waktu pagi/petang hari ini, semuanya adalah daripadaMu jua; Yang Maha Esa dan tidak mempunyai sekutu. BagiMu segala puji & syukur "


Penawarhati90
7.36pm
26 Syawal 1434 H bersamaan 2 September 2013
Kampung Bayas, Pulau Langkawi, Kedah



No comments:

Post a Comment