Tuesday, October 1, 2013

Sweet 1 Oktober Yang Bahagia & Membahagiakan...A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H

Bismillahirrahmanirrahim



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Yang Memiliki Segala Keagungan  dengan sifat Asma’ Ul Husna, Yang Maha Menghidupkan Hamba Pendosa ini sehingga ke saat ini, usianya telah mencecah 23 Tahun, Dia masih memberi peluang dan kesempatan buat hamba ini menebus segala dos lalunya, serta bersegera bangun menyahut seruan suciNya menuju kemenangan yang nyata. Alhamdulillah, segala puji hanya bagimu Ya Illahi. Selawat dan salam utusan rindu buat Rasulullah saw, Penghulu Sekalian Alam, Murobbi Mithali buat sekalian umat sepanjang zaman.


Sidang pembaca yang dirahmati Allah swt sekalian,


Pertama-tamanya, setinggi-tinggi ucapan jazakumullahukhairan kathira saya tujukan khas buat kedua ibu bapa yang saya cintai kerana Allah swt kerana dengan izin Allah, saya dilahirkan sebagai permata buat mereka. Merekalah insan yang telah membesarkan, mendidik, mengorbankan segala masa, tenaga, dan harta demi menjadikan saya seorang insan bersama manusia. Merekalah insan yang telah bersusah payah dengan segala tulang empat kerat mendapatkan dana bagi menyekolahkan saya di Madrasah Tarbiyah Maa’had At-Tarbiyah Al-Islamiyah, kemudian terus memberi sokongan untuk saya meneruskan pengajian ke Peringkat Matrikulasi, seterusnya ke Universiti Sains Malaysia dalam Pengajian Ilmu Pendidikan sehingga pada hari ini, saya menjadi seorang Pendidik. Alhamdulillah, saya sangat bersykur kepada Allah swt kerana menganugerahkan saya dua ibu bapa yang sangat menyayangi dan prihatin terhadap anak-anaknya serta memiliki harapan besar agar anak mereka bisa menjadi Seorang Insan yang punya jatidiri dan menjadi manfaat buat mereka di dunia dan di akhirat. Alhamdulillah, terima kasih yang Allah kerana sehingga hari ini, pada usia saya 23 Tahun, saya telah membesar di hadapan mata mereka serta menjadi seorang insan sebagaimana yang mereka hajatkan dan mungkin masih banyak harapan mereka yang belum saya tunaikan. Semoga Allah merahmati, mengampuni dan menyayangi kedua ibu bapaku melebihi sayangnya mereka kepadaku, sesungguhnya Allah lah Rabb yang Maha Luas kasih sayangNya.


Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jazakumullahukhairan kathira juga saya ucapkan buat kedua ibu bapa angkat saya yang saya rindui selalu, bakal ibu bapa saya yang saya sangat hormati dan segani, insan istimewa yang sentiasa berada di dalam doa dan harapan saya, para murobbi yang amat saya rindui dan cintai, majikan saya, adik beradik saya yang dicintai , sahabat-sahabat saya yang cukup-cukup saya kasihi kerana Allah, rakan-rakan seperjuangan, anak-anak didik a.k.a adinda saya sekalian yang saya cintai kerana Allah, insan-insan yang saya temui setiap hari dan setiap waktu, insan-insan yang mendoakan saya, serta sesiapa sahaja. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah dikurniakan insan-insan seperti kalian yang menemani kehidupan saya, mendidik saya erti kehidupan, mendampingi kalian sentiasa mendidik saya erti manusia dan kemanusiaan, mendidik saya menjadi hamba Illahi. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan saya insan-insan yang sentiasa bersabar menghadapi kerenah saya, menasihati saya agar terus berjalan di atas landasan yang lurus. Walau acapkali saya tersasar dari jalan ini, kalianlah insan-insan yang menemani perjalanan saya ini dan menarik tanganku saat daku hampir terjatuh dan tersungkur. Alhamdulillah.


Sidang pembaca sekalian,


Sekali lagi saya mengucapkan Alhamdulillah, dan jazakumullahukhairan kathira atas segala ucapan, doa, peringatan daripada kalian yang tulus ikhlas dengan segala medium dikirimkan buat meraikan ulangtahun kelahiran saya ke 23. Tiada kata yang dapat saya ungkapkan, tiada hadiah yang mampu saya beri melainkan mendoakan kalian semoga Allah dan Rasul mengasihi dan mencintai kalian, memberkati kehidupan kalian, melimpahkan keberkatan serta rahmatNya ke atas kalian, mengampuni kalian, dan menghadiahkan REDHA-NYA buat kalian serta menganugerahi kelayakan syurga buat kalian.  Semoga Allah swt terus mengikat hati-hati kita dengan rabithahNya sehingga bertemu di syurgaNya. Amin. Walau jauh di mata sentiasa dekat di hati ini. In sha Allah.


Buat anak-anak didik saya yang bakal mengambil peperiksaan akhir tahun dan SPM, semoga kalian sentiasa dipermudahkan untuk menjawab soalan peperiksaan dan berjaya dengan cemerlang di dunia dan di akhirat sana. In sha Allah.



Di awal pagi tanggal 1 Oktober 2013, saya telah mendapat satu ucapan hari kelahiran :

“ All The Best During Your Special Day”


Jauh di sudut hati saya, saya merasa amat sayu dan tersenyum sendirian, merasakan tiada apa-apa yang "best" pada hari ini. Ada juga saatnya saya merasa sedih dan umpama hilang harapan. Tidak pasti mengapa. Terasa begitu sayu. T__T. Namun saya sambut doa itu dengan penuh penghargaan.


Setelah itu, satu demi satu pesanan ringkas diterima daripada pelbagai medium dengan segala ucapan dan doa. Subhanallah, Ya Allah, makbulkanlah doa insan-insan yang mendoakanku, dan kasihilah mereka sentiasa dan sentiasa. Sungguh insan yang sedang menyendiri di sini cukup merindui mereka semuanya, saya ingin memeluk setiap seorang daripada mereka, sahabat-sahabat saya, dan anak-anak didik saya. Amat sayu…..T__T. Saat itu saya merasakan jiwa saya kosong. T__T


Seperti biasa saya meneruskan perkhidmatan di sekolah. Alhamdulillah, terima kasih atas segala ucapan daripada anak-anak didik saya yang comel dan baik hati, pelajar-pelajar 5 ST, 5 SS dan 2 KRK. ^__^. Setelah pulang daripada sekolah, saya mula berfikir, saya ingin menjadikan hari ini hari yang istimewa buat saya sebagai menghargai diri saya sendiri. Saya membuka semula mesej daripada seorang murobbi saya yang mengajak saya ke slotnya bersama adik-adik anak yatim di Masjid. Saya terus bersiap dan meluru ke masjid. Bermulalah detik-detik bermakna buat saya yang telah lama bermimpi. T__T




Berikut adalah hasil dapatan perkongsian Murobbi tercinta saya, Cikgu Azmi Bahari, yang begitu meruntun qolbu kecil saya, serta menyedarkan saya bahawa, jiwa saya telah lama kering dengan curahan air rohani, jiwa saya sudah lama tidak di cas, jiwa saya sedang meronta-ronta diberi makan. Dan saya merasakan semua ini merupakan satu ketentuan dan perancangan Allah yang Maha Mengasihani. T__T. Dia menjadikan hari ini benar-benar bermakna buat musafir ini. Saya umpama orang buta yang diberikan tongkat.



·         Syukur adalah hiasan jiwa. Manusia yang tahu bersyukur akan mampu menikmati indahnya kehidupan.
·         Untuk mendidik jiwa kita tentang dunia, kita haruslah melihat orang yang lebih susah daripada kita. Untuk mendidik kita tentang akhirat, kita harus melihat orang yang lebih baik daripada kita.
·         Orang yang keras hatinya adalah orang yang mementingkan diri sendiri dan tidak memperdulikan perasaan orang lain.
·         Kehidupan kita ini sentiasa dalam persimpangan dan pilihan.
·         Manusia yang tidak mengenal diri sendiri tidak memiliki masa depan, tidak memiliki cita dan harapan, tidak pasti mula dan akhir.
·         Kehidupan akan terus berlansung selagi ada HARAPAN.
·         Bukan sahaja kita ingin bahagia tetapi bahagiakanlah setiap insan di sekeliling kita.
·         Kemahuan adalah modal utama bagi tercapainya segala cita dan harapan, mereka yang tidak memiliki kemahuan, tidak memiliki kehidupan.
·         Binalah harga diri masing-masing dengan adanya kesungguhan, baik hati, kesolehan, harapan, tekad & keazaman, keyakinan, ikhlas, jujur dan amanah.
·         Bajailah dengan pesanan dan pengalaman daripada orang tua.



Setelah pulang daripada masjid, saya memulakan sesi mengemas rumah, tiba-tiba saya terjumpa dengan sepucuk surat yang merupakan hadiah hari lahir yang cukup bermakna buat saya daripada seorang sahabat. Subhanallah. Jazakillahukhairan kathira atas segala nasihat dan ucapan yang benar-benar menusuk hatiku yang paling dalam. Begitu terharu atas keperihatinanmu sahabatku. Alhamdulillah. Moga ukhuwah kita terus teguh di atas panji-panji Illahi. Subhanallah.



 Setelah itu, saya terus menghadiri kuliah penyampaian cikgu Azmi Bahari mengenai Bagaimana Mentadbir Hati. Subhanallah. Hari Yang Indah dan sangat istimewa.




Saya merasakan ini adalah sebuah hadiah daripada Allah buat saya. Anugerah yang begitu bermakna. Hilang segala kesedihan saya, terubat segala kesakitan jiwa ini, serta mendorongkan jiwa saya untuk memasang azam yang baru buat usia yang baru ini. Alhamdulillah. Inilah hadiah yang paling bermakna dan berharga buat saya sepanjang usia 23 tahun ini.


Umur saya kini telah genap 23 tahun. Meninggalkan segala kenangan dan pengalaman selama 23 tahun, saya kini hidup dengan usia yang baru diharapkan bisa membina kehidupan yang lebih bermakna dalam kamus hari-hari dalam hidupku. Membuka lembaran baru kehidupan ini, saya ingin memasang azam yang baru yang lebih bermakna dan bermanfaat buat dunia dan akhirat.


Kehidupan akan terus berlansung selagi ada HARAPAN.

Alhamdulillah, thanks for the cute present. ^__^


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas segala nikmat dan kurniaanMu. ^__^


Buat insan-insan yang daku kasihi dan cintai,


Pada kesempatan ini juga saya ingin sekali memohon keampunan daripada Allah swt dan meminta jutaan kemaafan daripada kalian seandainya terdapat sebarang kekasaran kata dan kesilapan perilaku saya yang mengguriskan jiwa kalian sama ada saya sedar ataupun tidak. Saya memohon maaf atas hati-hati yang telah saya sakiti, harapan yang telah saya kecewakan, amanah yang tidak tertunai dengan baik, serta janji-janji yang mungkin saya mungkiri. Terima kasih kerana sudi menerima saya dengan segala kelemahan untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan kalian. Maka saya dengan ini mendoakan semoga kita semua sentiasa dalam kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Mohon doakan saya dipulihkan dan diberi kesihatan yang baik untuk terus berprestasi sebagai hamba Illahi.  Maafkan saya kerana tidak mampu menulis lebih baik memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Doakan saya pulih. Wallahua’lam


Hamba yang mengharapkan rahmat dan maghfirah,

Penawarhati90,
1.09 am
26 Zulkaedah 1434 H bersamaan 2 Oktober 2013
Pulau Langkawi, Kedah.






No comments:

Post a Comment