Sunday, June 29, 2014

Allahumma Billigna Fii Ramadhan


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, Rabbil Alamin, kerana dengan berkat keizinan dah rahmat dari-Nya, pada tanggal 29 Jun 2014, kita masih lagi dikurniakan nafas untuk melangkah ke 1 Ramadhan 1435H. Alhamdulillah. bersyukur kita kepada Allah kerana pada hari ini, kita masih lagi diberi peluang oleh Allah swt untuk menghirup udara segar Ramadhan Kareem di saat ramai saudara kita yang tidak sempat memasuki bulan Ramadhan ini kerana dipanggil pulang oleh Allah swt. Maka Allah memilih kita untuk menjadi tetamu Ramadhan, bermakna Allah memberi peluang kepada kita untuk bertaubat dan kembali kepada Allah serta memanfaatkan peluang ramadhan ini untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa. In sha Allah.


Selawat dan salam diutuskan buat Rasulullah saw, kekasih Allah, yang dicintai olehNya, suri teladan terbaik sepanjang zaman. Salam sejahtera diucapkan buat seluruh ahli keluarga dan sahabat baginda SAW.


Sahabat-sahabat warga pembaca budiman sekalian,

Marilah sama-sama kita manfaatkan peluang ramadhan ini semaksimanya untuk berubudiah kepada Allah swt tidak kira dalam hiburan kita, dalam tidur kita, dalam urusan seharian kita, niatkanlah semuanya kerana Allah swt agar ia membuahkan ganjaran pahala yang berterusan buat kita. Semoga dengan kesungguhan kita beribadah kepada Allah swt, Allah swt semakin cinta dan kasih kepada kita sehinggalah Dia memilih kita untuk dianugerahkan sebagai hambaNya yang bertaqwa di pengakhiran ramadhan nanti. Jadi, bagaimanakah pula caranya untuk mendapat anugerah Taqwa tersebut?

Telah Allah letakkan di dalam Al-Quran, 'guideline' untuk memperoleh ketaqwaan ini di dalam banyak surah. Antaranya ialah: 



Maksudnya:
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. - al-Sajda (32) : 15-17



Mari merancang waktu dan aktiviti Ramadhan kita agar ia tidak berlalu sia-sia:

Ramadhan ini....bagaimana untuk pastikan pada waktu siang kita banyak mengingati Allah dan tidak hanyut dengan arus duniawi? Perancangan:
- Jangan biarkan diri dalam mode ‘auto-pilot’. Kena banyak berhenti seketika dalam kesibukan melakukan tugasan harian dan nilai niat, perkataan dan perbuatan kita.

- Mendirikan solat dengan penuh kekuatan serta menjaga tata-tertibnya. Jadikan solat itu sebagai masa untuk mengingati Allah seperti yang disebut dalam surah Taha ayat 14, mengambil nasihat dan pengajaran dari Kalam Allah yang dibaca padanya, mendatangkan kembali rasa takut kepada Allah dan meletakkan urusan dunia (anak, rumah, makanan dan lain-lain) jauh dari hati kita buat seketika.

- Selain mengkhususkan malam sebagai waktu ibadah, ambil juga satu portion dari waktu siang untuk membaca al-Quran.

- Sentiasa menyedari bahawa tujuan penciptaan manusia itu adalah untuk beribadah kepada Allah dan jangan biarkan dunia melalaikan kita dari tujuan asal tersebut,

- Sentiasa look forward masa untuk solat dan membaca al-Quran. Seperti yang disebut dalam hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam antara golongan yang dilindungi Allah ketika di padang Mahsyar nanti adalah lelaki yang HATInya sentiasa terikat dengan masjid. Begitu juga dengan wanita, jika tidak dengan masjid sekali pun, ia sentiasa menanti-nanti masa untuk bersolat, membaca al-Quran dan solat malam.

- Memperbanyakkan zikir.

- Banyakkan menyebut-nyebut mengenai pengajaran dari al-Quran dengan suami, anak-anak dan kawan-kawan. Jadikan ia budaya kita.

- Bawa reflection kita akan satu-satu ayat al-Quran yang kita tadabbur itu ‘ke mana-mana’ kita pergi dan pastikan ia memberi kesan kepada jiwa kita.

- Pastikan tugasan kita di siang hari itu adalah sesuatu yang syar’ie dan ada manfaat untuk akhirat kelak.

- Susun betul-betul apa yang hendak dilakukan supaya setiap pekerjaan itu ada pahala dan tidak sia-sia.

- Kurangkan atau jangan tengok TV, dengar muzik atau main game. Sebaliknya pilihlah hiburan yang lebih syar’ie; beriadah, berkelah dengan keluarga, ziarah kawan atau saudara mara, berbasikal, mendaki bukit dan sebagainya. Hiburkan diri dengan benda yang real dan ada manfaat untuk diri sendiri mahupun masyarakat. Masa itu terlalu berharga untuk disia-siakan begitu sahaja.

- Ambil peluang siang yang terang ini untuk melakukan ibadah lain seperti sedekah, membantu orang lain, menziarahi orang sakit, mengajak orang kepada kebaikan etc.

- Tidur seketika supaya badan tak terlalu letih.

Copy & Paste


Oleh yang demikian, kita menjumpai ada pelbagai cara untuk kita menghidupkan ramadhan kita untuk mencari keredhaan Allah swt. Sesungguhnya, jika kita dapat mengetahui pelbagai kebaikan di bulan Ramadhan ini, sudah tentu kita mengharapkan setiap bulan adalah bulan Ramadhan. Walau bagaimanapun, Allah mengatur Ramadhan ini hanya datang sebulan untuk setahun. Maka, marilah kita sama-sama pergunakan ia dengan sebaik-baiknya dengan sabar melaksanakan ketaatan kepada Allah serta dalam masa yang sama sabar dalam meninggalkan kemaksiatan kepada Allah. Setiap hari kita diberi pilihan untuk menuju jalan Fujur atau Taqwa/ Marilah kita memilih jalan Taqwa. Semoga Allah selalu menuntun jiwa kita untuk melalui jalan-jalan Taqwa. 

Allahumma balligna fii ramadhan.

Alhamdulillah, pada ramadhan kali ini, saya berkesempatan untuk menyambutnya selama 1 bulan bersama keluarga. Saya meyakini ada hikmah mengapa Allah menangguhkan dahulu penempatan bagi Graduan Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan termasuk saya, kerana Allah telah merancang sesuatu yang terbaik buat saya. Selepas ini, in sha Allah, jika berkesempatan untuk memasukinya lagi, saya akan menyambutnya dengan tanggungjawab yang baru. ^_^.  Walau apapun, kita meyakini bahawasanya:

"Manusia itu merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik Perancang".  

Dengan ini saya memohon keampunan kepada Allah swt dengan sepenuh hati, dan meminta maaf kepada semua insan yang mengenali diri saya seandainya secara sengaja atau tidak sengaja saya menyakiti hati dan perasaan kalian. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap yang Allah tidak izinkan berlaku juga ada hikmahnya. Namun kita sebagai manusia, harus menerima segala takdir, kerana meyakini Allah sebaik-baik pengatur kehidupan. Kita juga harus menyedari, kita bukan berada di alam fantasi, kita sedang berpijak di bumi yang nyata. Segala kenangan lalu biarkan ia berlalu, tidak perlu kita  bersedih, walau kadangkala kita terfikir. Mesti tenang dan rasional. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan menerima segala amal ibadah kita. Amin. Semoga kita berjumpa di akhirat nanti sebagai seorang penghuni syurga Allah swt.

Ramadhan Kareem buat semua ahli keluarga, sahabat-sahabat, dan para pelajar cikgu. Saya sangat merindui kalian semua. Semoga Allah sampaikan salam kasih dan rindu ini buat kalian.


Penawarhati90
4.02pm
29 Jun 2014 bersamaan  1 Ramadhan 1435H
Langkawi, Kedah





2 comments:

  1. Assalamualaikum akak..
    Ramadhan Kareem..
    :)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam wbrt, mashitah, allahuakram. Taqabbalallahu minna waminkum. Mohon doakan akak. :)

    ReplyDelete