Sunday, July 6, 2014

IKTIBAR

Andai ini takdirku..
---------------------

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah payu dara....dia dah mula cari spare tyre, dapat plak student IPTA..muda lagi. wife dia kena buang sebelah payu dara...kawan saya ni dah geli untuk bersama dengan wifenya. Bulan 12 tahun lepas, kawan saya kahwin dengan 2nd wife dia yang baru berumur 21 tahun....

Masa cuti Thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1. Dan yang paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bed room..untuk beri laluan kepada wife no.2...kejam. Memang kejam !!

Saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yang halau wife no.1 keluar bilik. Walaupun tindakan dia kahwin tu..saya tak kisah sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.

Masa Thaipusam tu, saya sempat lah cakap dengan dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah - we all sama-sama beli rumah masa bujang. Saya cakap sampai hati dia buat macamtu kat wife no.1, dia marah saya balik, hal rumahtangga dia, saya jangan campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak...

Saya ada jugak suruh dia asingkan dua dua isteri...tapi dia tak nak...dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah... ..biar Tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.

Kawan saya tu sebaya dengan saya. Umur 35 tahun. Wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kami. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu...lepas tu, dah jodoh, dia orang kahwin..

Mungkin sebab perbezaan umur yang perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yang buat saya bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah sekarang supaya jadi macam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.

Saya memula tak tahu jugak yang kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal bersama wife no. 1. Tapi, bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju-baju wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...

Kat bawah...saya tengok...anak-anak dia yang 4 orang tu dengan maid...menangis pungut baju mak dia...kawan saya menjerit-jerit dari atas balconi..cakap. .. "kau orang cakap dengan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jangan lawan cakap papa..."

Tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak-anak dia bila dengar papa dia cakap camtu. Anak-anak no.1 & 2 perempuan, 3 & 4 lelaki. Saya rasa, tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronoklah dia berendam & mandi sama-sama dengan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama-sama pergi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing-masing dulu...

-----------------------------------------------------------------------
Maaf. Lama saya tak sambung cerita pasal kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri arwah wife no.1 kawan saya tu.

Arwah baru sahaja meninggal dunia pada hari sabtu 250103...sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di Malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 di France . Rakan saya sudah berlepas pada malam 240103 lagi.

Apabila saya balik ke rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport Changi, maid arwah call mengatakan yang arwah mengalami sesak nafas...saya kelam kabut ke rumah sebelah..untuk bawa arwah ke hospital...sebelum arwah pergi ke hospital.. .dengan kepayahan, arwah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yang berusia 3 tahun yang sedang tidur. Arwah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yang berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin arwah dah tahu yang dia akan pergi..

Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya. Beberapa kali masa dalam perjalanan, arwah berpesan pada saya supaya tolong tengok-tengokkan anaknya...

Saya masa tu, hanya meninggalkan pesanan sms kat rakan saya yang isteri dia sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abang arwah yang berada di Kluang supaya datang segera. Arwah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak & ayahnya sudah tiada.

Semasa di hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jangan lakukan rawatan yang teruk-teruk kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis 2 3 hari ni.

Masa abang arwah sampai dari Kluang ke hospital...arwah masih dalam bilik rawatan....abang arwah terlampau geram bila tahu adik iparnya pergi melancong. masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi buat selamanya. dan abang arwah yang membuat keputusan agar jenazah arwah segera dikebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.

Saya dengan abang arwah yang sibuk menguruskan urusan untuk mengeluarkan jenazah. Banyak perkara yang saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital untuk
mengeluarkan jenazah dan juga urusan-urusan lain.

Alhamdulilah.. untuk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. malam tu, saya dan abang arwah tidak tidur.

Dalam pukul 10 lebih, 250103, pagi, barulah jenazah arwah dapat dibawa ke rumahnya dan selepas zuhur, jenazah arwah selamat dikebumikan.

Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah dibawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian. dalam kepala saya masa tu tak ada fikir untuk marahkan rakan saya tu, hanya yang terlintas untuk selesaikan urusan pengebumian sahaja.

Masa jenazah di rumah, anak-anak arwah yang no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yang kembar tu..sibuk bertanya ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ sedih. sedih sangat saya ketika itu. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi air mata saya menitis juga. saya kenal arwah masa saya form 4 di MRSM. masa tu, saya dan rakan saya sama-sama belajar di sana. masa form 4 lah, rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan arwahlah yang selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas SPM, we all dapat tawaran ke USA . setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai tidak kurang dari $100 USD.

Masa pengebumian, saya antara yang menyambut jenazah dari dalam lubang kubur untuk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa arwah sedang merenung saya, sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, anak-anak arwah yang kembar hanya memandang sahaja. Tetapi, bila tanah ditimbus menutupi jasad mamanya, barulah yang kembar itu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.

Suami arwah akan kembali pada hari rabu 290103. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat-empat anak arwah tidur bersama-sama saya...mereka rindukan arwah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan, budak-budak tu selalu je mengigau bila tidur. Mereka akan memanggil ‘’mama...mama...mama...’’ dan saya terpaksa memujuk dengan mengatakan.. ..shhh.. senyap.. senyap sayang...papa ada..papa ada sini..dan saya berharap agar Allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yang masih bernafas di bumi ini untuk arwah mamanya...

P/S : Kisah benar untuk dijadikan renungan terutama bagi lelaki yang bergelar suami. Setiap yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita, tak kiralah sempurna atau tidak pada pandangan mata, ia adalah anugerah, amanah yang tak terhingga nilainya. Isteri dan anak untuk disayang sampai bila-bila, bukan untuk dibuang bila dah "tak berguna"..

 “ Ya Allah Ya Rabbi,Anugerahkanlah kepada kami pasangan dan keturunan yang menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”


via : karyawanbisu.blogspot.com

Thursday, July 3, 2014

GURU

Guru adalah pekerjaan yang mulia. Guru selalunya berdisiplin, setiap hari akan berpakaian segak dan juga bijak merancang hidup. Sememangnya beruntung jika mempunyai pasangan hidup yang berkerja sebagai guru.

artikel kenapa untungnya kahwin dengan guru



Kenapa untungnya kahwin dengan seorang guru? Sila baca artikel di bawah:


1. Hidup Berjadual

Bukan kata lelaki atau wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kita tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala.

Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table). Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju tempat ke sekolah.

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Mula kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)

Senang kan?

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan.

Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan. Pernah tak kita dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!

Semua nak salahkan cikgu. Maka, cikgu kenalah komited. Konsep yang sama. Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan. Pakaian ke tempat kerja, ada etika. Nak tanda kertas, ada garis panduan. Sampai sekolah, isi waktu kedatangan. Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer. Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya?

Nak berpeleseran? Jauh sekali.

Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu.. Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, “GURU ……”

Gila kau………

Mana nak sempat lupakan suami kat rumah macam tu saja. Hidup akan dalam lingkungan – sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi. Dan isteri, isteri, isteri lagi..

4. Terapi melepaskan tekanan (stress)

Semua kerja ada tekanan. Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan. Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan. Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

Pukul budak-budak di sekolah?

Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan. Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Pengalaman peribadi, kawan-kawan saya yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu saya carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru :)

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.

Saya : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.

Saya : Kau nak yang macam mana?

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.

Saya : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.

Saya : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.

Saya : Amboi kau.

6. Penampilan.

Kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah cikgu itu. Masuk kelas itu, budak-budak tengok. Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok. Budak-budak yang suka, akan puji – “Cikgu lawa gila hari ini!”

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.

Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa? Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) – selalu puji cikgu.

Jadi, bukan suatu masalah dan kita tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan….kan???




Kesimpulannya, usya-usyalah guru yang bujang kalau anda belum sampai jodoh :)

copy paste: http://fitrihadi.com/2013/04/artikel-kenapa-untungnya-kahwin-dengan-guru/