Monday, November 24, 2014

Selamat Bercinta Hingga Ke Syurga

All praise is due to Allah. We praise Him, seek refuge with Him, and seek His Forgiveness. We seek refuge with Allah from the evils of our souls, and the mistakes in our actions. Whoever Allah Guides, then is none who can misguide him, and whoever Allah misguides, there is none who can guide him. Ana I testify that there is none worthy of being worshipped except Allah SWT, and I testify that Muhammad SAW is His servant and Messenger.


Alhamdulillah, segala puji selayaknya bagi Allah Azza Wajalla, kerana dengan izin dan kurniaanNya, saya diberi kelapangan masa untuk mencoret sedikit tinta sebagai catatan perjalanan kehidupan saya untuk  saya muhasabah semula, agar saya selalu mengambil ibrah dari kehidupan lalu dalam melalui kehidupan hari ini dan  mendatang, in sha Allah selagi jasad masih dikandung badan. Saya mendoakan agar kita semua dapat membina kehidupan yang penuh erti dalam sehari-hari, di mana kehidupan itu akan bererti jika sekiranya kita menjalaninya di atas landasan yang benar sepertimana yang dikehendaki Allah.


Saya mendoakan semoga limpahan rahmat dan barokah sentiasa menaungi kehidupan insan-insan yang saya kasihi, iaitu suami tersayang, Ahmad Faiz yang dicintai kerana Allah, kedua ibu bapa saya yang dirindui kerana Allah, kedua ibu bapa mertua saya yang dikasihi, ahli keluarga, sahabat-sahabat yang diingati selalu, para murid yang begitu baik hati, dr SMK Bukit Gambir, SMK Convent Green Lane, SMK Kedawang, SMK Kelibang dan SMK Mahsuri, serta tidak lupa, saudara-saudara seaqidah saya di Palestin, Syria, Rohingna, Mesir dan seluruh pelosok dunia. Semoga kita semua sentiasa diampuni, dirahmati dan bersama orang-orang yang dijauhkan daripada azab api neraka. Allahumma amin.


Alhamdulillah, dengan izin Allah, tanggal 13 September 2014 bersamaan 18 Zulkaedah 1435H, saya dan suami, Ahmad Faiz telah selamat diijabkabulkan di perkarangan masjid Kampung Bayas, Pulau Langkawi. Tiada lafaz yang mampu saya ucapkan melainkan Alhamdulillah, kerana dengan izinNyalah semuanya berjalan dengan lancar, pada waktu dan cuaca yang baik, kesihatan yang baik. Alhamdulillah, tarikh ini juga merupakan ulangtahun kelahiran bapa mertua saya, En Ahmad Shukri. Seusai menjalankan ijabkabul, saya lansung mengucapkan “selamat hari lahir abah” kepada abah saya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur menerima dan diterima keluarga baru dengan begitu baik, namun, kasih saya terhadap ibu ayah saya tercinta tidak sekali-kali melemah, malah saya semakin mencintai ibu bapa saya yang telah membesarkan saya dengan penuh kasih sayang. Saya benar-benar mengasihi mereka kerana Allah.

Kenangan Indah di Hari Bersejarah :Majlis Ijabkabul Ahmad Faiz & Syafiyah
13 September 2014
"Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fiikhier"

Inilah hari bersejarah yang amat bermakna dalam kehidupan saya. Setelah begitu lama, satu demi satu ujian yang melanda, entah bagaimana saya ingin mengungkapkan, bahawasanya saya merasa amat tenang. Alhamdulillah. Tertutup sudah satu pintu fitnah bagi saya dan suami dalam ujian keremajaan kami, dan Alhamdulillah, kami telah mengikuti satu sunnah Rasulullah saw, semoga dengan perkahwinan ini saya mengharapkan kami dapat saling bantu membantu, saling lengkap melengkapi ke arah mencapai mardhatillah. Sesungguhnya perjalanan kami baru sahaja bermula, perjalanan yang lebih mencabar saya kira, iaitu perjalanan untuk membina sebuah keluarga yang dicintai Allah, dikasihi Rasulullah dan dijauhkan daripada azab api neraka. Sebuah ‘akad pernikahan’ bukanlah sebuah pertalian yang menghalalkan sebuah perhubungan yang sebelum ini haram di sisi Allah swt sahaja, namun, ia merupakan ‘Mitsaaqah Ghalizaan’, suatu perjanjian yang berat. “Ada perkara besar dalam perjanjian berat ini. Hati yang menerima, jiwa yang merela, sikap yang mententeramkan, dan kesediaan untuk berjuang bersama”.- Ust Muhammad Fauzil Adhim


"..dan apabila dilafazkan kata Terima Akadnya, Allah menjadi saksi dalam perkahwinan kita. Bahawasanya kita (suami) terima untuk mendidik Ibadahnya, Imannya, dan Akhlaknya untuk menjadi akhlak mukmin, untuk menyiapkan dia menjadi Ibu pada Mujahiddah yang akan lahir kelak."-Pak Arbi

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Ahmad Faiz Ahmad Shukri sah menjadi belahan jiwaku fiddunia walakhirah... In sha Allah. ^_^

Harapan saya untuk suami tercinta, semoga anda bersedia untuk memikul tanggungjawab ini. Semoga anda sentiasa diredhai Allah, dicintai Allah dan dikasihi Rasulullah dengan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Marilah kita sama-sama berlumba-lumba melakukan kebaikan antara satu sama lain, menghargai persamaan, menghormati perbezaan, dan saling berkasih sayang kerana Allah. Moga dengan ini, akan terbinalah sebuah keluarga yang penuh dengan sakinah, mawaddah wa rahmah sehinggalah kita bertemu semula di syurga Allah. Allahumma amin.


Sebuah nasihat pernah saya baca di dalam sebuah buku bertajuk “ Bahagianya Merayakan Cinta”, penulisan Ust Salim A Fillah berkenaan dengan Barakah Sebuah Pernikahan:


Kehidupan bertemankan Barakah

"Di saat apapun barakah itu membawa kebahagiaan. Sebuah letup kegembiraan di hati, kelapangan di dada, kejernihan di akal, dan rasa nikmat di jasad. Barakah itu memberi suasana lain dan mencurahkan keceriaan musim semi, apapun masalah yang sedang membadai kehidupan.


Barakah itu membawa senyum, meski air mata menitik-nitik. Barakah itu menyergapkan rindu di tengah kejengkelan. Barakah itu menyediakan rengkuhan dan belaian lembut di saat dada kita sesak oleh masalah."


Bagaimana dalam kondisi apapun, kapan pun, di mana pun, nafas-nafas kita adalah hembusan keberkatan, dan detik-detik kita dihitung sebagai kebaikan, sebagai pahala.

Bagaimanakah kita meraih Barakah itu?

Kunci barakah itu ada pada Keimanan dan Ketaqwaan. Keimanan yang meyakinkan kita untuk terus beramal soleh menurut apa yang telah dituntunkan Allah dalam setiap aspek kehidupan, semuanya. Dan ketaqwaan yang mengisi hari-hari kita dengan penjagaan, kepekaan, dan rasa malu bahawa kita sentiasa berada di bawah pengawasan Allah swt.


" Penting untuk diketahui suami isteri, bahawa hidup adalah suatu seni kemungkinan, hendaklah masing-masing RIDHA dengan apa yang Allah telah berikan dan berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik pada batasan yang memungkinkan"-Sheikh Muhammad Shalih Al-Munajjid.

Keluarga dan sahabat handal yang turut hadir meraikan... Alhamdulillah, Jazakumullahukhair...

Sahabat sebatch semasa di MATRI... 

Bekas pelajar a.k.a adik-adik SMK Bukit Gambir yang baik hati turut hadir meraikan guru merangkap kakak mereka. Subhanallah, moga Allah kasih kalian.... ^___^

Alhamdulillah...Salam kasih dan cinta dari kami: Ahmad Faiz & Syafiyah 
Mohon doakan kami agar terus bersatu dalam bahtera ini menggapai redha Allah bagi menuju ke syurga. Itulah yang paling kami harapkan... Amin.


Sekian sahaja dahulu, coretan dari saya. Subhanallah, terasa masa begitu pantas berlalu kerana sedar tidak sedar, sudah dua bulan lebih perkahwinan kami. Alhamdulillah, semoga Allah istiqamahkan kami di atas deenNya dan semoga kami akan bisa terus Bercinta Hingga Ke Syurga. Amin.

Bersambung.....




Penawarhati90
5.30pm (waktu uk)
24 November 2014 bersamaan 1 Safar 1436H
Brunwick Street, Sheffield, United Kingdom




No comments:

Post a Comment